KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menyempurnakan Kempen Solat Subuh Berjemaah Peringkat Negeri di Masjid Al Muktafi Billah Shah di sini pagi semalam.
Baginda yang berangkat bersama anakanda, Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Muhammad Muaaz diringi Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman.
Hadir sama Setiausaha Kerajaajn Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Zubir Embong.
Program julung kali dianjurkan itu bermula seawal jam 4 pagi dengan kehadiran jemaah termasuk orang kenamaan.
Majlis dimulai dengan qiyamullai iaitu mengerjakan solat sunat tahajud, tasbih, hajat dan juga witir dipimpin oleh ustaz Zul Ramli Mohamed Razali.
Sejurus Baginda tiba pada jam 5.30 pagi, majlis diteruskan dengan solat subuh berjemaah dan diikuti ucapan Menteri Besar serta titah perasmian oleh Tuanku.
ustaz Zul Ramli kemudiannya menyampaikan kuliah subuh bertajuk Keajaiban Solat Subuh Berjemaah.
No comments:
Post a Comment