Sunday, August 28, 2016

MBKT DIARAH PULIHKAN KEROSAKAN SERTA MERTA PANTAI BATU BURUK



Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) diarah mengambil tindakan serta merta memulihkan kerosakan yang berlaku di kawasan rekreasi Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu.

Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ia adalah penting kerana Pantai Batu Buruk merupakan lokasi tumpuan dan tarikan pelancongan di negeri ini.


‘Saya hadir hari ini untuk melihat dari segi kebersihan dan fasiliti yang kita nampak tidak diurus dengan sebaik-baiknya.’

‘Saya telah beri arahan kepada MBKT untuk ambil tindakan segera terutama dari segi mana kerosakan yang perlu dibaiki dan mana-mana yang perlu ditambah baik.’

Menteri Besar Terengganu berkata, perkara ini dititikberatkan bagi memastikan agenda untuk Tahun Melawat Terengganu 2017 dapat dijayakan dengan sebaik mungkin lebih-lebih dengan tibanya musim cuti sekolah dan akan ada Pesta Pantai di sini.

‘Kita nak pastikan persediaan, fasiliti serta kemudahan yang disediakan di Pantai Batu Buruk berada dalam keadaan yang baik kerana ia menjadi satu tarikan untuk pelancong datang ke negeri dan mengguna taman rekreasi yang kita ada’.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan mengejut di surau dan taman rekreasi Pantai Batu Buruk di sini hari ini. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Dato Wan Nawawi Wan Ismail.

Menurut Ahmad Razif proses baik pulih kemudahan-kemudahan ini menjadi keutamaan kerajaan negeri untuk memastikan pelancong selesa ketika berada di Terengganu dan menjadikan negeri ini sebagai lokasi pelancongan pilhan kepada mereka pada masa-masa akan datang.

No comments:

Post a Comment