Monday, December 17, 2018

MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI UMNO DITUNDA JADI TANDA TANYA



KUALA LUMPUR: UMNO tidak boleh sekadar membuka mata dan telinga ketika ramai dalam kalangan ahli Parlimen parti tersebut keluar dan menyertai Pakatan Harapan (PH).


Tindakan 17 Ahli Parlimen UMNO mengumumkan keluar parti selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan desakan pelbagai pihak supaya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan sebagai Presiden parti perlu dilihat secara serius dengan kadar segera.


Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Khaidhirah Abu Zahar berkata, situasi yang berlaku itu cukup mengecewakannya dan menyebabkan ramai ahli di peringkat akar umbi marah, justeru usaha memulihkan parti tidak lagi boleh dipandang enteng.

“Ya, memang Presiden ada menunjukkan tujuh teras dan 21 langkah dalam Perhimpunan Agung UMNO lalu tapi implikasinya tak berapa jelas ke peringkat akar umbi, hendak melaksanakannya apatah lagi.

“Sepatutnya malam ini ada mesyuarat MT UMNO tapi ditunda, tak tahu sebab apa dan memang menjadi tanda tanya kerana dalam waktu kritikal ini, jalan penyelesaian perlu dinyatakan sejelas-jelasnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


1 comment:

  1. BERITA BAIK

    Adakah anda berfikir untuk mendapatkan bantuan kewangan, anda serius memerlukan pinjaman segera, anda sedang memikirkan memulakan perniagaan anda sendiri, anda berada dalam hutang, ini adalah peluang anda untuk mencapai hasrat anda kerana kami menyediakan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, dan pinjaman korporat, Dan semua pinjaman tersebut pada kadar faedah 2%. Kami adalah Syarikat Pinjaman yang sah, kami menjamin semua pelanggan kami yang berharga bahawa mereka akan mendapatkan semua pinjaman individu dengan senyuman di muka mereka.
    Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami sekarang melalui e-mel:
    Susanbowmanloancompany@gmail.com

    dan anda juga boleh pergi ke syarikat Via whatsapp dengan nombor ini
    +120275328718
    anda boleh memanggil atau teks kami pada nombor itu, dan WhatsApp

    ReplyDelete