DUNGUN, 29 Ogos (Bernama) -- Lebih 3,000 penduduk dan warga Wilayah Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) menyertai program 'Moh Ngeteh' sempena sambutan Hari Kebangsaan, anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW) secara serentak di seluruh negara hari ini.
Timbalan Pengerusi Ketengah Datuk Din Adam yang juga Pegawai Pembangunan Dungun berkata program itu turut diadakan di enam lokasi di wilayah tersebut iaitu di Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Bandar Ketengah Jaya dan Bandar Bukit Besi di Dungun, Bandar Cheneh Baharu serta Bandar Seri Bandi di Kemaman dan Kampung Basong di Hulu Terengganu.
"Program ini sebenarnya dapat memberi kesedaran dan penghayatan kepada generasi hari ini mengenai kemerdekaan yang mana sebenarnya apa yang harus dilihat adalah perubahan telah banyak dibawa oleh kerajaan khususnya di kawasan ini di bawah Ketengah," katanya.
Monday, August 29, 2016
Sunday, August 28, 2016
MBKT DIARAH PULIHKAN KEROSAKAN SERTA MERTA PANTAI BATU BURUK
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) diarah mengambil tindakan serta merta memulihkan kerosakan yang berlaku di kawasan rekreasi Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu.
Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ia adalah penting kerana Pantai Batu Buruk merupakan lokasi tumpuan dan tarikan pelancongan di negeri ini.
‘Saya hadir hari ini untuk melihat dari segi kebersihan dan fasiliti yang kita nampak tidak diurus dengan sebaik-baiknya.’
‘Saya telah beri arahan kepada MBKT untuk ambil tindakan segera terutama dari segi mana kerosakan yang perlu dibaiki dan mana-mana yang perlu ditambah baik.’
Menteri Besar Terengganu berkata, perkara ini dititikberatkan bagi memastikan agenda untuk Tahun Melawat Terengganu 2017 dapat dijayakan dengan sebaik mungkin lebih-lebih dengan tibanya musim cuti sekolah dan akan ada Pesta Pantai di sini.
‘Kita nak pastikan persediaan, fasiliti serta kemudahan yang disediakan di Pantai Batu Buruk berada dalam keadaan yang baik kerana ia menjadi satu tarikan untuk pelancong datang ke negeri dan mengguna taman rekreasi yang kita ada’.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan mengejut di surau dan taman rekreasi Pantai Batu Buruk di sini hari ini. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Dato Wan Nawawi Wan Ismail.
Menurut Ahmad Razif proses baik pulih kemudahan-kemudahan ini menjadi keutamaan kerajaan negeri untuk memastikan pelancong selesa ketika berada di Terengganu dan menjadikan negeri ini sebagai lokasi pelancongan pilhan kepada mereka pada masa-masa akan datang.
Saturday, August 27, 2016
BN TERENGGANU SUDAH BERSIAP SEDIA
KUALA KRAI, 27 Ogos (Bernama) -- UMNO Terengganu menggerakkan jentera pilihan rayanya untuk membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) berikutan kemelut politik negeri itu sudah selesai.
Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman berkata pelbagai program sudah mula dilaksanakan untuk memperkuatkan jentera parti di semua peringkat selain mengadakan pertandingan melibatkan persiapan Pusat Daerah Mengundi.
"Saya memberi jaminan sekiranya berlaku pilihan raya pada bila-bila masa, UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu sudah bersiap sedia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Krai di sini, hari Sabtu.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai Datuk Ramzi Abdul Rahman.
Ahmad Razif yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu dan Anggota Majlis Tertinggi UMNO, berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan UMNO Terengganu bagi menghadapi PRU14.
Dalam pada itu, Ramzi berkata seluruh anggota UMNO perlu bekerja kuat untuk mempertahankan parti yang sedang menghadapi cabaran berikutan senario politik yang sudah berubah.
Katanya selain cabaran daripada parti pembangkang sedia ada, UMNO juga tidak boleh memandang mudah terhadap cabaran parti baharu Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang cuba untuk melemahkan UMNO.
Beliau mahu seluruh anggota UMNO di bahagian tersebut mempertahankan kepimpinan perdana menteri yang juga presiden UMNO.
-- BERNAMA

Friday, August 26, 2016
LUPAKAN SENGKETA DAN FOKUS PRU14
HULU TERENGGANU, 26 Ogos (Bernama) -- Pemimpin dan anggota UMNO perlu melupakan sengketa dan fokus sepenuhnya kepada gerak kerja parti untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.
Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu itu berkata sebarang tindakan mahupun perselisihan yang boleh memporak-perandakan parti haruslah dihadapi dengan tenang dan usaha mengatasinya perlu dilakukan segera.
"Kekuatan UMNO yang kini berusia 70 tahun bergantung kepada keupayaan semua pemimpin serta anggota mempertahankan perpaduan.
"Sudah tak sampai dua tahun pun nak menghadapi PRU14... rakyat sedang memerhatikan suasana politik dan seharusnya kita (UMNO) terus bergerak dan memberi fokus kepada gerak kerja parti (membantu rakyat)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian persidangan perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu yang disempurnakan oleh anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Johari Abdul Ghani merangkap Menteri Kewangan Kedua, di sini hari ini.
Jailani berkata anggota parti perlu terus berpegang kepada tiga elemen yang menjadi tonggak UMNO yang kekal memerintah sejak 1946 iaitu permuafakatan dan perpaduan, kesetiaan kepada parti dan hormat kepada pemimpin dan pucuk pimpinan.
"Kita ini adalah generasi pewaris kepada sebuah wadah yang mengumpul kekuatan dan kesatuan orang Melayu... walau apapun perbezaannya dan biar sehebat manapun ribut dan gelora politik yang melanda, wadah inilah yang selama ini menjadi pengikat untuk kita bergerak sebagai satu pasukan," katanya.
Jailani berkata UMNO Terengganu perlu bekerja kuat bagi memastikan negeri tersebut tidak kembali jatuh ke tangan pembangkang pada PRU14 seperti yang pernah berlaku pada pilihan raya umum 1999.
"Jangan ada sikap 'cah keting' kerana kalau kita sudah buat kerja tetapi ada hasad dengki, sia-sia sahaja kerja yang dilakukan dan dalam perjuangan parti kita harus ada 'teamwork' dan akur kepada pemimpin yang dipilih dalam satu kapal bukannya dua nakhoda," katanya.

Thursday, August 25, 2016
MAHATHIR MOHON MAAF KURANGKAN KUASA YANG DIPERTUAN AGONG
SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf atas pindaan perlembagaan yang menyebabkan kelulusan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak lagi menjadi keperluan untuk menjadikan suatu akta sebagai undang-undang.
Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, pindaan tersebut tidak meliputi semua undang-undang kerana terdapat Akta Parlimen yang masih perlu mendapat persetujuan dan tandatangan baginda.
“Saya dengan penuh ikhlas memohon maaf kerana membuat pindaan tersebut yang terbuka kepada tafsiran berbeza. Pindaan itu tidak melucutkan lebih 30 perkara lain di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.
