Saturday, October 15, 2016

PPBM TIDAK GUGAT BN TERENGGANU




KUALA NERUS: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hanya mempunyai 290 penyertaan di Terengganu , jumlah itu tidak mengugat UMNO negeri ini untuk mengadapi piliharaya akan datang.


Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu , Ahmad Razif Abd Rahman berkata, parti BERSATU lahir dari orang-orang yang kecewa dan berdendam dan yakin UMNO Terengganu dapat menguasai negeri ini pada Pilihanraya(PRU) ke 14 akan datang.

“Kita tidak mempunyai masalah untuk menghadapi PRU- 14 kerana kita mempunyai jentera parti bersemangat serta soladariti yang tinggi untuk memenangi hati pengundi .

“Tetapi kita jangan selesa dengan kekuatan yang kita ada sekarang, katanya ketika perasmian Persidangan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus semalam.



Selain itu , Ahmad Razif berkata , soal penamaan calon UMNO di negeri ini akan diserahkan kepada pucuk pimpinan parti yang akan putuskan.

“Kita akan sokong dan dokong keputusan yang akan dibuat oleh kepimpinan parti dan akan diperhebatkan kerjasama memperkuatkan Jentera Pilihanraya serta perlu ditingkatkan dari masa ke semasa.

“PRU 14 adalah ibu pilihanraya dan ianya adalah penentu kekuasaan orang melayu dan UMNO serta Barisan Nasional (BN) jika rakyat silap membuat perhintungan pada tersebut nanti,

“Mengatasi segala permasalahan dan menanam kenyakinan pengundi di tahap yang tertinggi terhadap BN, ujarnya.




Sementara itu Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan UMNO Terengganu supaya tidak terus berada dalam keadaan selesa, malah perlu kerja kuat dan kekal bersatu bagi mengelak ancaman pihak luar.

Beliau berkata anggota UMNO perlu menjadikan keperitan untuk mengambil alih Terengganu daripada PAS suatu ketika dulu (1999 hingga 2004) sebagai iktibar.

Katanya, sokongan terhadap perjuangan UMNO juga perlulah sentiasa berkekalan dan berterusan dan bukannya berubah apabila individu yang diharapkan tidak tersenarai sebagai calon pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

"Kita perlu terus pastikan kelebihan yang ada pada kita, kesatuan yang meletakkan kepentingan dalam membela nasib rakyat, mendekati rakyat," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus, di sini semalam. Turut hadir Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau turut menasihati anggota UMNO supaya kekal bersatu dan mengelak daripada berpecah-belah sesama sendiri yang akan hanya merugikan diri dan parti.

Pada sidang media kemudiannya, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan mengingatkan UMNO Terengganu supaya tidak memandang remeh kewujudan parti baharu seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang sedang berusaha menambah keanggotaan di negeri ini.

"Memang sekarang ini, jumlahnya hanya 290 orang sahaja di seluruh Terengganu ... sekiranya UMNO Terengganu tidak bersatu padu, tidak mustahil rakyat akan bosan dan akan pergi kepada parti-parti baharu.

"Ini pengajaran yang berlaku dahulu dan ini perlu menginsafkan untuk UMNO dan BN (Barisan Nasional) Terengganu," katanya.

No comments:

Post a Comment