KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Buah durian dan produk berasaskan durian merupakan antara carian tertinggi di dalam laman e-dagang Alibaba.com oleh pengguna negara China ketika ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan sedang meneliti langkah mengeksport durian dalam bentuk buah kerana ketika ini durian yang dieksport sudah dikupas dan dalam produk berasaskan ''cookies'' dan kuih yang mempunyai perisa buah itu.
"Kalau dilihat dalam carian yang tertinggi dalam Alibaba.com oleh pengguna dari negara China, segala perkara tentang durian adalah carian nombor satu dalam portal itu.
"Kementerian Asas Tani sebenarnya sedang mengadakan perbincangan dan tidak lama lagi kita akan tahu bagaimana kita boleh eskport durian dengan lebih mudah," katanya dalam sesi Pertanyaan- Pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Ahmad menjawab soalan tambahan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) yang ingin tahu sejauh manakah kerajaan menyediakan sistem eskport secara besar-besaran buah durian bagi memudahkan mereka menanam secara ladang.
No comments:
Post a Comment