“Sebenarnya terdapat lebih 30 prosiding yang tersenarai dalam perlembagaan yang memerlukan persetujuan Yang di-Pertuan Agong, sebahagian daripadanya tanpa mendapatkan nasihat perdana menteri,” kata bekas Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan, semalam.
Mahathir berkata, hak dan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk isytiharkan darurat tidak terjejas dan keistimewaan itu dikekalkan kerana implikasinya amat serius.
“Fasal (1) Perkara 150, Proklamasi Darurat menyatakan ‘Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka baginda boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.
“Fasal (1) boleh dikeluarkan sebelum sebenarnya berlaku kejadian yang mengancam keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa kejadian sedemikian hampir akan berlaku,” katanya.
Katanya, perkara dan fasal itu menyatakan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk isytihar darurat kekal terletak hanya pada baginda dan tidak boleh dipertikaikan.
“Tiada disebut dalam kes ini, Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat perdana menteri. Yang di-Pertuan Agong juga boleh memasyhurkan ordinan yang mempunyai kuasa sama dengan Akta Parlimen.
“Dengan kuasa ini yang kekal di tangan Yang di-Pertuan Agong tidak terdapat apa-apa keperluan bagi mana-mana undang-undang lain untuk membolehkan kerajaan menggantung undang-undang bagi menangani masalah keselamatan,” tegasnya.
Menurut Mahathir, Akta MKN yang diluluskan di Dewan Rakyat itu telah menghina peruntukan Perkara 38 (4) yang menyatakan tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.
“Jelas sekali Akta MKN ini menceroboh kedudukan istimewa Majlis Raja-Raja dan bertentangan dengan hak Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat. Persetujuan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong masih diperlukan untuk meluluskan akta ini sebagai undang-undang.
Katanya, di bawah Fasal (3) Perkara 40, baginda boleh bertindak selepas berunding dengan atau atas syor mana-mana orang atau kumpulan orang bukan daripada jemaah menteri untuk jalankan mana-mana fungsinya, selain menurut budi bicaranya.
Selain itu, Yang di-Pertuan Agong masih mempunyai bidang kuasa untuk menasihati Mahkamah Persekutuan tentang apa-apa soal dan kesan mana-mana peruntukan perlembagaan yang berbangkit atau mungkin berbangkit.
“Mahkamah Persekutuan hendaklah mengumumkan pendapatnya tentang apa-apa soal yang dirujukkan sedemikian kepadanya itu di dalam mahkamah terbuka.
“Peruntukan ini memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong untuk merujuk ke Mahkamah Persekutuan jika terdapat kesangsian terhadap kesahihan ataupun ketidaksahihan Akta MKN yang tidak pun mendapat persetujuan serta tandatangan Yang di-Pertuan Agong,” ulasnya.
Katanya, pelantikan perdana menteri juga merupakan kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong untuk melantik seorang individu yang mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, namun calon itu tidak semestinya diterima oleh baginda.
“Berdasarkan peruntukan sama di Terengganu, Perlis dan Selangor, calon yang dikemukakan parti menang ditolak dan raja-raja membuat keputusan menerima calon lain. Mereka ini dilantik sebagai menteri besar dan diterima Majlis Mesyuarat Negeri.
“Jelas, baginda mempunyai hak melantik perdana menteri atas budi bicara. Jika semasa persidangan, Dewan Rakyat menolak lantikan itu, calon tersebut terpaksa berhenti daripada jadi perdana menteri. Yang di-Pertuan Agong akan menamakan calon baharu,” ujarnya.
Wednesday, August 24, 2016
SAMIUN SALLEH AMBIL ALIH PMINT
KUALA TERENGGANU: Seramai 52 Pegawai Tadbir Negeri akan bertukar jawatan di pelbagai pejabat kerajaan seluruh negeri berkuatkuasa 5 September ini bagi memantapkan lagi pentadbiran negeri ini.
Mereka yang terlibat dengan pertukaran itu ialah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Dato’ Mohamad Kamil Othman bertukar ke Pengarah tanah dan Galian Terenggan
Manakala Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Hulu Terengganu Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim memegang jawatan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu Dato’ A. Rahman Yahya bertukar ke jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Terengganu dan jawatan beliau diganti dengan Samiun Salleh kini Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Terengganu.
Pegawai Daerah /Pentadbir Tanah Marang Mohd Zukifli Abu Bakar mengantikan Dato’ Mohamad Kamil sebagai Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
Timbalan Setiausaha Kerajaan(Pembangunan) Terengganu, Zainail Abidin Hussin ke jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Terengganu. Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Kuala Nerus Azmi Razik pula bertukar ke Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Hulu Terengganu.
Yang Dipertua Majlis Daerah Besut Zainal Abidin ke jawatan Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Marang manakala Ibrahim Mohamad Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu menjadi Yang Dipertua Majlis Perbadanan Dungun.
Timbalan Persuruhjaya (Pentadbiran ,Kewangan & Pembangunan) jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Wan Ismail Suhaimi Wan Omar ke jawatan Pegawai Daerah Pentadbir Tanah Besut.
Ketua penolong Pentadbir Tanah Kemaman, Wan Mohamad Lotfi Wan Ismail ke jawatan Pendaftar TATIUC manakala Haji Shahidan Embok Yang Dipertua Majlis Daerah Marang menjadi Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Setiu.
Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Sumber Manusia) Terengganu, Y.M Datuk Tg. Farok Hussin Tg. Abd Jalil ke jawatan Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Kuala Nerus, manakala Marzuki Endut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu menjadi Ketua Penolong Setiausaha( Pengurusan Sumber Manusia) Terengganu.
Ketua Penolong Pentadbir Tanah Dungun, Haji Jahani Ismail ke jawatan Timbalan Pengarah Tanah dan Galian ( Pengurusan) Terengganu, manakala Ahmad Azmi Salleh, Pengarah Unit Pengurusan Maklumat Negeri Terengganu menjadi Yang Dipertua Majlis Daerah Besut.
Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pengurusan) Terengganu, Johan Ibrahim ke jawatan Yang Dipertua majlis Perbandaran Kemaman manakala Osman A.Bakar Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman menjadi Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu.
Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Rozali Salleh ke jawatan Yang Dipertua Majlis daerah marang manakala Zulkafeli Omar, Ketua Penolong Pentadbir Tanah Hulu Terengganu menjadi Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Khidmat Pengurusan ) Terengganu, Azhar Jusoh ke jawatan Timbalan Pesuruhjaya (Pentadbiran, Kewangan & Pembangunan) Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu manakala Ab. Rasid Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat transformasi Terengganu Baharu menjadi Pengarah Unit Perhubungan dan Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM).
Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Ariffin Abdullah ke jawatan Ketua Penolong Pentadbir Tanah Hulu Terengganu manakala Mohamad A.Rahman @ Othman , Ketua Penolong Pegawai Daerah Kemaman menjadi Setiausaha Majlis Perbandaran Dungun.
Ketua Penolong Pentadbir Tanah Setiu, Anuar Nik Mohamad Noor ke jawatan Pengarah Unit Pengurusan Maklumat Negeri Terengganu manakala Mohd Sophian Abu Bakar , Pegawai Jawatan Kumpulan menjadi Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Khidmat Pengurusan ) Terengganu.
