SEMENYIH, 18 Feb (Bernama) -- Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Nik Aziz Afiq Abdul hari ini melancarkan manifestonya dengan tujuh perkara menjadi perjuangan utama untuk penduduk di Semenyih.
Antaranya perumahan mampu milik untuk semua dengan kerajaan mengawal harga rumah, menaik taraf Klinik Kesihatan Semenyih kepada hospital, mengembalikan pengajian kelas tingkatan enam di sekolah-sekolah di Semenyih serta kempen untuk membatalkan bayaran penyelenggaraan bulanan pangsapuri kos rendah dan digantikan dengan cukai pintu setahun sekali.
Perkara lain adalah melindungi Bukit Broga sebagai kawasan alam sekitar dan kawasan rekreasi dan dikawal pembangunannya, pilihan raya majlis, kampung dan taman bagi menangani salah guna kuasa dan rasuah serta menambah baik pengangkutan awam serta menggesa pemansuhan tol di kawasan Semenyih.
No comments:
Post a Comment