KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang dijadualkan pada 2 Mac ini selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk keinginan rakyat untuk suara ketiga.
Setiausaha Agung PSM A Sivarajan berkata PSM akan mengumumkan calonnya sebelum hari penamaan calon dan mengalu-alukan bantuan dari segi kewangan dan tenaga sukarela untuk memantapkan lagi gerak kerja jentera parti.
“Keputusan ini diambil setelah mengambilkira beberapa perkara seperti faktor sejarah, kerusi tradisi, jentera PSM di Semenyih, pandangan ahli dan penyokong-penyokong parti, kewibawaan calon yang menepati syarat parti dan suasana politik tanah air yang mahukan suara ketiga yang menepati kehausan kehendak rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.
No comments:
Post a Comment