Monday, August 29, 2016

KETENGAH ANJUR MOH NGETEH

DUNGUN, 29 Ogos (Bernama) -- Lebih 3,000 penduduk dan warga Wilayah Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) menyertai program 'Moh Ngeteh' sempena sambutan Hari Kebangsaan, anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW) secara serentak di seluruh negara hari ini.

Timbalan Pengerusi Ketengah Datuk Din Adam yang juga Pegawai Pembangunan Dungun berkata program itu turut diadakan di enam lokasi di wilayah tersebut iaitu di Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Bandar Ketengah Jaya dan Bandar Bukit Besi di Dungun, Bandar Cheneh Baharu serta Bandar Seri Bandi di Kemaman dan Kampung Basong di Hulu Terengganu.

"Program ini sebenarnya dapat memberi kesedaran dan penghayatan kepada generasi hari ini mengenai kemerdekaan yang mana sebenarnya apa yang harus dilihat adalah perubahan telah banyak dibawa oleh kerajaan khususnya di kawasan ini di bawah Ketengah," katanya.

No comments:

Post a Comment