Pengarah Bajet Perbendaharaan Negeri Terengganu, Azran Amin Mazlan ke jawatan Ketua Penolong Pentadbir Tanah Setiu.
Ketua Penolong Pegawai Daerah Marang Ahmad Azizi Zulkifli bertukar ke Ketua Penolong Pentadbir Tanah Kemaman.
Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Nerus Lizan Che Mat ke Ketua Penolong Pentadbir Tanah Dungun.
Pengurus Teknologi Maklumat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu Wan Mohd Masyhum Wan Harujan ke Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
Setiausaha Majlis Perbandaran Dungun Mohd Iskandar Muhammad Aziz ke Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu.
Timbalan Pengarah (Pengurusan) Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu Mohd Huzairil Nizam Ibrahim ke Pengurus Kanan Korporat Unit Transformasi Ekonomi Negeri Terengganu.
Ketua Penolong Pegawai Daerah Hulu Terengganu Ahmad Nazwawi Harun bertukar ke Ketua Penolong Pegawai Daerah Kemaman.
Ketua Penolong Pegawai Kewangan (Khidmat Pengurusan) Terengganu Norliza Ismail ke Pengarah Bajet Perbendaharaan Negeri Terengganu.
Pengarah SUKTRA/Kompleks Sukan Negeri Terengganu Mohd Rashdan Muda ke Ketua Penolong Pegawai Daerah Hulu Terengganu.
Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Dungun Fadli Ngah ke Ketua Penolong Pegawai Daerah Dungun.
Pengurus Unit Transformasi Pengurusan Prestasi Pelaksana Terengganu Zuwislan Awang ke Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Nerus.
Setiausaha Majlis Daerah Marang Wan Saifulizam Wan Jusoh @ Wan Ali ke Ketua Penolong Pegawai Daerah Marang.
Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Pemantau & Pelaburan) Terengganu Hamidi Othman ke Timbalan Pengarah (Pengurusan) Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu.
Penolong Kanan Setiausaha Kerajaan (Dasar & Operasi) Kerajaan Tempatan Terengganu Khairil Anuar Sheikh Mahmood ke Setiausaha Majlis Daerah Marang.
Penolong Kanan Pegawai Daerah Kuala Nerus ZulIzahar Mohd Zulkifli ke Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Dungun.
Penolong Kanan Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) Kuala Terengganu Mohd Hanaffi Samsuddin ke Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Kemaman.
Penolong Pengarah (Khidmat Pengurusan) Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Mohd Milzam Nur Anuar ke Penolong Kanan Pengarah (Khidmat Pengurusan) Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Kemaman Nasran Abd. Halim ke Ketua Penolong Pegawai Kewangan (Khidmat Pengurusan) Terengganu.
Pegawai Jawatan Kumpulan Kumpulan Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu Fairul Hisyam Mat ke Penolong Pegawai Daerah Kuala Nerus.
Pegawai Tadbir Negeri Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu Mohd Adzhar Mohd Zahari ke Penolong Kanan Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) Kuala Terengganu.
Penolong Kanan Pengarah (Bajet) UPEN Terengganu Puan Normah Nik ke Pegawai Jawatan Kumpulan Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu.
Penolong Setiausaha Kerajaan (Pelancongan & Kebudayaan),Che Wan Mohd Zulkifli Che Wan Jalil ke Penolong Kanan Setiausaha Kerajaan (Dasar & Operasi) Kerajaan Tempatan Terengganu.
Pengarah Jabatan Kemasyarakatan Majlis Perbandaran Dungun Wan Mohd Firdaus Wan Sembok ke Penolong Setiausaha Kerajaan (Pelancongan & Kebudayaan), Terengganu.
Penolong Pengarah Tanah dan Galian (Kuatkuasa) Terengganu Mohd Huzir Mohamed ke Pengurus Unit Transformasi Pengurusan Prestasi & Pelaksana Terengganu.
Penolong Pengarah (IKS) Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu Che Ab. Razak Che Wel ke Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat) Setiu.
Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat) Setiu Azrul Faiz Mohd Shairudin ke Penolong Pentadbir Tanah (Penguatkuasaan Hasil) Setiu.
Tuesday, August 23, 2016
KONTROVERSI AZIZULHASNI DAN MB SELESAI
KUALA TERENGGANU 23 Ogos - Kontroversi yang melanda jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang dan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman akhirnya selesai secara baik selepas kedua mereka mengadakan pertemuan yang disifatkan ‘positif’ malam tadi.
Ahmad Razif yang dihubungi Bernama di sini hari ini berkata, beliau sentiasa berlapang dada untuk mendengar permasalahan yang berlaku akibat salah faham dan bersyukur kerana isu tersebut telah selesai.
"Syukur Alhamdulillah, semuanya selesai," katanya.
Pertemuan yang berlangsung selama dua jam di sebuah restoran di Kuala Lumpur itu turut dihadiri dua lagi atlet berasal dari Terengganu iaitu Fatehah Mustapa (berbasikal) serta Hafifi Mansor (angkat berat).
Azizulhasni yang memenangi pingat gangsa dalam acara keirin di Sukan Olimpik Rio, sebelum ini mendakwa, Ahmad Razif tidak mempedulikan permohonannya untuk membeli basikal roadbike buat dirinya dan Fatehah bagi persediaan ke Rio.
Luahan itu dibuat dalam laman Facebook Jojo Knoxville.
Ahmad Razif dalam kenyataan balasnya menegaskan, beliau tidak tahu menahu mengenai permohonan tersebut, malah tidak pernah mengenali pengurus Azizulhasni yang dikatakan cuba berhubung dengannya.
Beliau turut mengarahkan Majlis Sukan Negeri (MSN) menyiasat dakwaan itu dan mengesan sekiranya berlaku sebarang salah faham.
Sementara itu, ketika pertemuan tersebut, Azizulhasni yang turut mambawa seorang anaknya kelihatan mesra, malah memeluk serta bersalam dengan Ahmad Razif.
"Saya amat berbangga dengan kejayaan anak-anak Terengganu termasuk Azizulhasni," kata Ahmad Razif.
Menerusi laman Facebook miliknya pula, Ahmad Razif menyatakan bahawa beliau tidak pernah mengabaikan anak-anak muda dari Terengganu dan mengakui, apa yang berlaku mungkin disebabkan salah faham.
Berikutan itu, beliau memohon agar tiada pihak lain yang memperbesarkan isu itu lagi, yang bagaikan menghidupkan api yang telah padam.
"Malah malam tadi ketika makan malam bersama Fatehah, Azizulhasni dan Hafifi, saya telah meluahkan apa yang terbuku di hati dan saya turut mendengar setiap keluh kesah, cabaran serta pengalaman yang mereka lalui untuk berada pada tahap sekarang.
"Insya-Allah kita akan usahakan janji yang telah dikatakan iaitu untuk membuka galeri yang akan mempamerkan semua kejayaan yang telah dicapai oleh anak-anak Terengganu, termasuk mereka bertiga supaya generasi akan datang tahu jasa dan bakti yang telah mereka lakukan untuk negeri ini," luahnya di laman sosial tersebut.
