Syabas saya ucapkan kepada Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman yang mengadakan perjumpaan dengan rakyat pada hari Rabu lalu. Ini adalah langkah yang terbaik supaya rakyat dapat meluahkan segala masalah mereka kepada MB.
Bagi sesetengah orang, masalah ini tidak perlu dilaporkan kepada MB sebaliknya kepada pegawai yang berkenaan. Namun demikian apabila surat mereka diminit oleh MB, sudah pasti pegawai berkenaan mengambil tindakan yang lebih cepat.
Walaupun tradisi ini pernah dilakukan oleh bekas MB tetapi apa salahnya tradisi yang baik diteruskan oleh MB sekarang. Rakyat seronok dapat jumpa MB secara langsung dan sebagai MB sudah tentu MB tidak dapat memuaskan kehendak semua orang. Tetapi sekurang kurangnya sikap cakna MB dapat melegakan orang ramai.
Dalam pertemuan saya dengan seorang yang rapat dengan MB tiga bulan lepas, saya cadangkan perjumpaan orang ramai dengan MB diteruskan. Syukurlah MB prihatin dengan cadangan ini supaya rakyat dapat berurusan secara langsung dengan MB.
Ada buruk dan ada baiknya adakan perjumpaan rakyat setiap hari Rabu seolah-olah pejabat MB menjadi pasar pula. Tetapi kalau kita teliti mereka yang datang dari jauh mahu MB selesaikan masalah mereka kerana mereka kecewa pegawai daerah di kawasan mereka tidak dapat menyelesaikan masalah mereka. Maka langkah ini adalah langkah yang terbaik. Syabas MB. Semoga perjumpaan rakyat mingguan ini dapat dikekalkan sehingga PRU akan datang.
No comments:
Post a Comment