Thursday, February 28, 2019
DAHULU ANWAR DIFITNAH KINI ANWAR FITNAH PAS PULA
HULU LANGAT 1 Mac - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man malam tadi menegaskan penyelesaian luar mahkamah kes saman fitnah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada pengasas dan pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown adalah tanpa sebarang kos.
Jelas beliau, keputusan penghakiman kes tersebut telah menyatakan bahawa ia diselesaikan tanpa sebarang kos, oleh itu dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya Pas terpaksa membayar sebanyak RM1.4 juta kepada Clare adalah tidak berasas.
"Isu Sarawak Report, kedua-dua pihak setuju selesai luar mahkamah, kalau Pas setuju mereka tak setuju tak juga selesai. Pas boleh teruskan tapi akan habis empat, lima juta, baik kita derma orang susah, kita buat markas, buat tahfiz, malah kalau kita menang pun, pampasan yang kita dapat tak sepadan dengan yang kita habis.
"Ada pula kata jumpa dokumen yang ada kos, cukuplah, Anwar menderita kerana fitnah dan rasa bagaimana suasana fitnah, jadi saya fikir cukuplah, jangan ulang benda yang sama kepada Presiden Pas," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam program Ceramah Perdana di Bandar Seri Putra, Bangi, dekat sini malam tadi.
Yang hadir sama, Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih, Zakaria Hanafi.
Semalam, Anwar mendakwa mempunyai dokumen transaksi bank melibatkan pembayaran berkenaan namun hanya akan mendedahkannya sekiranya Pas terus mencabar beliau.
Wednesday, February 27, 2019
CALON CALON PRK SEMENYIH MAKIN RANCAK BERKEMPEN
SEMENYIH, 27 Feb (Bernama) -- Calon-calon pada pilihan raya kecil (PRK) Semenyih semakin rancak berkempen tanpa mengenal penat untuk mendekati penduduk di segenap ceruk dan pelosok kawasan dewan undangan negeri ini dalam usaha meraih sokongan sebelum hari mengundi Sabtu ini.
Selain pendekatan bersemuka, mereka menggunakan kenderaan bermobil dalam berkempen untuk menembusi kawasan-kawasan yang disasarkan dengan mengadakan ceramah atau perjumpaan bagi menyampaikan mesej kepada pengundi dan kerancakan kempen ini jelas dapat dilihat sejak beberapa hari lepas.
Kempen selama dua minggu itu diwarnai dengan kehadiran “top-gun” dari kedua-dua parti yang menyaksikan persaingan sengit. Bagaimanapun, pertembungan sebenar pada PRK kali ini hanyalah antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO.

Tuesday, February 26, 2019
POLIS TELAH REKOD KENYATAAN NAZRI
SEMENYIH, 26 Feb (Bernama) -- Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata pihak polis telah pun merekodkan kenyataan beliau mengenai ucapan yang dikatakan berbaur perkauman yang dibuatnya di satu ceramah politik di sini, Sabtu.
Menurutnya kenyataan beliau diambil semalam.
Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di satu majlis di Bandar Seri Putra dekat sini malam ini, beliau mengakui bahawa perkara itu masih dalam siasatan.

Monday, February 25, 2019
CALON PH ANTI MEDIA?
SEMENYIH, 25 Feb (Bernama) -- Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Muhammad Aiman Zainali memohon maaf kepada petugas media susulan 'kehilangannya' pada siri kempen hari ini.
Beliau berkata kemungkinan berlaku masalah teknikal berhubung penyaluran makluman aktiviti berkempen hingga menyebabkan ramai petugas media gagal membuat liputan jadual kempennya.
"Saya mohon maaf, mungkin berlaku masalah komunikasi antara team (jentera) saya dengan pihak media hingga tidak mendapat jadual aktiviti kempen saya hari ini,
"Saya pun perasan hari ini, tak ada media yang ikut, rasanya hanya ada beberapa sahaja (media) ketika di masjid, " katanya kepada pemberita ketika sesi tinjauan mesra di tapak pasar malam dekat Bandar Rinching.v

Sunday, February 24, 2019
TERENGGANU NEGERI KEDUA SELEPAS MELAKA TANDATANGAN IBR
KUALA TERENGGANU, 24 Feb (Bernama) -- Seramai 24 orang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu hari ini melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai tanda komited memerangi rasuah dan menentang sebarang perlakuan tidak berintegriti dalam kalangan ahli politik di negeri ini.
Lafaz dan tanda tangan IBR itu yang turut melibatkan Yang Dipertua DUN Terengganu itu disaksikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dalam satu majlis di Wisma Darul Iman, di sini.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga ADUN Rhu Rendang berkata kerajaan negeri memandang serius isu berkaitan rasuah kerana ia mendatangkan kerugian kepada rakyat dan negeri.
"Kita tahu bahawa dalam sesebuah kerajaan, apabila berlaku kebocoran, tidak ada integriti dan rasuah, ia akan menyebabkan kehilangan dana kerajaan dan akan memberi kesan kepada bajet negara.
“Dalam negara kita, kehilangan akibat tidak berintegriti dan rasuah ini boleh sampai kepada puluhan bilion dan sudah tentunya jumlah yang sedemikian sekiranya diurus dengan baik akan memberi kebaikan kepada rakyat.
"Walaupun jumlah (akibat rasuah) mungkin tidak sebesar itu di peringkat Terengganu… tetapi ini menunjukkan kita serius dan berharap agar penggal pemerintahan kali ini kekal dalam keadaan bersih tanpa isu integriti dan rasuah," katanya.
Sementara itu, Mohd Shukri berkata Terengganu adalah negeri kedua selepas Melaka yang menandatangi IBR selepas pilihan raya umum ke-14.
"IBR ini tiada paksaan… ia adalah inisiatif pimpinan kerajaan di sesebuah negeri untuk memastikan pentadbiran yang bersih dan berintegriti.
"SPRM juga sangat menyambut baik hasrat Menteri Besar untuk memperluaskan IBR di setiap anak syarikat milik kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Terengganu selepas ini," katanya.
-- BERNAMA
Saturday, February 23, 2019
SEPATUTNYA HAPUSKAN TOL PLUS TERLEBIH DAHULU DARIPADA LDP,SPRINT, KESAS DAN SMART
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Kerajaan memulakan rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi empat lebuh raya yang syarikat tersebut mempunyai pegangan majoriti, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Lebuh raya berkenaan ialah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART, kata beliau.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri hari ini, Dr Mahathir berkata kerajaan berhasrat untuk memansuhkan mekanisme tol sedia ada apabila berjaya mengambil alih lebuh raya berkenaan.
“Pakatan Harapan telah berjanji dalam manifesto pilihan raya untuk mengambil alih konsesi lebuh raya dan memansuhkan kutipan tol secara berperingkat, mengikut syarat-syarat perjanjian konsesi,” kata beliau.
Perdana Menteri berkata sebagai ganti, ‘congestion charge’ atau caj kesesakan akan diperkenalkan di mana pengguna akan hanya dikenakan bayaran caj kesesakan yang sama dengan kadar tol sedia ada untuk waktu puncak selama enam jam sehari.
“Semasa tempoh ‘off-peak’ (luar waktu puncak) antara 11 malam dan 5 pagi, penggunaan lebuh raya adalah percuma. Bagi penggunaan waktu biasa, pengguna akan menikmati diskaun 30 peratus berbanding kadar tol sedia ada,” katanya.
Dr Mahathir berkata kutipan caj kesesakan akan digunakan untuk menampung kos operasi dan penyelenggaraan lebuh raya serta bayaran balik pinjaman manakala lebihan kutipan akan disalurkan kepada dana pengangkutan awam untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam di Malaysia.
Beliau berkata maklumat lanjut berkenaan cadangan berkenaan akan diumumkan Kementerian Kewangan pada masa yang sesuai.

Friday, February 22, 2019
TIADA UNDI TAK PERCAYA KEPADA PM
SEMENYIH, 22 Feb (Bernama) -- Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berada dalam keadaan yang amat stabil di peringkat Persekutuan dan orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan dakwaan yang mengatakan sebaliknya.
Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo berkata, dakwaan pihak-pihak tertentu bahawa akan ada undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah tidak benar.
"Kerajaan PH di Putrajaya adalah amat stabil. Isu undi tidak percaya ini adalah tidak benar, kenapa PAS mainkan isu ini pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih adalah kerana mereka tiada isu.
"Tiada sebarang isu antara parti-parti dalam PH ini...tidak benar sama sekali. Rakyat tidak perlu risau akan hal ini," katanya pada ceramah kempen PRK DUN Semenyih, di sini malam ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini dilaporkan berkata akan berlaku undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri pada sidang Dewan Rakyat akan datang.
Dalam ucapannya itu, Gobind, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata rakyat perlu memberikan kerajaan PH masa untuk memenuhi semua janji manifesto yang dibuat semasa Pilihan Raya Umum ke-14 lepas.
"PH diberi mandat untuk memerintah negara selama lima tahun sebelum pilihan raya umum yag seterusnya, oleh itu beri kami masa untuk laksanakan semua janji kami," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Gobind ketika mengulas mengenai isu kutipan tol di lebuh raya, berkata sebarang pengumuman tentang perkara itu perlu dilakukan oleh menteri berkaitan.
"Isu tol ini saya sudah utarakan sejak 2008. Jika ia tidak boleh dihapuskan kita mestilah mengurangkan kadarnya demi kebajikan rakyat. BN yang memerintah selama 61 tahun tidak dapat melakukan perkara sedemikian dan kita (PH) perlu menunjukkan yang kita berbeza daripada mereka," katanya.
Semalam, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu pengumuman berkaitan tol akan dilakukan dalam masa terdekat oleh menteri berkaitan.
PRK DUN Semenyih menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan Muhammad Aiman Zainali, calon Barisan Nasional Zakaria Hanafi, calon Bebas Kuan Chee Heng dan Nik Aziz Afiq Abdul dari Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Hari pengundian PRK DUN Semenyih adalah pada 2 Mac ini. PRK Semenyih diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor daripada Bersatu yang mewakili PH pada 11 Jan lepas akibat serangan jantung.

Thursday, February 21, 2019
KERAJAAN AKAN BELA NASIB 40 ORANG PENGAYUH BECA
KUALA TERENGGANU, 19 Feb (Bernama) -- Kerajaan Terengganu akan melaksanakan beberapa inisiatif baharu dalam memastikan nasib hampir 40 pengayuh beca yang kebanyakannya warga emas di sekitar bandaraya ini terbela.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Sosial negeri, Haafiah Mat berkata ketika ini semua pengayuh beca berkenaan menerima bantuan wang tunai RM200 setiap bulan daripada kerajaan negeri.
"Namun, kita maklum dalam keadaan ekonomi mencabar sekarang, jumlah itu memang tidak cukup untuk mereka. Saya akan mengadakan perbincangan bersama Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar untuk mencari mekanisme terbaik membantu golongan ini.
"Mungkin bentuk bantuan lain yang sesuai adalah memastikan pengayuh beca ini mendapat sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau bantuan lain di bawah portfolio saya," katanya kepada pemberita dalam aktiviti turun padang ke Pasar Besar Kedai Payang di sini, hari ini.
Dalam pertemuan itu, Hanafiah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai meluangkan masa lebih sejam untuk beramah mesra dan mendengar permasalahan yang dihadapi golongan penarik beca.
Beliau tidak menafikan perkembangan teknologi pengangkutan menyebabkan industri beca semakin suram sejak kebelakangan ini di mana hanya segelintir kecil pelancong dan orang tempatan masih mahu menggunakan khidmat pengayuh beca.
"Kebanyakan mereka berusia lebih 60 tahun, apalah pilihan yang ada untuk mereka dalam mencari rezeki selain mengayuh beca kerana sudah sebati dengan pekerjaan itu sejak mereka masih muda.
"Kehidupan anak-anak mereka juga tidak begitu bernasib baik..bagaimana penarik beca ini mahu mengharapkan bantuan kewangan dari anak-anak kerana mereka juga kurang berkemampuan...insyaallah golongan ini akan menjadi perkara penting kerajaan negeri untuk diberi tumpuan," katanya.
-- BERNAMA
Wednesday, February 20, 2019
CALON BN KESAL CERAMAH SERANG ISU PERIBADI
HULU LANGAT 20 FEB. - CALON Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi menyasarkan mahu bertemu tidak kurang 30,000 pengundi daripada kira-kira 54,000 pengundi berdaftar sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.
Jelas Zakaria, perjalanan kempennya kini berjalan lancar dan daripada 30,000 pengundi yang disasarkan, hampir 60 peratus daripada mereka telah beliau temui.
“Kami mahu bertemu tidak kurang 30,000 pengundi di Semenyih, berjumpa dan bersalam terutamanya di pasar-pasar malam yang banyak di Semenyih serta tempat tumpuan penduduk seperti di pasar raya,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi penduduk-penduduk yang sakit di bandar Rinching di sini hari ini.
Sementara itu, Zakaria berkata, walaupun sedikit penat dalam melalui jadual padat kempen, beliau menganggapnya sebagai lumrah demi menambat hati penduduk.
“Penat tu biasalah, jadual memang padat sampai tengah malam, itu pun yang rasmi, yang tidak rasmi kadang kala sehingga ke pukul 2 pagi dan perlu keluar semula sebelum waktu subuh.
“Namun, ini bukannya masalah, apa yang penting adalah jentera kempen, mereka lagi bekerja kuat. Saya hanya bawa diri mengikut setiap program yang telah diatur,” katanya.
Dalam pada itu, beliau melahirkan rasa kecewa berikutan terdapat kempen-kempen ceramah yang didapati ada menyerang isu-isu peribadi.
“Gentlemen la, ini pilihan raya DUN, orang tempatan mahu tahu isu melibatkan mereka, tentang pembangunan, bukan hal peribadi, penduduk mahu hidup selesa,” katanya.
Tuesday, February 19, 2019
PENGUNDI SEMENYIH MAHU MASALAH BANJIR DIATASI
SEMENYIH, 19 Feb (Bernama) Rumah dinaiki air sehingga harta benda rosak dan tanaman musnah akibat banjir. Itulah igauan ngeri yang membelenggu penduduk di beberapa kawasan di Semenyih setiap kali hujan lebat.
Menurut penduduk tempatan, kawasan di sepanjang Sungai Semenyih dan Sungai Rinching adalah lokasi yang sering terjejas akibat banjir berikutan limpahan air sungai berkenaan selain beberapa kawasan rendah yang turut berdepan risiko banjir kilat setiap kali hujan lebat dalam tempoh yang lama.
Tinjauan Bernama mendapati, rata-rata pengundi di Semenyih mahukan penyelesaian jangka panjang kepada isu banjir yang diibaratkan sebagai dugaan ´wajib´ apabila hampir setiap tahun bencana itu melanda mereka.
Peniaga, Saliza Rahaman, 42, berkata isu banjir bukan sahaja berlaku di kawasan berdekatan sungai-sungai utama, malah kawasan di pekan khususnya kawasan rendah turut berisiko dinaiki air.
"Jangankan kawasan dekat dengan sungai, di pekan pun kalau hujan dua, tiga jam sudah dinaiki air lebih-lebih lagi di kawasan yang rendah. Rumah habis rosak, kebun pun rosak. Saya harapkan bukan sahaja projek tebatan banjir diperbanyakan, malah kerja-kerja penyelenggaraan saliran di kawasan pekan juga perlu diutamakan supaya tiada lagi berlaku banjir kilat, " katanya kepada Bernama.
Penduduk yang mahu dikenali sebagai Normah, 39, berkata kawasan rendah seperti Jalan Semenyih di hadapan Klinik Kesihatan Kajang, antara lokasi yang kerap dinaiki air apabila hujan lebat.
"Jalan Semenyih ini adalah jalan utama di Semenyih, bayangkan pengguna jalan terperangkap dan terpaksa menunggu hingga hampir sejam apabila air dari parit berdekatan melimpah setiap kali hujan lebat, " katanya.
Data banjir Jabatan Saliran dan Pengairan (JPS) Negeri Selangor menyenaraikan kawasan berhampiran dua sungai berkenaan iaitu Kampung Batu 3, Kampung Rinching Hulu, Kampung Rinching Hilir dan Kampung Rinching Tengah sebagai kawasan yang paling kerap dilanda banjir.
Untuk rekod, Kerajaan Negeri Selangor menerusi JPS negeri telah melaksanakan rancangan tebatan banjir (RTB) di Sungai Semenyih (siap 2018) dan merancang melaksanakan projek sama di Sungai Rinching bagi mengatasi isu banjir di Semenyih.
Penduduk Kampung Batu 3, Khanafi Mohd Mokhsin, 40, berkata antara punca berlaku banjir yang dikenal pasti adalah kesan pembangunan projek berdekatan sungai berkenaan.
"Selama 40 tahun menetap di sini, tak pernah berlaku banjir tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan kami kerap dilanda banjir lebih-lebih lagi sejak wujudnya projek perumahan berdekatan sungai ini,
"Projek tebatan banjir akan jadi sia-sia jika pihak berwajib tidak memantau projek-projek yang tidak mematuhi peraturan dengan membiarkan sisa pembinaan mengalir ke dalam sungai, " katanya.
Sementara itu, penduduk Rosni Jamaludin, 55, berharap wakil rakyat baharu yang bakal dipilih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada 2 Mac ini akan memberi fokus untuk menyelesaikan masalah banjir yang dihadapi oleh pengundi di sini.

Monday, February 18, 2019
NIK AZIZ MAHU NAIK TARAF KLINIK KESIHATAN SEMENYIH KEPADA HOSPITAL
SEMENYIH, 18 Feb (Bernama) -- Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Nik Aziz Afiq Abdul hari ini melancarkan manifestonya dengan tujuh perkara menjadi perjuangan utama untuk penduduk di Semenyih.
Antaranya perumahan mampu milik untuk semua dengan kerajaan mengawal harga rumah, menaik taraf Klinik Kesihatan Semenyih kepada hospital, mengembalikan pengajian kelas tingkatan enam di sekolah-sekolah di Semenyih serta kempen untuk membatalkan bayaran penyelenggaraan bulanan pangsapuri kos rendah dan digantikan dengan cukai pintu setahun sekali.
Perkara lain adalah melindungi Bukit Broga sebagai kawasan alam sekitar dan kawasan rekreasi dan dikawal pembangunannya, pilihan raya majlis, kampung dan taman bagi menangani salah guna kuasa dan rasuah serta menambah baik pengangkutan awam serta menggesa pemansuhan tol di kawasan Semenyih.

Sunday, February 17, 2019
CALON PH DIPILIH KERANA MERIT BUKAN KERANA MENANTU
SEMENYIH, 17 Feb (Bernama) -- Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih Muhammad Aiman Zainali menegaskan pemilihannya sebagai calon dibuat berdasarkan kelayakan merit dan bukannya atas hubungan kekeluargaan.
Menurutnya, pimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah menetapkan beberapa kriteria tertentu yang perlu dimiliki seseorang itu sebelum boleh diambil menjadi calon.
“Mereka (pemimpin Bersatu) juga telah jelaskan yang saya dipilih bukan kerana saya menantu kepada penyandang kerusi ini (Bakhtiar Mohd Nor), tetapi terdapat beberapa kriteria yang ditetapkan.

Saturday, February 16, 2019
CALON PH PEMIMPIN PELAPIS NEGARA
SEMENYIH, 16 Feb (Bernama) -- Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih Muhammad Aiman Zainali disifatkan sebagai seorang pemimpin muda yang mempunyai masa hadapan yang cerah untuk menjadi pemimpin pelapis negara
Timbalan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan, Eddin Syazlee Shith berkata mengambil kira pencapaian akademik Muhammad Aiman, pemuda berusia 30 tahun itu mampu membawa agenda dan suara rakyat Semenyih ke peringkat yang lebih tinggi.
“Saya percaya semua calon bertanding adalah (pilihan) yang baik tetapi kelebihan calon Pakatan Harapan ialah beliau seorang anak muda yang mempunyai latar belakang akademik yang cemerlang.
“Beliau (Muhammad Aiman) juga seorang yang mempunyai keperibadian yang mudah didekati dan saya percaya ciri-ciri ini memberi kelebihan kepada PH,” katanya kepada Bernama selepas meninjau pusat media bagi PRK DUN Semenyih di Kolej Profesional Mara Beranang, di sini hari ini.