Sebelum ini, Ahmad Razif telah mengumumkan bahawa Azizulhasni akan memperoleh insentif dan kerajaan negeri merancang pelbagai program apabila dia pulang ke Terengganu, antaranya mengadakan pameran bergerak serta memahat namanya di Muzium Negeri sebagai wira dalam kecemerlangan sukan.
Sementara itu Azizulhasni berkata, pertemuan itu memberi peluang kepadanya dan Ahmad Razif berbincang mengenai pembangunan dan kecemerlangan sukan berbasikal di Terengganu .
"Kami berkongsi pemikiran dan pandangan mengenai banyak perkara ke arah kecemerlangan.
"Seperti yang saya selalu kata, saya berbangga menjadi rakyat Malaysia dan Terengganu akan selalu di hati saya," katanya dalam Facebook miliknya.
Azizulhasni turut berterima kasih atas sambutan yang diberikan oleh kerajaan negeri Terengganu kepadanya.
Monday, August 22, 2016
JANGAN CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN, MAHATHIR
KUALA LUMPUR - Individu yang akan menyertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mesti bersumpah untuk membanteras rasuah.
Seiring dengan pelembagaan parti, Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ahli yang membuat pengakuan sumpah itu perlu membuktikan mereka bukan sahaja menolak rasuah malah sanggup berjuang menangani masalah rasuah dalam negara.
"Sekarang ini pengakuan sumpah hanya sekadar kata-kata, hanya sekadar pengakuan. Hakikatnya, ramai yang ambil ringan tentang sumpah.
"Perdana menteri sendiri bersumpah tidak akan melakukan sesuatu yang bercanggah dengan pelembagaan negara tetapi beliau sendiri yang mengingkarinya," katanya dalam sidang media hari ini.
9 Ogos lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan dokumen permohonan pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), di Putrajaya.
Beliau turut ditemani empat ahli jawatankuasa penaja parti itu iaitu bekas ahli Wanita Umno Bahagian Langkawi, Anina Saaduddin, Presiden Gabungan ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Kamarul Azman Habibur Rahman, pemimpin kumpulan belia Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan bekas Ketua Umno Cawangan Bendang Baru, Akhramsyah Sanusi.
Permohonan parti baharu tersebut diserahkan kepada Penolong Pengarah RoS, Rosliza Mahidi.
Ulasan saya, lucu juga mendengar kenyataan Dr Mahathir sedangkan pemimpinnya sendiri terpalit dengan rasuah. Bersihkah Presiden penajanya, Muhyiddin Yassin? Benarkah beliau tidak pernah terlibat dengan rasuah ketika beliau menjadi MB Johor?
Semua orang tahu sewaktu beliau jadi MB Johor, beliau terlibat dengan memberi tanah kepada syarikat dari Singapura. Adakah ia pemberian percuma atau ada kick back? Beranikah Muhyididn bersumpah beliau tidak pernah terima rasuah ketika menjadi MB Johor?
Oleh itu sebelum mengajak ahli BERSATU bencikan rasuah pastikan pemimpinnya tidak pernah melakukan rasuah ketika mereka dalam Umno dahulu.
Takkan Dr Mahathir sudah lupa bahawa pada pemilihan 1996 Muhyiddin kalah tanding jawatan Naib Presiden Umno kerana MB Johor, tan Sri Ghani Othman mengadu kepada Dr Mahathir bahawa Muhyiddin beri wang kepada semua ketua bahagian di Johor. Dalam ucapan perasmian perhimpunan agung Umno, Dr Mahathir merayu kepada perwakilan supaya menolak orang yang terlibat dalam politik wang yang menyebabkan Muhyididn kalah kerana tafsiran Dr Mahathir terhadap politik wang sebagai rasuah atau membeli undi perwakilan.

Sunday, August 21, 2016
DR YUSRI YANG TAK KENANG BUDI PERJUANGAN ORANG POLITIK
Sungguh kurang ajar seorang pensyarah di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Yusri Ibrahim yang mengatakan lebih murah menghasilkan ramai ahli sukan berbanding menghasilkan banyak ahli politik.
Katanya, lebih baik menghasilkan ramai ahli sukan berbanding menghasilkan banyak ahli politik.
"Apatah lagi kos membela atlit sukan jauh lebih murah berbanding menternak orang politik," katanya dalam Facebook beliau.
Tulisnya lagi, hanya dengan sebutir mulut dan tiga suku otak, politikus berjaya memecahbelahkan rakyat, membakar sentimen perkauman dan menjadi asbab sesetengah warga hilang rasa patriotik terhadap Malaysia.
Dah jadi pensyarah janganlah hina ahli politik. Perjuangan orang politiklah yang menyebabkan kolej tempat mu mengajar (KUSTEM) Dr Yusri dinaiktaraf menjadi universiri (UMT). Pada tahun 70an dahulu hanya ada beberapa universiti awam seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia tetapi kini bersepah universiti hasil perjuangan orang politik. Kamu dapat ijazah pertama, masters dan PhD, bukankah kerana perjuangan orang politik?
Mana ada orang politik mahu pecahbelahkan rakyat? Semua ahli politik Umno menyeru rakyat bersatu padu. Sebaliknya ahli politik pembangkang pun menyeru ahlinya bersatu padu menumbangkan kerajaan. Jadi tak timbul soal orang politik memecahbelahkan rakyat.
Politik Malaysia matang. Walaupun mereka meraikan perbezaan pendapat tetapi setiap kali PRU tidak ada berlaku kekacauan sehingga rakyat mati sebelum PRU kecuali tragedi pahit 13 Mei 1969. Tidak seperti di negara luar rakyat mati ditembak polis menjelang hari pembuangan undi.
Saya kira menternak pensyarah universiti lebih mahal dari menternak orang politik kerana mereka dihantar ke luar negara buat masters dan PhD tetapi balik ke kampus mereka menghasut pelajar membenci kerajaan yang hantar mereka ke luar negara. Orang macam Dr Yusrilah yang tidak mengenang budi perjuangan orang politik yang menghantar mereka belajar sampai ke peringkat yang tertinggi.

Saturday, August 20, 2016
RAZIF IKRAR TAWAN KERUSI YANG KALAH DI ZAMAN AHMAD SAID
KUALA TERENGGANU, 20 Ogos (Bernama) -- UMNO Terengganu akan berjuang habis-habisan bagi meraih kembali kerusi di negeri itu yang jatuh ke pihak pembangkang sekaligus membantu Barisan Nasional (BN) meraih kejayaan cemerlang pada pilihan raya akan datang.
Menteri Besar merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata UMNO Terengganu kini memfokuskan tiga agenda utama dalam memantapkan jentera pilihan raya parti.
Tiga agenda itu katanya iaitu mengadakan pertandingan Pusat Daerah Mengundi (PDM), mengatur gerak kerja pilihan raya dan mengadakan simulasi pilihan raya.
"Agenda ini adalah untuk menjayakan dan memastikan pada pilihan raya umum akan datang kita akan menang dengan cemerlang.
"Ia juga sebagai hadiah terbaik kepada Presiden UMNO (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang tidak putus-putus memberi semangat kepada kita di saat UMNO negeri berhadapan dengan konflik dalaman," katanya.
