Wednesday, August 24, 2016

SAMIUN SALLEH AMBIL ALIH PMINT



KUALA TERENGGANU: Seramai 52 Pegawai Tadbir Negeri akan bertukar jawatan di pelbagai pejabat kerajaan seluruh negeri berkuatkuasa 5 September ini bagi memantapkan lagi pentadbiran negeri ini.

Mereka yang terlibat dengan pertukaran itu ialah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Dato’ Mohamad Kamil Othman bertukar ke Pengarah tanah dan Galian Terenggan



Manakala Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Hulu Terengganu Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim memegang jawatan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu Dato’ A. Rahman Yahya bertukar ke jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Terengganu dan jawatan beliau diganti dengan Samiun Salleh kini Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Terengganu.

Pegawai Daerah /Pentadbir Tanah Marang Mohd Zukifli Abu Bakar mengantikan Dato’ Mohamad Kamil sebagai Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Timbalan Setiausaha Kerajaan(Pembangunan) Terengganu, Zainail Abidin Hussin ke jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Terengganu. Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Kuala Nerus Azmi Razik pula bertukar ke Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Hulu Terengganu.

Yang Dipertua Majlis Daerah Besut Zainal Abidin ke jawatan Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Marang manakala Ibrahim Mohamad Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu menjadi Yang Dipertua Majlis Perbadanan Dungun.

Timbalan Persuruhjaya (Pentadbiran ,Kewangan & Pembangunan) jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Wan Ismail Suhaimi Wan Omar ke jawatan Pegawai Daerah Pentadbir Tanah Besut.

Ketua penolong Pentadbir Tanah Kemaman, Wan Mohamad Lotfi Wan Ismail ke jawatan Pendaftar TATIUC manakala Haji Shahidan Embok Yang Dipertua Majlis Daerah Marang menjadi Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Setiu.

Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Sumber Manusia) Terengganu, Y.M Datuk Tg. Farok Hussin Tg. Abd Jalil ke jawatan Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Kuala Nerus, manakala Marzuki Endut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu menjadi Ketua Penolong Setiausaha( Pengurusan Sumber Manusia) Terengganu.

Ketua Penolong Pentadbir Tanah Dungun, Haji Jahani Ismail ke jawatan Timbalan Pengarah Tanah dan Galian ( Pengurusan) Terengganu, manakala Ahmad Azmi Salleh, Pengarah Unit Pengurusan Maklumat Negeri Terengganu menjadi Yang Dipertua Majlis Daerah Besut.

Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pengurusan) Terengganu, Johan Ibrahim ke jawatan Yang Dipertua majlis Perbandaran Kemaman manakala Osman A.Bakar Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman menjadi Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Rozali Salleh ke jawatan Yang Dipertua Majlis daerah marang manakala Zulkafeli Omar, Ketua Penolong Pentadbir Tanah Hulu Terengganu menjadi Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Khidmat Pengurusan ) Terengganu, Azhar Jusoh ke jawatan Timbalan Pesuruhjaya (Pentadbiran, Kewangan & Pembangunan) Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu manakala Ab. Rasid Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat transformasi Terengganu Baharu menjadi Pengarah Unit Perhubungan dan Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM).

Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Ariffin Abdullah ke jawatan Ketua Penolong Pentadbir Tanah Hulu Terengganu manakala Mohamad A.Rahman @ Othman , Ketua Penolong Pegawai Daerah Kemaman menjadi Setiausaha Majlis Perbandaran Dungun.

Ketua Penolong Pentadbir Tanah Setiu, Anuar Nik Mohamad Noor ke jawatan Pengarah Unit Pengurusan Maklumat Negeri Terengganu manakala Mohd Sophian Abu Bakar , Pegawai Jawatan Kumpulan menjadi Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Khidmat Pengurusan ) Terengganu.

Pengarah Bajet Perbendaharaan Negeri Terengganu, Azran Amin Mazlan ke jawatan Ketua Penolong Pentadbir Tanah Setiu.