Friday, February 15, 2019
BERSATU DI SABAH KUATKAN SHAFIE APDAL
KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata parti itu bersetuju untuk menubuhkan cawangannya di Sabah bagi membolehkan bekas anggota UMNO Sabah menyertainya.
Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri, berkata keputusan itu dibuat selepas anggota UMNO Sabah yang bertindak keluar parti tidak mahu menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) yang merupakan sekutu Pakatan Harapan (PH).
"Mereka ini tidak memilih untuk menyertai Warisan… dan mahu menyertai Bersatu. Bagaimanapun tapisan ketat akan dikenakan untuk mereka yang akan menyertai Bersatu.
“Tiga syarat yang kita letak ialah mereka mesti keluar UMNO, menjadi (wakil rakyat) Bebas untuk sekian lama dan barulah kita sedia untuk terima tetapi dengan pemilihan yang ketat, bukan secara berkumpulan tetapi individu," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi Bersatu di sini.
Tun Mahathir berkata penubuhan Bersatu Sabah akan dibuat secepat mungkin dan parti akan membuat keputusan mengenai pemimpinnya kemudian.
Dr Mahathir bagaimanapun menegaskan wujudnya Bersatu di Sabah bukan untuk mencabar atau menentang Warisan yang diketuai oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Tegas beliau semua boleh menyertai Bersatu kecuali mereka daripada parti komponen PH iaitu DAP, PKR dan Amanah serta sekutunya Warisan.
Ditanya sama ada perkara tersebut dibincangkan dengan kepimpinan Warisan, Dr Mahathir berkata tiada keperluan untuk berbuat demikian.
"Kita pergi Sabah untuk kuatkan kerajaan Shafie, kita bukan nak menentang Warisan, keputusan ini kita buat bila lihat keadaan Sabah... mereka ini (bekas anggota UMNO) tak nak sertai Warisan tetapi nak sertai Bersatu," tegasnya, menambah keputusan itu juga tidak memerlukan persetujuan parti-parti dalam PH.
Mengulas mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Dr Mahathir berharap pengundi di DUN itu dapat menerima calon yang dipilih Bersatu.
Semalam, Bersatu mengumumkan Muhammad Aiman Zainali, 30, sebagai calon pada PRK pada 2 Mac ini manakala BN mempertaruhkan Zakaria Hanafi, 58, Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Kampung Sesepan Kelubi sebagai calonnya.
Muhammad Aiman ialah Bendahari Bersatu Bahagian Hulu Langat yang juga seorang jurutera dan sedang mengikuti pengajian ijazah doktor falsafah dalam bidang kejuruteraan elektrik di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.
Muhammad Aiman juga adalah menantu penyandang, Allahyarham Bakhtiar Mohd Nor daripada Bersatu yang meninggal dunia pada 11 Jan lepas.
Sementara itu mengulas mengenai isu tajaan sebuah syarikat perjudian terhadap kursus sekumpulan pimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia ke Istanbul, Turki, Dr Mahathir berkata perkara tersebut adalah tidak wajar walaupun bertujuan baik.
"Ia berlaku (kelulusan) sebelum kami (PH) memerintah. Tujuannya bagus tapi sudah tentu ada yang mengkritik,” katanya.

Tuesday, February 12, 2019
RISDA PERUNTUK RM27.2 JUTA BANTU PEKEBUN KECIL JADI USAHAWAN
KEPALA BATAS, 12 Feb (Bernama) -- Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) memperuntukkan RM27.2 juta untuk program aktiviti ekonomi tambahan dan keusahawanan buat pekebun kecil di seluruh negara.
Pengerusinya Rosely Kusip hari ini berkata daripada jumlah itu RM1 juta diperuntukkan kepada pekebun-pekebun kecil di Pulau Pinang.
"Program pembangunan keusahawanan dan aktiviti ekonomi yang dirangka RISDA pada tahun ini adalah usaha untuk meningkatkan lagi kualiti hidup pekebun kecil selain mengurangkan penggantungan kepada komoditi getah dan sawit semata-mata," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan cawangan ke-14 RISDA Smallholders Mart (RisSMart) di Seberang Menerong di sini hari ini.
Menurutnya RISDA turut mensasarkan untuk melahirkan 20,000 usahawan melalui program kelolaannya menjelang tahun 2020 dengan pendapatan sekurang-kurangnya RM4,000 setiap bulan.
Menyentuh tentang RisSMart, Rosely berkata ia merupakan salah satu inisiatif program pembangunan keusahawanan menerusi penyediaan kemudahan premis perniagaan dan promosi produk usahawan pekebun kecil RISDA.
Katanya ia merupakan salah satu usaha berterusan untuk menjenama semula RISDA dalam membantu pekebun-pekebun kecil meningkatkan taraf hidup mereka.
"RISDA perlu dijenamakan semula dan (RisSMart) perlu menjadi saluran untuk mempromosikan produk-produk daripada desa khususnya hasil buatan para pekebun kecil,” katanya.
Menurutnya, RISDA juga sedang berusaha untuk memasarkan produk tempatan khususnya produk-produk yang dijual di RisSMart ke China.
"Dalam masa enam bulan, kita akan cuba mencari jalan (merangka strategi) untuk memasarkan produk ke sana. Saya mensasarkan dalam tempoh lima tahun usaha (memasarkan produk usahawan RISDA ke China) ini akan berjaya dicapai," katanya.

