Saturday, October 1, 2016
BAJU MERAH BUAT DEMONSTRASI DI PERSIARAN GURNEY
PULAU PINANG 1 Okt. - Lebih 5,000 pemuda yang menaiki motosikal mengadakan demonstrasi aman di Persiaran Gurney di sini sambil melaungkan pelbagai slogan termasuk mengecam Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Kesemua mereka yang memakai baju merah bertulis ‘Pemuda Bangkit’ dikatakan mula berkumpul sejak awal pagi dan datang dari Kedah, Perak dan Perlis selain dari negeri ini.
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO negeri, Rafizal Abdul Rahim ketika berucap dalam perhimpunan itu berkata, demonstrasi berkenaan diadakan sebagai tindak balas terhadap hasrat pembangkang mengadakan perhimpunan Bersih pada November ini.
“Perhimpunan ini juga sebagai bantahan anak-anak muda terhadap Kerajaan DAP Pulau Pinang terutama Guan Eng yang turut dituduh dalam kes rasuah,” katanya. -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment