Friday, December 14, 2018
BINA REBAN TERAPUNG UNTUK SELAMATKAN TERNAKAN
KEMAMAN, 14 Dis (Bernama) – Pelbagai cara dan ikhtiar dilakukan penternak bagi menyelamatkan haiwan ternakan mereka dari dihanyutkan air dan mati ketika musim tengkujuh tiba di negeri ini.
Bagi Abu Bakar Che Ahmad, 64, dari Kampung Tebak di sini beliau akan membina reban terapung untuk memastikan 60 ekor ayam denaknya selamat dari bencana banjir setiap kali tibanya musim tengkujuh.
Warga emas itu mula menternak ayam denak (spesis ayam yang digunakan untuk memikat ayam hutan) sejak 10 tahun lalu sebagai punca pendapatannya selain hasil kebun getah dan sawit.
Beliau berkata ayam denak yang cantik dan mampu memikat banyak ayam hutan akan dijual sehingga RM350 seekor manakala yang kurang daya tarikan pula dijual pada harga RM50 sahaja.
Setiap kali musim banjir, bapa kepada tujuh anak itu mengakui memang 'tidak lena tidur' kerana risaukan keselamatan 60 ekor ayam denaknya yang dianggarkan bernilai antara RM15,000 hingga RM18,000 mengikut harga pasaran semasa ketika ini.
"Pok belanja RM520 untuk bina reban terapung itu beberapa hari lalu. Alhamdulillah setakat ini, semua ayam denak pok sihat walaupun hujan agak lebat sejak kebelakangan ini.
"Kerana sayangkan ayam denak, pok sanggup tak tidur kat tempat lain (Pusat Pemindahan Sementara). Lagipun rumah pok dua tingkat (bawah struktur batu dan tingkat atas struktur kayu), bila tingkat bawah dinaiki air 1.5 meter, pok dan isteri, Fatimah Saleh, 58, pindahkan tempat tidur dan dapur ke tingkat atas, Insyaallah selamat setakat ini," katanya kepada pemberita.
Jarak PPS ke rumah Abu Bakar hanya 200 meter menyebabkan warga emas itu berani terus tinggal di rumahnya kerana jika berlaku sebarang kecemasan, beliau boleh berpindah ke PPS tersebut dengan cepat kerana turut memiliki sebuah bot fibre dengan engin sangkut.
Abu Bakar berkata beliau tidak boleh meninggalkan ayam denaknya tanpa sebarang pengawasan kerana bimbang dicuri orang dan setiap kali mahu pergi ke mana-mana destinasi, beliau akan memastikan anaknya tinggal di rumah itu untuk menjaga ayam denak tersebut, dan 11 ekor kucingnya yang turut ditempatkan di dalam reban itu.
"Masa banjir Pok juga guna bot ni untuk tahan pukat dan jual ikan lampam, ikan baung dan ikan lain kepada penduduk kampung sekitar.
"Walaupun tahu rumah pok ini berisiko banjir setiap tahun kerana terletak di kawasan rendah, pok tak kisah kerana sudah selesa tinggal di sini kerana inilah tanah kelahiran asal pok," katanya.
-- BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BERITA BAIK
ReplyDeleteAdakah anda berfikir untuk mendapatkan bantuan kewangan, anda serius memerlukan pinjaman segera, anda sedang memikirkan memulakan perniagaan anda sendiri, anda berada dalam hutang, ini adalah peluang anda untuk mencapai hasrat anda kerana kami menyediakan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, dan pinjaman korporat, Dan semua pinjaman tersebut pada kadar faedah 2%. Kami adalah Syarikat Pinjaman yang sah, kami menjamin semua pelanggan kami yang berharga bahawa mereka akan mendapatkan semua pinjaman individu dengan senyuman di muka mereka.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami sekarang melalui e-mel:
Susanbowmanloancompany@gmail.com
dan anda juga boleh pergi ke syarikat Via whatsapp dengan nombor ini
+120275328718
anda boleh memanggil atau teks kami pada nombor itu, dan WhatsApp