Monday, February 11, 2019
AHMAD RAZIF LETAK JAWATAN KETUA PEMBANGKANG
KUALA TERENGGANU, 11 Feb (Bernama) – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang DUN Terengganu.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Muhammad Pehemi Yusof berkata, UMNO Terengganu mengesahkan menerima peletakan jawatan itu menerusi surat daripada Ahmad Razif beberapa hari lalu.
“Sehubungan itu kita mohon DUN Terengganu membuat surat kepada UMNO Negeri bagi mencadangkan nama baharu sebagai Ketua Pembangkang.

Sunday, February 10, 2019
BUDI ABDUL BARI TIDAK TERBALAS
KUALA TERENGGANU, 10 Feb (Bernama) -- Kesungguhan dan kegigihan Allahyarham Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, menyelamat bukan sahaja bagaikan memberi 'nyawa baharu’ tetapi budi yang tidak akan terbalas selamanya.
Nordiana Alwani Jaafar, 33, seorang daripada mangsa kenderaan pacuan empat roda yang terjunam ke dalam sungai di Pulau Warisan, di sini Jumaat lepas berkata arwah adalah orang pertama yang muncul untuk menyelamat.
Nordiana Alwani berkata beliau masih teringat-ingat bagaimana reaksi Allahyarham di dalam air yang bagaikan memberi semangat supaya menyelamatkan diri.
"Paling tidak dapat dilupakan tindakan pantas menyelamatkan anak saya yang berusia tiga tahun," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.
Selain beliau, ibu tirinya, Suryati Rosli, 37, adik ibu tirinya, Asmaa Rusly, 23, anaknya, Iman Nur Hana Luthfia Mohd Amiruddin, 3, dan adiknya, Safawani Jaafar, 11, berada di dalam kenderaan tersebut dan tiga daripada mereka berjaya diselamatkan oleh Allahyarham.
Menceritakan kejadian tersebut, Nordiana Alwani berkata ketika itu apa yang difikirkannya hanyalah mati namun kehadiran Abdul Bari Asyraf menaikkan semangatnya dan perkara pertama yang dilakukan adalah menyerahkan anaknya yang berusia tiga tahun kepada arwah.
"Kejadian berlaku terlalu pantas dan dalam sekelip mata sahaja kenderaan sudah tenggelam ke dasar.
"Selepas kereta terjunam ke dalam sungai, saya dan ibu tiri segera membuka tingkap di bahagian kiri dan kanan tempat duduk hadapan dan dalam masa sama nampak orang (Abdul Bari Asyraf) terjun ke sungai untuk membantu menyelamat,” katanya.
Katanya ketika kejadian itu, arwah dilihat kepenatan tetapi tetap gigih meskipun berulang kali terjun ke sungai terutama apabila melihat orang awam lain yang turut sama menyelamat sudah mengalami kekejangan otot.
Nordiana Alwani yang dibenarkan keluar dari hospital kira-kira 10 pagi tadi turut menemui keluarga arwah hingga menarik perhatian orang awam apabila dilihat menangis sambil memeluk keluarga terdekat arwah sambil mengucapkan permohonan maaf serta terima kasih berkali-kali.
Ibu Abdul Bari Asyraf, Masitah Awang, 60, yang turut ditemui berkata walaupun sedih kehilangan anak ketiga daripada lapan anaknya itu, beliau tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya anaknya ditemukan dan dapat dikebumikan.
Katanya, arwah yang masih bujang dan bekerja sebagai jurukimpal itu adalah seorang yang periang dan disenangi rakan dan taulan.
"Meskipun hanya mampu melihat jasadnya yang kaku, tetapi saya tetap bersyukur kerana anak saya ditemui. Kami telah berkampung di lokasi kejadian sejak malam Jumaat dan akan pulang sekejap ke rumah pada awal pagi untuk solat Subuh sahaja,” katanya.
Jenazah Abdul Bari Asyraf selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Merbau Patah di sini kira-kira pukul 2.30 petang tadi.
Suasana pilu menyelubungi hampir 500 anggota keluarga, saudara-mara dan penduduk kampung yang hadir.
Sebelum itu, jenazah Allahyarham telah disembahyangkan di masjid kampung sama selepas solat Zuhur.

