PUTRAJAYA, 8 Nov (Bernama) -- Sebanyak 256 bot nelayan asing disita sepanjang tahun lepas dan sehingga kini kerana menceroboh perairan negara, melibatkan nilai rampasan berjumlah RM180 juta, kata Ketua Pengarah Perikanan Datuk Munir Mohd Nawi.
Bot dari Vietnam merupakan yang tertinggi direkodkan menceroboh perairan negara, malah 55 peratus daripadanya adalah kes berulang, melibatkan bot yang sama, katanya.
"Walaupun penguatkuasaan kita hanya terhad kepada jarak 12 batu nautika dari kawasan pantai tetapi maklumat yang dikongsi hasil penggunaan Sistem Pemantauan Kapal (VMS) banyak membantu APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) dan Pasukan Polis Marin dalam menguatkuasakan peraturan seperti menahan bot asing yang berada di perairan negara," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Dalam menangani isu ketirisan sumber laut, Munir berkata Jabatan Perikanan telah melaksanakan program pemutihan bot laut dalam dan sehingga kini sebanyak 472 bot telah dibatalkan lesen kerana melanggar Akta Perikanan 1985.
Jabatan itu turut mengetatkan syarat-syarat pelesenan yang mana setiap bot laut dalam yang menggunakan pukat tunda dan pukat jerut perlu mendaratkan minimum 250 tan metrik ikan setahun, dan jika gagal, permohonan memperbaharui lesen akan ditolak, katanya.....
No comments:
Post a Comment