Saturday, August 13, 2016

BERANIKAH AHMAD SAID BERSUMPAH TAK KENAL WANITA DALAM VIDEO?

ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said enggan melayan sebarang ‘serangan’ yang dilakukan termasuk isu video dan gambar seks yang didakwa mengaitkan dirinya.
“Itu saya tak mahu komen. Saya malaslah. Sekarang dah mula keluar macam-macam. Takpe, saya tak mahu komen. Kalau kita panjangkan (isu ini) ia akan berpanjangan,” katanya dalam KiniTV yang disiarkan baru baru ini.
Sehubungan itu, ketika ditanya sama ada beliau takut dengan ‘ugutan’ berhubung video tersebut, bekas Menteri Besar itu berkata, beliau kini mengambil pendekatan tunggu dan lihat serta tidak teragak-agak untuk membuat serangan balik sekiranya perlu.
Sebelum ini, The Star Online melaporkan, wujud dakwaan video dan gambar seks melibatkan seorang ahli politik kanan Terengganu yang memberikan sebuah projek pembalakan kepada seorang wanita dan sebagai balasan,mendapat habuan seks.
Ulasan saya, salah satu ayat yang selalu Ahmad Said sebut ialah wallahi, wabillahi, watallahi dalam ucapannya.Beranikah dia bersumpah dengan ayat tersebut menafikan dakwaan wanita tersebut dalam video itu. 
Beranikah beliau menafikan tidak kenal wanita tersebut? Kalau berani, ayuh bersumpahlah dalam ucapannya di mana mana majlis Umno.

No comments:

Post a Comment