Wednesday, February 20, 2019

CALON BN KESAL CERAMAH SERANG ISU PERIBADI



HULU LANGAT 20 FEB. - CALON Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi menyasarkan mahu bertemu tidak kurang 30,000 pengundi daripada kira-kira 54,000 pengundi berdaftar sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Jelas Zakaria, perjalanan kempennya kini berjalan lancar dan daripada 30,000 pengundi yang disasarkan, hampir 60 peratus daripada mereka telah beliau temui.


“Kami mahu bertemu tidak kurang 30,000 pengundi di Semenyih, berjumpa dan bersalam terutamanya di pasar-pasar malam yang banyak di Semenyih serta tempat tumpuan penduduk seperti di pasar raya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menzia­rahi penduduk-penduduk yang sakit di bandar Rinching di sini hari ini.

Sementara itu, Zakaria berkata, walaupun sedikit penat da­lam melalui jadual padat kempen, beliau menganggapnya sebagai lumrah demi menambat hati penduduk.

“Penat tu biasalah, jadual memang padat sampai tengah malam, itu pun yang rasmi, yang tidak rasmi kadang kala sehingga ke pukul 2 pagi dan perlu keluar semula sebelum waktu subuh.

“Namun, ini bukannya masa­lah, apa yang penting adalah jentera kempen, mereka lagi bekerja kuat. Saya hanya bawa diri mengikut setiap program yang telah diatur,” katanya.

Dalam pada itu, beliau melahirkan rasa kecewa berikutan terdapat kempen-kempen cera­mah yang didapati ada me­nyerang isu-isu peribadi.

“Gentlemen la, ini pilihan raya DUN, orang tempatan mahu tahu isu melibatkan mereka, tentang pembangunan, bukan hal peribadi, penduduk mahu hidup selesa,” katanya.


No comments:

Post a Comment