Saturday, February 9, 2019
ABDUL BARI MUNGKIN KEKEJANGAN
KUALA TERENGGANU, 9 Feb (Bernama) -- Lelaki yang dikhuatiri lemas ketika menyelamatkan mangsa kenderaan pacuan empat roda yang menggelongsor ke dalam Sungai Terengganu berhampiran Pulau Warisan semalam mungkin mengalami kekejangan sebelum hilang di sungai itu, kata polis.
Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Alauddin Abdul Majid berkata Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, yang sebelum itu memancing di kawasan rekreasi itu bersama beberapa rakan, difahamkan orang pertama terjun ke sungai bagi menyelamatkan empat orang dalam kenderaan terbabit daripada lemas.
“Mungkin dalam proses menyelamatkan empat orang itu, mangsa terlalu lama berada di dalam air menyebabkan dia kekejangan (dan tidak timbul selepas itu),” katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian di sini hari ini.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azlimin Mat Noor.
Selain Abdul Bari Asyraf, empat orang awam lain turut berusaha menyelamatkan mangsa yang berada dalam kenderaan itu dalam kejadian kira-kira 9.30 malam.
Alauddin berkata Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan diminta memagar keseluruhan kawasan itu bagi mempertingkat kawalan keselamatan dan memasang papan tanda amaran agar kejadian serupa tidak berulang kerana pada masa kini hanya sebahagian sahaja kawasan itu dipagar.
“Pengunjung juga dinasihatkan agar lebih prihatin dan berhati-hati dengan keselamatan masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Friday, February 8, 2019
PENYELAMAT DIKHUATIRI LEMAS
KUALA TERENGGANU, 8 Feb (Bernama) -- Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan lima penumpang sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terjunam ke dalam Sungai Terengganu di Pulau Warisan, di sini, kira-kira pukul 9.30 malam ini.
Difahamkan, mangsa Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, dari Kampung Panji, Kuala Terengganu sedang memancing bersama seorang rakannya sebelum sebuah Mitsubishi Storm yang diparkir di kawasan berhampiran tiba-tiba menggelongsor dan terjunam ke dalam sungai.
Difahamkan, selain Bari, dua lagi lelaki turut terlibat menyelamatkan penumpang kenderaan itu, namun hanya kedua-dua lelaki itu selamat naik ke darat. Lima penumpang dalam kenderaan itu juga turut selamat.
Menurut ibu mangsa, Masitah Awang, 60, anak lelakinya itu keluar dari rumah selepas waktu Asar untuk memancing bersama rakan baiknya.
"Bari memang suka memancing. Jika ada masa terluang dia akan keluar bersama memancing dengan kawan- kawannya di merata-rata tempat yang menjadi lubuk pancing.
Pagi tadi awal-awal lagi dia dah keluar memancing dan balik ke rumah untuk solat dan makan tengah hari sebelum keluar semula selepas Asar," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Menurut Masitah lagi, beliau hanya mengetahui tentang kejadian malang itu selepas dimaklumkan oleh suaminya, Mohd Mustafa, 66 yang menerima panggilan daripada polis pada kira-kira pukul 10 malam.
Pasukan Penyelamat Di Air Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu masih melakukan operasi SAR di sekitar lokasi kejadian ketika berita ditulis.

Thursday, February 7, 2019
DR SUWAIBAH PERLUKAN RM4 JUTA UNTUK TAKLUK 30 MENARA TERTINGGI DUNIA
KOTA BHARU, 7 Feb (Bernama) -- Pelari solo negara Mej (K) Dr Suwaibah Muhammad Nasir berkata beliau memerlukan dana kira-kira USD1 juta (RM4 juta) bagi melengkapkan Jelajah Kemanusiaan Menakluk 30 Menara Tertinggi Dunia.
Beliau berkata dana itu diperlukan bagi menampung kos yang tinggi termasuk penginapan, tiket kapal terbang, permohonan visa serta perkara berkaitan bagi melengkapkan misi tersebut.
"Setakat ini, saya mendapat penajaan daripada GISB Holding Sdn Bhd yang menaja misi di 14 negara namun syarikat itu hanya memberi penajaan dalam bentuk tiket kapal terbang dan penginapan sahaja selain beberapa penajaan daripada pihak lain......
Wednesday, February 6, 2019
PSM TETAP TANDING DI PRK SEMENYIH
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang dijadualkan pada 2 Mac ini selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk keinginan rakyat untuk suara ketiga.
Setiausaha Agung PSM A Sivarajan berkata PSM akan mengumumkan calonnya sebelum hari penamaan calon dan mengalu-alukan bantuan dari segi kewangan dan tenaga sukarela untuk memantapkan lagi gerak kerja jentera parti.
“Keputusan ini diambil setelah mengambilkira beberapa perkara seperti faktor sejarah, kerusi tradisi, jentera PSM di Semenyih, pandangan ahli dan penyokong-penyokong parti, kewibawaan calon yang menepati syarat parti dan suasana politik tanah air yang mahukan suara ketiga yang menepati kehausan kehendak rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Tuesday, February 5, 2019
MASYARAKAT CINA TERENGGANU BANYAK BERI SUMBANGAN
KUALA TERENGGANU, 4 Feb (Bernama) -- Masyarakat Tionghua di Terengganu diharap terus komited memberikan kerjasama kepada pimpinan kerajaan negeri dalam melaksanakan pelbagai program pembangunan kepada seluruh rakyat negeri itu.
Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata masyarakat Tionghua telah banyak memberi sumbangan besar di Terengganu selama ini khususnya terhadap aktiviti pelancongan dan ekonomi.
"Mereka juga hidup aman dan harmoni dikelilingi oleh orang Melayu dan bangsa lain. Perbezaan agama, bangsa dan fahaman politik tidak menghalang mereka menjalankan aktiviti harian. Malahan, mereka saling bekerjasama apabila diperlukan.

