Sunday, October 23, 2016

KEMAMAN KITE TEMUKAN JUARA DAI 2016 DENGAN TPM

Semalam grup whatsapp Kemaman Kite menyambut kepulangan juara Dai 2016, Niezal di sempadan Terengganu-Pahang sebagai satu aktiviti kedua grup whatsapp tersebut. Beliau yang sedang belajar di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) telah memenangi pertandingan Juara Dai anjuran TV3 dua minggu lepas.

Kebetulan kepulangan anak Air Putih, Kemaman itu sama dengan lawatan TPM, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Kemaman. Maka selepas bersarapan pagi dengan Dai Niezal, terus Pengerusi Kemaman Kite, Datuk Rahim Husin bergegas ke lapangan terbang Kerteh menyambut ketibaan TPM.

Pengerusi Kemaman Kite, Datuk Rahim memperkenalkan Dai Niezal kepada TPM dan sudah tentu acara ini menggembirakan Datuk Zahid kerana beliau juga lepasan sekolah agama. Semoga kemenangan Niezal ini dapat mendorong anak-anak muda di seluruh negara dan di Kemaman khususnya mendekati agama secara lebih mendalam.

Malam sebelumnya Kemaman Kite telah meraikan Setiausaha Politik TPM, Datuk Fatah Iskandar di sebuah restoran di Bangunan Umno Kemaman. Sepatutnya Datuk Fatah menghadiri majlis makan malam dengan urusetia Bulan Kesiapsiagaan Bencana Negara di Majlis Perbandaran Kemaman, tetapi Datuk Fatah diarah untuk menghadiri majlis makan malam dengan ahli-ahli Kemaman Kite.

Langkah yang diambil oleh Kemaman Kite meraikan kemenangan anak Kemaman sebagai juara Dai TV3 wajar diberi pujian kerana Umno Bahagian Kemaman tidak mengadakan majlis sambutan terhadap ikon remaja itu. Kemenangan anak Kemaman mengharumkan nama Kemaman tetapi Umno Bahagian membisu.

Kemaman Kite yang mempunyai 225 orang ahli merupakan grup whasapp yang paling aktif di Kemaman sekarang. Menurut Pengerusinya, Datuk Rahim, Kemaman Kite akan mengadakan aktiviti setiap bulan untuk kepentingan ahli-ahli. Ia bukanlah bertujuan untuk menyaingi mana-mana pihak sebaliknya Kemaman Kite bertujuan untuk melengkapkan lagi grup whatsapp yang ada di Terengganu. Syabas Dai Niezal.

Semoga selepas ini Kemaman Kite menjemput Dai Niezal berceramah di Masjid Geliga kerana seperti kata Pengerusi Masjid Geliga, Haji Shahbudin Maidin, Kemaman Kite seharausnya bukan menumpukan aktiviti dunia semata-mata malah patut juga menumpukan aktiviti akhirat.









2 comments:

  1. Tahniah group Kemaman Kite..muga ada kesinambungan yg berterusan dalam melaksanakan yg berguna utk masyaraat

    ReplyDelete
  2. Tahniah group Kemaman Kite..muga ada kesinambungan yg berterusan dalam melaksanakan yg berguna utk masyaraat

    ReplyDelete