Tuesday, August 16, 2016

HAPUSKAN EGO JIKA MAHU LIHAT BN KEKAL

Bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Othman Daud berpendapat semua pihak yang cuba mengugat pentadbiran negeri perlu menghapuskan ego masing-masing untuk  kepentingan agama,bangsa dan negara

"Lebih-lebih lagi dengan kedudukan 17-15 di Dewan Undangan Negeri Terengganu….apa sahaja boleh berlaku," katanya.

Beliau yang juga bekas ADUN Ajil berkata sebagai ahli Umno, beliau mesti sokong pucuk pimpinan beliau iaitu Menteri Besar yang dipilih oleh Perdana Menteri,

Katanya lagi, sokongannya terhadap parti tetap utuh apatah lagi beliau sudah hampir 40 tahun menjadi ahli parti Melayu itu.

“Kitab suci al-Quran juga ada menyatakan bahawa semua orang Islam adalah bersaudara. Justeru itu rakyat  Malaysia dan Terengganu khasnya perlu memperlihatkan penyatuan seluruh umat Islam,” katanya.

Katanya lagi, sejarah juga telah memperlihatkan bagaimana negara Islam yang kuat telah hancur disebabkan oleh perpecahan sesama sendiri.


Menurut Othman, kita perlu mengekalkan proses demokrasi dan perlu mempertahankan sistem perlembagaan yang ada dalam n
egara kita pada hari ini demi kesejahteraan rakyat dan negeri Terengganu yang tercinta.

No comments:

Post a Comment