BESUT, 2 Okt (Bernama) -- Atas dasar prihatin, kerajaan Terengganu memberi sumbangan serta merta berjumlah RM100,000 kepada keluarga pesakit kanser rahang, Mohammad Syafi Mohd Syahrizan, 7, dalam usaha membantu mengurangkan kos rawatannya yang mencecah RM9,000 sebulan.
Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman berkata pemberian sumbangan itu adalah yang pertama kali diberikan kerajaan negeri sempena sambutan Maal Hijrah 1438H hari ini, dan pelancaran Tabung Darul Iman minggu depan.
"Kerajaan negeri bersimpati dengan penderitaan ditanggung adik Mohammad Syafi yang menghidap penyakit kanser sejak 2014. Ibu bapanya pula terpaksa membelanjakan hampir RM9,000 setiap bulan untuk membeli ubat dan pemakanannya," katanya ketika melawat adik Muhammad Syafi Mohd Shahrizan yang mengidap penyakit “Infantile Fibrosarcoma” di Jerteh, Besut.
Dalam lawatan itu Ahmad Razif menyerahkan sumbangan ubat-ubatan dan kerajaan bersetuju menanggung kos perubatan sebanyak RM 100,000.
Di samping itu juga Ahmad Razif turut menyampaikan sumbangan peribadi beliau untuk menampung kos urusan hospital setiap hari.
Kehadiran MB telah menceriakan adik Syafi dan seluruh ahli keluarganya yang ada hari ini dan rombongan itu mendoakan agar dipermudahkan segala urusan adik Syafi nanti.
Sikap kecaknaan yang ditunjukkan Ahmad Razif perlu dicontohi oleh segenap lapisan kepimpinan masyarakat hari in kerana ianya secara langsung dapat membantu masyarakat yang sangat memerlukan bantuan dan sebagainya.
Turut sama Ketua UMNO Bahagian Besut Nawi Mohamad merangkap ADUN Hulu Besut, ADUN Jertih Datuk Muhammad Pehimi Yusof dan isteri serta kepimpinan Bahagian Besut dan juga DUN Jertih.
No comments:
Post a Comment