KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar digesa memecat Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPK), Haji Shafaruddin Mustafa kerana menjadikan YPK sebagai ejen berkempen untuk BN pada PRU baru-baru ini.
Gesaan itu dibuat dalam banyak whatsapp grup yang sedang ditularkan sekarang. Watsapp grup itu memberi 12 sebab kenapa Pengarah YPK itu perlu dipecat.
Pada tahun 1999 apabila PAS menawan Terengganu, kontrak Pengarah YPK ketika itu, Datuk Haji Azman Muda ditamatkan dan kerajaan PAS menghantar Ustaz Ismail Dagang sebagai Pengarah YPK yang baru. Selepas kontrak Ustaz Ismail selama dua tahun berakhir, beliau digantikan oleh Haji Mohamad Muda.
Apabila BN merampas semula kerajaan negeri pada tahun 2004, Haji Shafaruddin dilantik Pengarah YPK hinggalah sekarang yang menyebabkan majoriti kakitangan YPK tidak puas hati dengan cara pengurusan beliau.
12 sebab salah laku Haji Shafaruddin yang diberikan adalah seperti berikut:-
1. Meluluskan pinjaman Program Jaya Diri (PJD) sebanyak RM20,000.00 dengan mudah kepada kroni-kroninya biarpun projek yang dilaksanakan mereka kelam-kabut.
2. Meluluskan penyewaan Flat Desa Keluarga kepada geng beliau orang Chendering tetapi kalau orang luar nak sewa tak diluluskan. Tunggakan sewa dari penyewa orang Chendering tidak diambil tindakan.
3. Memanggil kakitangan YPK suruh jumpa dengan calon BN Batu Buruk, Zamri Awang Hitam dan beri wang RM100 seorang masa PRU14.
4.Meluluskan bas YPK kepada pejabat DUN Batu Buruk sedangkan sudah ada orang tempah bas itu dibatalkan.
5. Memecat Salam ahli PAS dari YPK sebagai pemandu bekas Pengarah zaman PAS selepas BN menang pada tahun 2004 walaupun Salam merayu ditukar menjadi tukang kebun.
6.Menzalimi Musa ahli PAS tanpa diberi apa-apa tugas selepas BN menang pada tahun 2004 dan Musa dibuli dengan kerja yang tidak sepatutnya dibuat.
7. Bertanya pemohon guru taska keluarga awak orang PAS atau UMNO, jika keluarga pemohon orang PAS pemohon itu ditolak.
8. Tidak menyambung kontrak guru taska sekiranya suami guru taska itu penyokong PAS.
9. Berkempen semasa PRU14 sedangkan sebagai pengarah agensi kerajaan negeri kena berkecuali.
10. Menukar kakitangan bawahan setiap tahun tetapi kroni seperti Zaharudin tidak pernah ditukar unit di Bahagian Pembangunan kerana Pengarah senang nak beri projek kepada kroni-kroninya.
11. Beliau pernah disiasat SPRM tetapi kebetulan pegawai SPRM itu orang Chendering maka hasil siasatannya disenyapkan.
12. Menubuhkan unit inovasi yang buat kerja politik untuk BN.
No comments:
Post a Comment