SHAH ALAM, 10 Julai (Bernama) -- Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mencadangkan agar UMNO bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis atas nama parti itu sendiri bagi melihat sejauh mana penerimaan rakyat terhadap parti itu dalam senario politik semasa.
Bagaimanapun, katanya keputusan sama ada UMNO akan bertanding atas tiket sendiri atau Barisan Nasional (BN) di PRK berkenaan bergantung kepada hasil perbincangan mesyuarat peringkat tertinggi BN.
"Kita perlu bertanding setiap PRK dan ini (PRK Sungai Kandis) akan menjadi latihan kepada UMNO untuk berkempen secara pembangkang buat pertama kali," katanya ketika ditemui pemberita selepas menjadi anggota panel pada Wacana Sinar Harian berjudul 'Mampukah BN Bangkit Semula?' di sini hari ini.
Kerusi DUN Sungai Kandis kosong setelah penyandang kerusi berkenaan Mat Shuhaimi Shafiei dari PKR, meninggal dunia akibat kanser pada 2 Julai lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 4 Ogos sebagai hari pengundian manakala hari penamaan calon pula pada 21 Julai ini..
BERITA BAIK
ReplyDeleteAdakah anda berfikir untuk mendapatkan bantuan kewangan, adakah anda serius memerlukan pinjaman segera, anda memikirkan memulakan perniagaan anda sendiri, anda berada dalam hutang, ini adalah peluang anda untuk mencapai hasrat anda kerana kami menyediakan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, dan pinjaman korporat , Dan segala macam pinjaman pada kadar faedah 2%. Kami adalah Syarikat Pinjaman yang sah, kami menjamin semua pelanggan berharga kami bahawa mereka akan mendapatkan semua pinjaman individu dengan senyuman di wajah mereka.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami sekarang melalui e-mel:
Susanbowmanloancompany@gmail.com
dan anda juga boleh pergi ke syarikat Via whatsapp dengan nombor ini
+120275328718
anda boleh memanggil atau teks kami pada nombor itu