Beliau berucap pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Terengganu yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini hari ini.
Ahmad Razif yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Takir turut berjanji segala permasalahan dalaman yang melanda UMNO Terengganu akan diselesaikan dalam masa terdekat bagi memastikan ia tidak membantutkan perjuangan UMNO.
Katanya, konflik dalaman yang berlaku hanyalah perselisihan adik beradik, dan beliau yakin semua ahli UMNO Terengganu tetap sayang dan cintakan kepada parti.
"UMNO Terengganu sudah melalui perjalanan yang cukup lama, sudah merasai pengalaman yang penuh berliku, sudah menghadapi situasi yang sangat memeritkan.
"Justeru, kami akan pelihara UMNO dengan sebaik mungkin. Kami akan terus terus maju ke hadapan. Kami akan sambung legasi UMNO yang tidak putus-putus mencurah jasa dan menabur budi, kepada negara Malaysia, kepada negeri Terengganu, kepada agama dan bangsa," tegasnya.
Turut hadir pada persidangan tersebut ialah Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi.

Friday, August 19, 2016
MAHATHIR DULU LAIN, SEKARANG LAIN
KUALA KETIL 19 Ogos - Ahli UMNO khususnya di negeri Kedah perlu meletakkan kepentingan parti lebih daripada sanjungan terhadap seseorang pemimpin, kata Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.
Katanya, beliau memahami terdapat dilema dalam kalangan anggota UMNO terutama di negeri jelapang padi ini terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana beliau sendiri pernah berkhidmat di bawah pentadbiran bekas perdana menteri itu.
Bagaimanapun, katanya, anggota parti perlu sedar bahawa perjuangan Dr Mahathir telah tersasar jauh daripada apa yang dikatakannya sendiri ketika menjadi presiden UMNO.
"Bait-bait perkataan Dr Mahathir masih segar dalam ingatan saya, kalau orang Kedah rasa sedih dan terkeliru, saya juga sedih ... kenapa dulu beritahu lain, sekarang buat lain ... keluar UMNO, tinggalkan parti, itu bercanggah dengan ajaran beliau (Dr Mahathir) sendiri.
"Hari ini saya antara orang yang terkeliru, orang Kedah pun mesti ada perasaan sayang, tetapi dalam sejarah perjuangan UMNO, kita tidak pernah mengikut jejak langkah individu," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Baling di sini, hari ini. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Annuar berkata, anggota UMNO harus melihat lebih jauh terutama nasib anak-anak mereka sekiranya UMNO tidak lagi berkuasa di negara ini.
Katanya, UMNO yang selama ini banyak berjasa dalam pembangunan negara dan menjaga kebajikan rakyat bukan sekadar sebuah parti politik, namun merupakan suatu warisan yang harus diwarisi pada masa depan.
Dalam pada itu, Annuar meminta anggota UMNO di setiap peringkat mempertahankan UMNO dengan memberikan perspektif yang betul supaya rakyat mendapat gambaran jelas mengenai parti itu.
"UMNO seringkali ditohmah dengan pelbagai tuduhan termasuk parti rasis dan tidak mengangkat agama Islam sehinggakan terdapat rakyat yang terpengaruh dan menjauhi UMNO.
"Ia berikutan anggota UMNO sendiri tidak menjadi 'lidah' kepada UMNO yang sebenarnya berjuang demi kepentingan agama, bangsa dan negara ... parti ini mengambil kira muafakat dan kerjasama antara kaum. Tetapi berapa ramai anggota UMNO yang bercerita mengenai perkara ini," katanya. - BERNAMA
Thursday, August 18, 2016
SIAPA DALANG DI SEBALIK POSTING AZIZUL HASNI?
Semalam heboh posting pelumba basikal, Azizul Hasni Awang yang memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Rio yang mana beliau telah menyindir MB Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman yang tidak membeli basikal untuknya berlatih ke Olimpik.
Beliau baru satu jam menang di Rio kenapa tiba tiba keluar posting beliau? Adakah beliau ada masa untuk menulis sedangkan menurut lenggok bahasa saya percaya posting itu bukan ditulis oleh beliau. Bagi saya ada dalang yang menulis bagi pihak beliau dengan tujuan untuk memalukan MB.
Azizl Hasni berasal dari Dungun. Jadi siapa yang berasal dari Dungun yang menjadi dalangnya? Cuba teka siapa orangnya. Barangkali orang politik yang cuba menangguk di air keruh yang cuba memalukan MB setelah MB dimalukan dengan undi tak percaya oleh Ahmad Said. Sejak bila pula Azizul pandai menulis posting yang begitu panjang kecuali ada orang yang draf tulisan itu untuk beliau.
Ada orang yang memberitahu saya bukan Azizul yang menulis posting itu. Jika bukan beliau, sewajarlah beliau meminta maaf kepada MB. Apa motif beliau diperalatkan orang tertentu untuk memalukan MB sedangkan surat yang dikatakan dihantar ke pejabat MB tidak pernah sampai ke tangan MB. Jika benar ia sampai kepada MB, masakan MB tak mampu mengeluarkan peruntukan untuk membeli dua buah basikal tersebut.
Oleh itu saya kesal dengan sikap beliau diperalatkan oleh golongan tertentu untuk agenda politik mereka. Sewajarlah Azizul Hasni memohon maaf kepada MB kerana kerajaan negeri tetap menghargai ahli sukan yang mengharumkan nama negeri Terengganu.
Sepatutnya isu ini tidak perlu melibatkan MB kerana kerajaan negeri ada Exco Sukan, Datuk Rozi Mamat. Sepatutnya beliau yang menjawab isu ini kerana sebagai Exco Sukan, beliau mesti tahu perkembangan ahli ahli sukan dari negeri Terengganu.

Wednesday, August 17, 2016
DAH JADI PEMANDU UBER, WAHID CADANG UBER TURUNKAN YURAN PERKHIDMATAN
Khidmat kongsi kereta sewa seperti Uber dan Grab Car perlu menurunkan bayaran perkhidmatannya bagi membantu pemandu meraih pendapatan lebih lumayan, kata Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tan Sri Abdul Wahid Omar.
"Uber mengambil kira-kira 25 peratus (sebagai yuran perkhidmatan) daripada pemandu. Mereka sepatutnya boleh ambil kurang dari itu," katanya berdasarkan pengalamannya sebagai pemandu Uber.
Bekas menteri itu memandu Uber untuk tujuan amal dan mempromosi Proton Perdana yang baru dilancarkan sebaik saja penggal perkhidmatannya sebagai senator tamat baru-baru ini.
"Ia sesuatu yang selama ini ingin saya alami. Penggunaan teknologi dan kongsi sewa. Tetapi saya tidak boleh lakukan itu semasa menjadi menteri," kata beliau berseloroh semasa syarahan jamuan tengah hari berjudul "Mentransformasi Negara menerusi Kreativiti dan Inovasi".
Majlis itu diadakan bersempena Persidangan Antarabangsa mengenai Strategi Lautan Biru (ICBOS) 2016 di sini Rabu.
