Saturday, July 14, 2018

APA SALAHNYA MAHDZIR KHALID JADI PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO TERENGGANU?

KUALA TERENGGANU: Ramai ahli Umno Terengganu marah apabila pucuk pimpinan Umno melantik Datuk Seri Mahdzir Khalid sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu yang baharu.

Bagi saya, apa salahnya melantik beliau kerana beliau adalah Naib Presiden Umno. Dua orang lagi naib presiden Umno turut dilantik Pengerusi Perhubungan Perlis (Datuk Seri Khalid Nordin) dan Pengerusi Perhubungan Selangor (Datuk Seri Ismail Shabery Yaacob).

Saya percaya perlantikan ini bersifat sementara kerana Mahdzir Khalid mahu menyatukan lapan orang ketua bahagian di Terengganu. Yang nak sangat jadi pengerusi perhubungan ialah Ketua Umno Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Said dan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Hisham Wan Salleh.

Untuk mengelak perebutan kuasa di antara dua ketua bahagian ini maka Umno melantik orang Kedah sebagai pengerusi perhubungan Umno Terengganu. Saya yakin bekas Menteri Pendidikan itu mampu menyatukan semua ketua bahagian di Terengganu dalam masa terdekat.

Kalau jawatan itu diberi kepada Ahmad Said, ramai ketua bahagian tidak bersetuju kerana semasa beliau jadi pengerusi Umno Terengganu dahulu BN hanya mampu menang 17 kerusi sahaja pada PRU 2013. Maka lebih elok buat sementara dua tahun ini dalam memulihkan semula imej Umno yang tercemar jawatan ini diberi kepada orang luar.

Melantik orang luar sebagai pengerusi perhubungan Umno Terengganu bukan perkara baharu. Pak Lah sewaktu TPM pernah dilantik pengerusi perhubungan Umno Terengganu. Begitu juga Datuk Seri Hishamuddin Hussein. Oleh itu apa salahnya Mahdzir Khalid memulihkan semula Umno Terengganu dalam tempoh lima tahun ini.

Tahniah kepada Mahdzir Khalid. Semoga beliau dapat menjalankan tugasnya dengan adil dan saksama kepada semua ahli Umno Terengganu.

2 comments:

  1. Tahun 2008 dulu masa PAS menang di Kedah, siapa yg jadi Pengerusi Perhubungan UMNO aka MB.. Doh mana molek Mahadzir Khalid nge Mad Said.. Bahang rambang mung blogger cap ayam!!!!

    ReplyDelete
  2. BERITA BAIK

    Adakah anda berfikir untuk mendapatkan bantuan kewangan, adakah anda serius memerlukan pinjaman segera, anda memikirkan memulakan perniagaan anda sendiri, anda berada dalam hutang, ini adalah peluang anda untuk mencapai hasrat anda kerana kami menyediakan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, dan pinjaman korporat , Dan segala macam pinjaman pada kadar faedah 2%. Kami adalah Syarikat Pinjaman yang sah, kami menjamin semua pelanggan berharga kami bahawa mereka akan mendapatkan semua pinjaman individu dengan senyuman di wajah mereka.
    Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami sekarang melalui e-mel:
    Susanbowmanloancompany@gmail.com

    dan anda juga boleh pergi ke syarikat Via whatsapp dengan nombor ini
    +120275328718
    anda boleh memanggil atau teks kami pada nombor itu

    ReplyDelete