Wednesday, August 10, 2016

BERDAMAILAH TANPA SYARAT

Sebuah portal majlis ahli parlimen  BN melaporkan kesediaan MB Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman berdamai dengan ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said demi kepentingan rakyat Terengganu.Baca https://www.bnbbc.my/kemelut-tganu-selesai-dua-ahmad-berdamai/

Yang peliknya bekas MB Terengganu itu beri syarat iaitu  ambil semula semua pengarah GLC yang dipecat oleh Razif. Nampaknya Ahmad Said tidak ikhlas mahu berdamai dengan Razif sehingga mengemukakan syarat pula.

Setahu saya pengarah GLC yang ditamatkan oleh kerajaan negeri ada masalah integriti. Jadi bagaimana pula orang yang sudah dipecat atas sebab integriti mahu dilantik semula? Kerajaan tak lapor pengarah berkenaan kepada SPRM sudah mujur. Patutnya pengarah tersebut bersyukur kerana hanya tidak disambung perkhidmatan. Kalau dilapor kepada SPRM, pengarah berkenaan merengkuk di penjara pula.

Setiap keputusan yang dibuat oleh Razif bukannya menamatkan perkhidmatan secara membabi buta. Mesti ada sebabnya.  Ahmad Said kononnya nak jadi hero membela kawan-kawannya yang kena pecat sebagai pengarah GLC.  Hanya orang yang lidah bercabang saja yang suka menetapkan syarat. Siapa dia  untuk menetapkan syarat?

Inilah akibatnya orang yang tak boleh terima qada dan qadar. Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dan Datuk Seri Idris Jusoh tidak ganggu pentadbiran Razif. Malah ketika Ahmad Said jadi MB, Idris tak ganggu pun Ahmad Said. Ahmad Said ikut langkah sifunya Tun Dr Mahathir Mohamad mengganggu pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau tidak pernah muhasabah dirinya di zaman dia jadi MB rakyat benci dengan BN yang menyebabkan BN menang 17 kerusi sahaja dalam PRU lalu. Kalau rakyat suka dengan Ahmad Said, BN dah menang besar.

Kalau Ahmad Said ikhlas, beliau tak perlu letak syarat. Beliau sepatutnya tak buat undi tak percaya kepada MB, tak hasut Exco benci MB. Satu hari sebelum sidang DUN pada 8 Ogos lalu, ada seorang ADUN pergi ke rumah Ahmad Said. Tak tahulah apa hal ADUN itu pergi ke rumah beliau.

Sepatutnya Ahmad said masuk parti BERSATU yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebagai Pengerusi PERKASA Terengganu, beliau dijangka menggunakan jentera Perkasa untuk mempertahankan kerusi DUN Kijal pada PRU akan datang.

No comments:

Post a Comment