"Saya memandu kira-kira 11 jam dan melakukan hanya 17 trip dengan mampu mendapat RM210, RM10 daripadanya untuk bayar tol, RM5O diambil oleh Uber (sebagai yuran perkhidmatan) dan tinggal RM150 untuk saya," kata beliau.
Abdul Wahid berkata, kaedah mendapatkan penumpang menggunakan teknologi dan aplikasi seperti Uber dan Grab Car pastinya membantu meningkatkan pendapatan pemandu teksi biasa.
Aplikasi kongsi sewa semakin popular di sini dan di seluruh dunia dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) baru-baru ini mengemukakan cadangan untuk menjadikan Uber dan Grab Car perkhidmatan sah di Malaysia.

Tuesday, August 16, 2016
HAPUSKAN EGO JIKA MAHU LIHAT BN KEKAL
Bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Othman Daud berpendapat semua pihak yang cuba mengugat pentadbiran negeri perlu menghapuskan ego masing-masing untuk kepentingan agama,bangsa dan negara
Katanya lagi, sokongannya terhadap parti tetap utuh apatah lagi beliau sudah hampir 40 tahun menjadi ahli parti Melayu itu.
“Kitab suci al-Quran juga ada menyatakan bahawa semua orang Islam adalah bersaudara. Justeru itu rakyat Malaysia dan Terengganu khasnya perlu memperlihatkan penyatuan seluruh umat Islam,” katanya.
Katanya lagi, sejarah juga telah memperlihatkan bagaimana negara Islam yang kuat telah hancur disebabkan oleh perpecahan sesama sendiri.
"Lebih-lebih lagi dengan kedudukan 17-15 di Dewan Undangan Negeri Terengganu….apa sahaja boleh berlaku," katanya.
Beliau yang juga bekas ADUN Ajil berkata sebagai ahli Umno, beliau mesti sokong pucuk pimpinan beliau iaitu Menteri Besar yang dipilih oleh Perdana Menteri,
Katanya lagi, sokongannya terhadap parti tetap utuh apatah lagi beliau sudah hampir 40 tahun menjadi ahli parti Melayu itu.
“Kitab suci al-Quran juga ada menyatakan bahawa semua orang Islam adalah bersaudara. Justeru itu rakyat Malaysia dan Terengganu khasnya perlu memperlihatkan penyatuan seluruh umat Islam,” katanya.
Katanya lagi, sejarah juga telah memperlihatkan bagaimana negara Islam yang kuat telah hancur disebabkan oleh perpecahan sesama sendiri.
Monday, August 15, 2016
KALAH KETUA PEMUDA SEPATUTNYA MUKHRIZ TANDING AHLI MAJLIS TERTINGGI
ALOR SETAR, 15 Ogos (Bernama) -- Perjuangan Datuk Seri Mukhriz Mahathir adalah untuk mencapai cita-citanya menjadi perdana menteri secara 'fast track', dakwa bekas pegawai khas politiknya, Haris Che Mat.
Haris, yang juga bekas setiausaha kerja UMNO Kedah mendakwa perjuangan bekas menteri besar Kedah itu turut didokong bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memberi laluan kepada anaknya.
Haris berkata rancangan tersebut bermula ketika pemilihan UMNO pada 2013 yang menyaksikan Mukhriz bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.
"Saya adalah antara anggota jentera kempen Mukhriz bagi jawatan Naib Presiden UMNO pada 2013.
"Ramai di antara kami berfikir elok bagi beliau bertanding untuk Ahli Majlis Tertinggi kerana kalah dalam pertandingan Ketua Pemuda pada 2009," katanya pada persidangan berita di Pokok Sena kira-kira 20 km dari sini, hari ini.
"Apabila Mukhriz kalah dalam pertandingan jawatan Naib Presiden, mereka salahkan Perdana Menteri (Najib)," tambahnya.
Justeru, Haris berkata beliau tidak akan mengikut Mukhriz menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan kekal bersama UMNO.
"Saya tidak mengikut Datuk Seri Mukhriz kerana perjuangan saya bersama UMNO. Parti UMNO merupakan institusi bagi perjuangan politik Melayu," katanya.
Haris mendakwa beliau melihat Parti Pribumi hanya satu platform bagi perjuangan cita-cita politik Mukhriz untuk menjadi perdana menteri.

Saturday, August 13, 2016
BERANIKAH AHMAD SAID BERSUMPAH TAK KENAL WANITA DALAM VIDEO?
ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said enggan melayan sebarang ‘serangan’ yang dilakukan termasuk isu video dan gambar seks yang didakwa mengaitkan dirinya.
“Itu saya tak mahu komen. Saya malaslah. Sekarang dah mula keluar macam-macam. Takpe, saya tak mahu komen. Kalau kita panjangkan (isu ini) ia akan berpanjangan,” katanya dalam KiniTV yang disiarkan baru baru ini.
Sehubungan itu, ketika ditanya sama ada beliau takut dengan ‘ugutan’ berhubung video tersebut, bekas Menteri Besar itu berkata, beliau kini mengambil pendekatan tunggu dan lihat serta tidak teragak-agak untuk membuat serangan balik sekiranya perlu.
Sebelum ini, The Star Online melaporkan, wujud dakwaan video dan gambar seks melibatkan seorang ahli politik kanan Terengganu yang memberikan sebuah projek pembalakan kepada seorang wanita dan sebagai balasan,mendapat habuan seks.
Ulasan saya, salah satu ayat yang selalu Ahmad Said sebut ialah wallahi, wabillahi, watallahi dalam ucapannya.Beranikah dia bersumpah dengan ayat tersebut menafikan dakwaan wanita tersebut dalam video itu.
Friday, August 12, 2016
SULTAN TERENGGANU SEMPURNAKAN KEMPEN SOLAT SUBUH BERJEMAAH
KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menyempurnakan Kempen Solat Subuh Berjemaah Peringkat Negeri di Masjid Al Muktafi Billah Shah di sini pagi semalam.
Baginda yang berangkat bersama anakanda, Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Muhammad Muaaz diringi Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman.
Hadir sama Setiausaha Kerajaajn Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Zubir Embong.
Program julung kali dianjurkan itu bermula seawal jam 4 pagi dengan kehadiran jemaah termasuk orang kenamaan.
Majlis dimulai dengan qiyamullai iaitu mengerjakan solat sunat tahajud, tasbih, hajat dan juga witir dipimpin oleh ustaz Zul Ramli Mohamed Razali.
Sejurus Baginda tiba pada jam 5.30 pagi, majlis diteruskan dengan solat subuh berjemaah dan diikuti ucapan Menteri Besar serta titah perasmian oleh Tuanku.
ustaz Zul Ramli kemudiannya menyampaikan kuliah subuh bertajuk Keajaiban Solat Subuh Berjemaah.

Thursday, August 11, 2016
MAT SAID PERLU MINTA MAAF KEPADA RAZIF
Sudah empat hari sidang Dewan Undangan Terengganu berakhir. Kekecohan yang dijangka berlaku akhirnya tidak berlaku. Syukur kerana sidang kali ini berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
Dua hari lepas MB Terengganu, Ahmad Razif sedia berdamai dengan ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said untuk menamatkan pertelingkahan politik yang sudah dua tahun berlarutan. Ahmad Said mengulas isu ini berkata beliau sedia berdamai dengan syarat Razif melantik semula orangnya yang dibuang dari GLC.