Ketua Penolong Pegawai Daerah Marang Ahmad Azizi Zulkifli bertukar ke Ketua Penolong Pentadbir Tanah Kemaman.

Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Nerus Lizan Che Mat ke Ketua Penolong Pentadbir Tanah Dungun.

Pengurus Teknologi Maklumat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu Wan Mohd Masyhum Wan Harujan ke Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Setiausaha Majlis Perbandaran Dungun Mohd Iskandar Muhammad Aziz ke Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu.

Timbalan Pengarah (Pengurusan) Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu Mohd Huzairil Nizam Ibrahim ke Pengurus Kanan Korporat Unit Transformasi Ekonomi Negeri Terengganu.

Ketua Penolong Pegawai Daerah Hulu Terengganu Ahmad Nazwawi Harun bertukar ke Ketua Penolong Pegawai Daerah Kemaman.

Ketua Penolong Pegawai Kewangan (Khidmat Pengurusan) Terengganu Norliza Ismail ke Pengarah Bajet Perbendaharaan Negeri Terengganu.

Pengarah SUKTRA/Kompleks Sukan Negeri Terengganu Mohd Rashdan Muda ke Ketua Penolong Pegawai Daerah Hulu Terengganu.

Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Dungun Fadli Ngah ke Ketua Penolong Pegawai Daerah Dungun.

Pengurus Unit Transformasi Pengurusan Prestasi Pelaksana Terengganu Zuwislan Awang ke Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Nerus.

Setiausaha Majlis Daerah Marang Wan Saifulizam Wan Jusoh @ Wan Ali ke Ketua Penolong Pegawai Daerah Marang.

Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Pemantau & Pelaburan) Terengganu Hamidi Othman ke Timbalan Pengarah (Pengurusan) Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu.

Penolong Kanan Setiausaha Kerajaan (Dasar & Operasi) Kerajaan Tempatan Terengganu Khairil Anuar Sheikh Mahmood ke Setiausaha Majlis Daerah Marang.

Penolong Kanan Pegawai Daerah Kuala Nerus ZulIzahar Mohd Zulkifli ke Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Dungun.

Penolong Kanan Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) Kuala Terengganu Mohd Hanaffi Samsuddin ke Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Kemaman.

Penolong Pengarah (Khidmat Pengurusan) Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Mohd Milzam Nur Anuar ke Penolong Kanan Pengarah (Khidmat Pengurusan) Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Kemaman Nasran Abd. Halim ke Ketua Penolong Pegawai Kewangan (Khidmat Pengurusan) Terengganu.

Pegawai Jawatan Kumpulan Kumpulan Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu Fairul Hisyam Mat ke Penolong Pegawai Daerah Kuala Nerus.

Pegawai Tadbir Negeri Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu Mohd Adzhar Mohd Zahari ke Penolong Kanan Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) Kuala Terengganu.

Penolong Kanan Pengarah (Bajet) UPEN Terengganu Puan Normah Nik ke Pegawai Jawatan Kumpulan Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu.

Penolong Setiausaha Kerajaan (Pelancongan & Kebudayaan),Che Wan Mohd Zulkifli Che Wan Jalil ke Penolong Kanan Setiausaha Kerajaan (Dasar & Operasi) Kerajaan Tempatan Terengganu.

Pengarah Jabatan Kemasyarakatan Majlis Perbandaran Dungun Wan Mohd Firdaus Wan Sembok ke Penolong Setiausaha Kerajaan (Pelancongan & Kebudayaan), Terengganu.

Penolong Pengarah Tanah dan Galian (Kuatkuasa) Terengganu Mohd Huzir Mohamed ke Pengurus Unit Transformasi Pengurusan Prestasi & Pelaksana Terengganu.

Penolong Pengarah (IKS) Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu Che Ab. Razak Che Wel ke Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat) Setiu.

Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat) Setiu Azrul Faiz Mohd Shairudin ke Penolong Pentadbir Tanah (Penguatkuasaan Hasil) Setiu.

No comments:

Post a Comment