Thursday, August 18, 2016

SIAPA DALANG DI SEBALIK POSTING AZIZUL HASNI?

Semalam heboh posting pelumba basikal, Azizul Hasni Awang  yang memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Rio yang mana beliau telah menyindir MB Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman yang tidak membeli basikal untuknya berlatih ke Olimpik.

Beliau baru satu jam menang di Rio kenapa tiba tiba keluar posting beliau? Adakah beliau ada masa untuk menulis sedangkan menurut lenggok bahasa saya percaya posting itu bukan ditulis oleh beliau. Bagi saya ada dalang yang menulis bagi pihak beliau dengan tujuan untuk memalukan MB.

Azizl Hasni berasal dari Dungun. Jadi siapa yang berasal dari Dungun yang menjadi dalangnya? Cuba teka siapa orangnya. Barangkali orang politik yang cuba menangguk di air keruh yang cuba memalukan MB setelah MB dimalukan dengan undi tak percaya oleh Ahmad Said. Sejak bila pula Azizul pandai menulis posting yang begitu panjang kecuali ada orang yang draf tulisan itu untuk beliau.

Ada orang yang memberitahu saya bukan Azizul yang menulis posting itu. Jika bukan beliau, sewajarlah beliau meminta maaf kepada MB. Apa motif beliau diperalatkan orang tertentu untuk memalukan MB sedangkan surat yang dikatakan dihantar ke pejabat MB tidak pernah sampai ke tangan MB. Jika benar ia sampai kepada MB, masakan MB tak mampu mengeluarkan peruntukan untuk membeli dua buah basikal tersebut.

Oleh itu saya kesal dengan sikap beliau diperalatkan oleh golongan tertentu untuk agenda politik mereka. Sewajarlah Azizul Hasni memohon maaf kepada MB kerana kerajaan negeri tetap menghargai ahli sukan yang mengharumkan nama negeri Terengganu.

Sepatutnya isu ini tidak perlu melibatkan MB kerana kerajaan negeri ada Exco Sukan, Datuk Rozi Mamat. Sepatutnya beliau yang menjawab isu ini kerana sebagai Exco Sukan, beliau mesti tahu perkembangan ahli ahli sukan dari negeri Terengganu.


No comments:

Post a Comment