TODAY TERENGGANU sempat meninjau pendapat orang ramai berhubung dengan isu ini. Menurut seorang pegawai kerajaan, Kamal Shah, 55, sepatutnya Ahmad Said tidak perlu mengemukakan sebarang syarat kepada MB jika beliau ikhlas mahu berdamai.
"Rakyat yang rugi jika Ahmad Said terus menganggu pentadbiran negeri. Oleh itu jika beliau ikhlas, sepatutnya beliau tidak perlu mengemukakan sebarang syarat," katanya.
Sehubungan dengan itu beliau berharap Ahmad Said perlu mengorak langkah dengan meminta maaf kepada Razif.
"Permainan ini dimulakan oleh Ahmad Said dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada MB. Oleh itu sewajarnya beliau minta maaf kepada Razif dan berjanji tidak akan menganggu Razif lagi,' tegas Kamal.
Bagi Azhar Ramli, 45, seorang petani, Razif adalah MB cakna rakyat. Jadi katanya Ahmad Said tidak seharusnya mengemukakan sebarang syarat kepada Razif jika beliau mahu berdamai.
"Saya sudah lama mohon bantuan kebajikan masyarakat. Tetapi saya difahamkan oleh kerana Ahmad Said tidak pernah menghadiri mesyuarat jawatankuasa kebajikan daerah maka bantuan saya tidak dapat kelulusan lagi. Oleh itu cukuplah Ahmad Said berpolitik yang merugikan rakyat macam saya," katanya yang juga seorang pengundi DUN Kijal.
Aishah Jaafar, 50, seorang guru berpendapat perdamaian kedua pihak hendaklah berpaksikan kejujuran dan keikhlasan. Jika hanya seorang sahaja yang jujur, tidak ada makna perdamaian tersebut.
"Biar kita berdamai kerana Allah. Dan bukan kerana mahu projek atau mahu pingat Tan Sri. Bagi saya punca masalah ini dari Ahmad Said maka beliau perlu berjiwa besar mahu lihat perdamaian ini jadi kenyataan," tegasnya.
Wan Jasni Ibrahim, 47, bertanya sampai bila krisis ini akan berlarutan jika kedua pihak terus bertelagah dan kata mengata dalam media.
"Sudah sampai masanya bagi dua pihak duduk semeja fikirkan masalah rakyat dan jangan fikirkan masalah peribadi. Saya percaya mereka berdua tidak mahu melihat BN tumbang dalam PRU akan datang. Maka Ahmad Said perlu mengalah dan mengalah itu bukannya bererti kalah," katanya lagi.
Bagi Zabidah Muda, 30, isu yang melanda Terengganu merugikan rakyat.
"Sudah sampai masanya Ahmad Said muhasabah diri dan kaji sejauh mana tindakannya itu menguntungkan rakyat. Saya tidak nampak ia menguntungkan rakyat sebaliknya rakyat yang rugi. Cukup-cukuplah Ahmad Said," kata beliau yang juga seorang peniaga di Kedai Payang.

Wednesday, August 10, 2016
BERDAMAILAH TANPA SYARAT
Sebuah portal majlis ahli parlimen BN melaporkan kesediaan MB Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman berdamai dengan ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said demi kepentingan rakyat Terengganu.Baca https://www.bnbbc.my/kemelut-tganu-selesai-dua-ahmad-berdamai/
Yang peliknya bekas MB Terengganu itu beri syarat iaitu ambil semula semua pengarah GLC yang dipecat oleh Razif. Nampaknya Ahmad Said tidak ikhlas mahu berdamai dengan Razif sehingga mengemukakan syarat pula.
Setahu saya pengarah GLC yang ditamatkan oleh kerajaan negeri ada masalah integriti. Jadi bagaimana pula orang yang sudah dipecat atas sebab integriti mahu dilantik semula? Kerajaan tak lapor pengarah berkenaan kepada SPRM sudah mujur. Patutnya pengarah tersebut bersyukur kerana hanya tidak disambung perkhidmatan. Kalau dilapor kepada SPRM, pengarah berkenaan merengkuk di penjara pula.
Setiap keputusan yang dibuat oleh Razif bukannya menamatkan perkhidmatan secara membabi buta. Mesti ada sebabnya. Ahmad Said kononnya nak jadi hero membela kawan-kawannya yang kena pecat sebagai pengarah GLC. Hanya orang yang lidah bercabang saja yang suka menetapkan syarat. Siapa dia untuk menetapkan syarat?
Inilah akibatnya orang yang tak boleh terima qada dan qadar. Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dan Datuk Seri Idris Jusoh tidak ganggu pentadbiran Razif. Malah ketika Ahmad Said jadi MB, Idris tak ganggu pun Ahmad Said. Ahmad Said ikut langkah sifunya Tun Dr Mahathir Mohamad mengganggu pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau tidak pernah muhasabah dirinya di zaman dia jadi MB rakyat benci dengan BN yang menyebabkan BN menang 17 kerusi sahaja dalam PRU lalu. Kalau rakyat suka dengan Ahmad Said, BN dah menang besar.
Kalau Ahmad Said ikhlas, beliau tak perlu letak syarat. Beliau sepatutnya tak buat undi tak percaya kepada MB, tak hasut Exco benci MB. Satu hari sebelum sidang DUN pada 8 Ogos lalu, ada seorang ADUN pergi ke rumah Ahmad Said. Tak tahulah apa hal ADUN itu pergi ke rumah beliau.
Sepatutnya Ahmad said masuk parti BERSATU yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebagai Pengerusi PERKASA Terengganu, beliau dijangka menggunakan jentera Perkasa untuk mempertahankan kerusi DUN Kijal pada PRU akan datang.

Tuesday, August 9, 2016
HORMATILAH KETUA BARULAH DAPAT BERSATU
Ahli-ahli PKR tahu pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim diputuskan oleh mahkamah bersalah tetapi mereka tetap mempertahankan Anwar tidak meliwat Saiful Bukhari. Sebaliknya ahli-ahli Umno lebih suka membelasah pemimpin sendiri dalam media dan laman sosail.
Itulah bezanya di antara ahli-ahli PKR dan ahli ahli Umno. Saya ingin mengulas tulisan anak bekas ahli parlimen Kuala Nerus, Datuk Nasir Tan Sri Ibrahim yang tersiar dalam Free Malaysia Today semalam.
Aizat Fikri menulis bahawa Terengganu tak bersatu. Bagi saya, macam mana pemimpin Umno Terengganu mahu bersatu, kerana mereka tidak hormati ketua. Kalau dahulu ayah Aizat boleh terima Datuk Seri Ahmad Said sebagai ketua, kenapa ayah Aizat tidak boleh terima Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai ketua.
Lupakan pertandingan ketua bahagian Umno Kuala Nerus pada tahun 2013. Nasir yang kalah bertanding parlimen gagal mempertahankan jawatan ketua bahagian dalam pertandingan tiga penjuru yang disertai Razif selaku Exco kerajaan negeri dan bekas Exco, Datuk Rahin Mohd Said.