Monday, February 4, 2019
PSM DIJANGKA LETAK NIK AZIZ AFIQ ABDUL
SEMENYIH: Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) Nik Aziz Afiq Abdul dipercayai bakal calon PSM di Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih yang akan diadakan pada 2 Mac.
Menurut sumber PSM, jawatankuasa pusat PSM mengambil keputusan untuk meletakkan Nik Aziz sebagai mengantikan AJK Pusat parti itu, S Arutchelvan yang bertanding di kerusi DUN tersebut sejak 2004.
"Yang pertama, PSM tetap akan bertanding di Semenyih. Ia adalah kerusi yang kami tandingi dari tahun 2004. Jadi, kali ini pun kami tetap akan bertanding," kata sumber.
Jelas sumber, pucuk pimpinan PSM mengambil keputusan itu dengan mempertimbangkan Nik Aziz yang merupakan anak tempatan Semenyih.
"Beliau merupakan anak jati dari Semenyih yang memahami isu-isu domestik Semenyih. Malah, beliau sering turun bersama Arul (Arutchelvan) mengambil tahu masalah-masalah yang dihadapi pengundi Semenyih," katanya.
Sumber turut menafikan pemilihan Nik Aziz sebagai calon kerana sentimen pengundi Melayu.
"Tidak, beliau dipilih berdasarkan kelayakan beliau berkhidmat kepada rakyat Semenyih. Malah, beliau sebenarnya dipilih sebagai calon PSM pada PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14) yang lalu. Namun, digugurkan atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan," jelasnya lagi.
Bagaimanapun, ketika dihubungi bagi mengulas perkara itu, Arutchelvan menyifatkan ia sebagai spekulasi.
"Itu spekulasi. Ada tiga nama yang sedang dipertimbangkan selain seorang yang merupakan aktivis wanita.
"Jawatankuasa pusat akan bermesyuarat esok untuk memutuskan sama ada PSM akan bertanding dalam PRK ini," katanya kepada Malaysiakini.
Untuk rekod, PSM pada 29 Januari menyatakan akan membuat keputusan muktamad sama ada akan bertanding di kerusi DUN Semenyih di Selangor dalammesyuarat hujung minggu ini.
Bercakap kepada Malaysiakini sebelum ini, Arutchelvan mengesahkan PSM akan meletakkan calon.
"Kami akan adakan satu mesyuarat terakhir untuk mencapai keputusan. Kami juga mahu lihat trend pengundi pada pilihan raya kecil Cameron Highlands (Sabtu lalu)," katanya.
Pada pilihan raya umum lalu, Arutchelvan memperoleh 1,293 undi dalam pertandingan empat penjuru.
Kerusi Semenyih kosong selepas penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, yang mewakili Bersatu meninggal dunia, tiga minggu lalu.
Saturday, February 2, 2019
PEKERJA SWASTA AKAN DIGALAK PAKAI BATIK
KOTA BHARU, 2 Feb (Bernama) -- Bagi membantu industri batik negara terus berkembang, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan menggalakkan pekerja sektor swasta memakai baju batik sama seperti penjawat awam yang digalakkan berbaju batik pada setiap Khamis.
Menterinya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata walaupun kementeriannya belum mengadakan pertemuan dengan wakil sektor swasta, beliau yakin hasrat kerajaan akan diterima baik.
"Kementerian berhasrat agar pekerja sektor swasta turut memakai batik ini sekurang-kurangnya seminggu sekali seperti yang diamalkan oleh kakitangan kerajaan.

Friday, February 1, 2019
JADIKAN AL QURAN SEBAGAI SAHABAT
KEMAMAN, 31 Jan (Bernama) -- Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru umat Islam menjadikan al-Quran sebagai ‘sahabat’ dan tidak mengabaikannya.
Baginda bertitah amat rugi mereka yang mengabaikan al-Quran dengan tidak membaca, memahami dan beramal dengan kitab suci itu.
“Kelebihan al-Quran mengatasi kalam makhluk. Setiap huruf dibaca akan diberi kebaikan dan digandakan kepada sepuluh.
“Lebih daripada itu, anugerah Allah merentasi ke alam akhirat kerana ahli al-Quran diangkat darjat di akhir setiap ayat yang dibaca," titah baginda pada Majlis Perasmian Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu 1440 Hijrah/Tahun 2019 di sini, malam ini.
Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah turut berangkat ke majlis itu. Turut hadir ialah Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Sultan Mizan turut bertitah, semenjak majlis itu dilangsungkan dalam tempoh 62 tahun lalu, hasil daripada penganjuran itu menjadi penggerak kepada usaha-usaha pembelajaran al-Quran secara lebih luas oleh pelbagai pihak sebagaimana yang dituntut oleh ajaran Islam.
“Beta percaya bahawa kedatangan rakyat ke majlis ini bukan sekadar untuk mendengar alunan bacaan ayat-ayat suci yang diperdengarkan qari dan qariah tetapi juga untuk memahami dan mengamal serta menghayati pengajaran daripada ayat-ayat itu.
“Pada kesempatan ini, Beta juga berharap supaya diusahakan mengenai periwayatan kisah tokoh-tokoh tarannum dan penglibatan qari dan qariah Terengganu dalam majlis tilawah Al-Quran sejak dahulu sehingga kejayaan mereka terpahat dalam catatan sejarah buat tatapan generasi kini dan akan datang,” titah baginda
Johan qari Majlis Tilawah peringkat Terengganu disandang Abdul Hadi Che Abd Halim dari Kuala Terengganu, manakala johan qariah dimenangi Nor Hidayah Abd Rahman dari daerah Setiu.
Johan qari dan qariah masing-masing membawa pulang wang tunai RM8,000, piala iringan dan pusingan serta sijil penghargaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)