Sunday, August 21, 2016

DR YUSRI YANG TAK KENANG BUDI PERJUANGAN ORANG POLITIK

Sungguh kurang ajar seorang pensyarah di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Yusri Ibrahim yang mengatakan lebih murah menghasilkan ramai ahli sukan berbanding menghasilkan banyak ahli politik.

Katanya, lebih baik menghasilkan ramai ahli sukan  berbanding menghasilkan banyak ahli politik.

"Apatah lagi  kos membela atlit sukan jauh lebih murah berbanding menternak orang politik," katanya dalam Facebook beliau.

Tulisnya lagi, hanya dengan sebutir mulut dan tiga suku otak, politikus berjaya memecahbelahkan rakyat, membakar sentimen perkauman dan menjadi asbab sesetengah warga hilang rasa patriotik terhadap Malaysia.

Dah jadi pensyarah janganlah hina ahli politik. Perjuangan orang politiklah yang menyebabkan kolej tempat mu mengajar (KUSTEM) Dr Yusri dinaiktaraf menjadi universiri (UMT). Pada tahun 70an dahulu hanya ada beberapa universiti awam seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia tetapi kini bersepah universiti hasil perjuangan orang politik. Kamu dapat ijazah pertama, masters dan PhD, bukankah kerana perjuangan orang politik?

Mana ada orang politik mahu pecahbelahkan rakyat? Semua ahli politik Umno menyeru rakyat bersatu padu. Sebaliknya ahli politik pembangkang pun menyeru ahlinya bersatu padu menumbangkan kerajaan. Jadi tak timbul soal orang politik memecahbelahkan rakyat.

Politik Malaysia matang. Walaupun mereka meraikan perbezaan pendapat tetapi setiap kali PRU tidak ada berlaku kekacauan sehingga rakyat mati sebelum PRU kecuali tragedi pahit 13 Mei 1969. Tidak seperti di negara luar rakyat mati ditembak polis menjelang hari pembuangan undi.

Saya kira menternak pensyarah universiti lebih mahal dari menternak orang politik kerana mereka dihantar ke luar negara buat masters dan PhD tetapi balik ke kampus mereka menghasut pelajar membenci kerajaan yang hantar mereka ke luar negara. Orang macam Dr Yusrilah yang tidak mengenang budi perjuangan orang politik yang menghantar mereka belajar sampai ke peringkat yang tertinggi.




1 comment:

  1. betul apa yang dia kata sebab org politik hanya menggunakan 10% dari akalnya utk bercakap..

    ReplyDelete