Kemenangan Razif ini yang mendorong PM, Datuk Seri Najib Tun Razak memilih beliau sebagai pengganti Ahmad Said. Aizat tidak perlu memperlekehkan Razif yang kalah bertanding jawatan dalam pemuda dahulu. Kalau ayahnya hebat kenapa ayahnya gagal mempertahankan kerusi ketua bahagian sedangkan ayahnya bekas ADUN Bukit Tunggal dan ahli parlimen Kuala Nerus.
Razif masih mentah ketika menyertai politik pemuda. Kita tinjau sejarah ketua pemuda di negeri Terengganu kalau ketua pemuda itu bukan YB, yang menang pastinya seorang ahli perniagaan yang menabur wang kepada perwakilan pemuda. Razif hanya seorang guru kauseling bukan ahli perniagaan yang ada wang untuk membeli undi. Maka kalahlah beliau dalam perebutan jawatan pemuda.
Soal ahli politik mi segera tidak timbul kerana Allah telah menentukan Razif jadi MB selepas enam tahun jadi ADUN Seberang Takir. Kita harus ingat bahawa pada tahun 2004, abang Razif, Azmi menang ahli parlimen Kuala Nerus. Apabila MB Datuk Seri Idris Jusoh mahu cantas Azmi yang kritikal terhadap Monsoon Cup maka Idris pilih adik Azmi sebagai calon DUN Seberang Takir supaya Azmi tidak mengamuk.
Maka itu rezeki Razif jadi ADUN dan terus dilantik Exco kanan dalam pentadbiran Ahmad Said. oleh itu tidak timbul soal politik mi segera kerana ia sudah diatur oleh Allah sebegitu rupa. Kalau dah tak ada rezeki ayah awak nak jadi MB, tak dapat jadi MB juga nasir.
Menjelang PRU 2008, Sultan Mizan beritahu PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) bahawa Baginda tidak mahu Idris jadi MB lagi. Tuanku beritahu Pak Lah baginda mahu ADUN Bukit Tunggal, Nasir jadi MB yang baharu. Apabila Idris diberitahu Pak Lah Tuanku mahu Nasir, maka Idris hantar Nasir bertanding di parlimen Kuala Nerus pada tahun 2008 yang menyebabkan Nasir tidak ada peluang jadi MB. Kalau takdirnya pada tahun 2008 Nasir kekal di DUN Bukit Tunggal, yang pastinya Nasir jadi MB Terengganu yang baharu dan bukannya Ahmad Said. Itulah yang dikatakan takdir kerana tiada rezeki Nasir jadi MB.
Macam mana awak masih kabur dengan pelan pembangunan Razif sedangkan Razif telah menggariskannya dalam Transformasi Terengganu Baharu (TTB). Nampak sangat awak jahil atau awak pura pura tidak faham dengan TTB.
Sekarang ini ramai YB marahi Razif kerana Razif tidak beri balak dan bijih besi kepada mereka. Mereka puji Ahmad Said yang suka faraid harta rakyat kepada YB. Itu punca kemarahan mereka kepada Razif yang tidak sewenang-wenangnya memfaraid harta rakyat kepada ketua bahagian.
Tak payahlah awak tuduh Razif membela kroni sedangkan datuk awak, Tan Sri Ibrahim Fikri lagi teruk membela kroni sehingga Umno Bahagian Kemaman digantung kerana datuk awak mahu kroninya, Datuk Sulung jadi ketua bahagian menggantikan Wan Yahya. Malah semua orang tahu datuk awak diarah meletakkan jawatan kerana rasuah.
Jangan salahkan Razif Umno Terengganu persis telur di hujung tanduk. Tapi salahkan diri sendiri kerana enggan menerima Razif sebagai ketua. Jika kita ahli Umno tulen apabila PM sudah lantik Razif sebagai MB, kita kena terima Razif sebagai ketua baharu. Ini sebaliknya kebanyakan ketua bahagian nak jadi MB seperti Datuk Mohd Jidin kerana ego kononnya Razif lebih junior dari beliau dalam politik. PM ada pertimbangan sendiri kenapa tak pilih Mohd Jidin yang aktif dalam politik pada tahun 1995 berbanding Razif yang aktif dalam politik pada tahun 2008.
Aizat menulis Terengganu memerlukan seorang pemimpin berjiwa besar. Sedarkah Aizat bahawa Razif seorang pemimpin berjiwa besar walaupun dimalukan oleh Ahmad Said dengan undi tidak percaya, tetapi beliau tetap tabah menerima dugaan yang amat besar ini. Kalau Razif berjiwa kecil, sudah lama beliau meletakkan jawatan. Malah beliau pernah beritahu PM, beliau tidak kesah kedudukannya sebagai MB selepas pelucutan pingat Dato Seri oleh Tuanku. Tetapi oleh kerana PM suruh teruskan berkhidmat sehingga PRU akan datang, beliau memikul amanah ini dengan penuh tanggungjawab.
Razif memang berjiwa besar melantik dua musuh politiknya ayah awak dan Datuk Rahin Mohd Said sebagai kluster politik dengan gaji RM5,000 sebulan. Tapi apa sumbangan mereka terhadap negeri Terengganu ketika menjadi kluster politik. Malah apabila Ahmad Said membuat undi tak percaya kepada Razif, mereka ini mengumpulkan pengikut untuk menjatuhkan Razif dan mengepalai gerakan gelombang kuning yang mana ayah awak sudah dipanggil polis.
Yang rosaknya orang seperti kamu yang tidak membantu Razif memajukan negeri sebaliknya mencari kesalahan Razif. Razif bukan manusia sempurna tetapi setiap teguran boleh dilakukan mengikut saluran parti. Siapa awak yang mahu mengajar Razif sedangkan diri awak sendiri tidak betul minum arak dan kaki perempuan.
Siapa kata Razif tidak merujuk otai politik? Razif melantik Datuk Rosol Wahid mengetuai UKOM supaya Rosol dapat memberi perhatian kepada bekas ahli politik Terengganu malah MUBARAK Terengganu sering beliau rujuk. Razif amat terbuka sifatnya mendengar pandangan demi kelangsungan Umno Terengganu dan negeri Terengganu.
Abangnya Azmi langsung tidak mempengaruhi Razif tetapi yang peliknya ramai YB yang mahu jumpa Razif datang jumpa Azmi kerana kebetulan mereka sudah lama kenal Azmi yang jadi think tank Umno ketika BN kalah di Terengganu pada tahun 1999. Oleh itu bukannya Azmi jadi penasihat Razif sebaliknya Razif ada pegawai-pegawainya sendiri.Jadi dalam membuat keputusan, Razif tidak merujuk kepada Azmi kerana beliau bukannya MB remote control.
Awak tanya Idris kenapa ayah awak ditamatkan jadi Pengerusi Golden Pharos di zaman Idris jadi MB. Ia adalah kerana ayah awak beri kawasan balak kepada Cina yang dikenali anak babi. Entah berapa banyak komisen yang disapu ayah awak sedangkan Cina itu sokong PAS di zaman kerajaan PAS.

Subscribe to:
Posts (Atom)