Saturday, February 16, 2019

CALON PH PEMIMPIN PELAPIS NEGARA

SEMENYIH, 16 Feb (Bernama) -- Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih Muhammad Aiman Zainali disifatkan sebagai seorang pemimpin muda yang mempunyai masa hadapan yang cerah untuk menjadi pemimpin pelapis negara

Timbalan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan, Eddin Syazlee Shith berkata mengambil kira pencapaian akademik Muhammad Aiman, pemuda berusia 30 tahun itu mampu membawa agenda dan suara rakyat Semenyih ke peringkat yang lebih tinggi.

“Saya percaya semua calon bertanding adalah (pilihan) yang baik tetapi kelebihan calon Pakatan Harapan ialah beliau seorang anak muda yang mempunyai latar belakang akademik yang cemerlang.

“Beliau (Muhammad Aiman) juga seorang yang mempunyai keperibadian yang mudah didekati dan saya percaya ciri-ciri ini memberi kelebihan kepada PH,” katanya kepada Bernama selepas meninjau pusat media bagi PRK DUN Semenyih di Kolej Profesional Mara Beranang, di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment