Tuesday, October 4, 2016

BANDAR WAKAF PERTAMA DI MALAYSIA DIBINA DI TERENGGANU



Kerajaan negeri bakal melakukan kerjasama pintar dalam membina bandar wakaf pertama di Malaysia, kata Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman.

Menurut laporan berita,

kerjasama antara empat agensi itu akan membuka ruang kepada golongan susah meningkatkan ekonomi.


“Bandar wakaf ini adalah hasil cadangan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) serta Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan turut mendapat kerjasama dari Waqaf An-Nur Corporation Bhd, (WANCorp), iaitu institusi waqaf korporat pertama di Malaysia yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

“Kita akan membantu golongan berkemampuan rendah seperti menyediakan tempat penginapan kepada pelajar dan juga menyediakan ruang perniagaan kepada peniaga kerana konsep wakaf adalah membantu bukannya mengaut keuntungan,” katanya.

Beliau berkata selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-38 Koperasi Nelayan Kampung Seberang Takir Berhad di Seberang Takir, Kuala Nerus. Turut hadir, Pengerusi Koperasi Nelayan Kampung Seberang Takir Berhad, Mohamad Ibrahim.

Tambahnya, cadangan tempat telahpun dikemukakan namun ianya belum diputuskan lagi.

“Pembinaan bandar wakaf akan diputuskan selepas mendapat persetujuan dari kesemua pihak. Namun demikian, kawasan yang telah dikenal pasti adalah di UniSZA dan juga Kampung Padang Nenas di Kuala Nerus,” katanya.

No comments:

Post a Comment