Wednesday, July 17, 2019

"WAKIL KITA DI PARLIMEN" DILANCAR

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof hari ini melancarkan buletin ‘Wakil Kita di Parlimen’ yang diterbitkan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama).

Buletin setebal 228 halaman itu mengandungi maklumat terperinci mengenai semua kawasan Parlimen bermula P001 Parlimen Padang Besar, Perlis sehingga P222 Parlimen Lawas, Sarawak dengan alamat surat menyurat dan butiran lain.

Ketika berucap merasmikan pelancaran buletin itu di bangunan Parlimen, Mohamad Ariff berkata Malaysia akan lebih maju dan progresif sekiranya semua cabang kerajaan dan bukan kerajaan bekerjasama untuk mensejahterakan negara.

“Dengan adanya maklumat perhubungan ini (buletin), jadi pelbagai lapisan masyarakat akan dapat menghubungi wakil rakyat mereka dan juga pembuat dasar yang lain,” katanya.Turut hadir Presiden Perdasama Tan Sri Matshah Safuan.

Difahamkan buletin itu akan diedarkan kepada semua kementerian dan agensi kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, persatuan ekonomi dan perdagangan, perwakilan diplomat asing di Malaysia dan warga diplomatik Malaysia di seluruh dunia.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment