Saturday, December 8, 2018

MALAIKAT MANA YANG BUAT SILAP MAHATHIR?

PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) – Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menghadiri program sambutan Hari Hak Asasi Manusia anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di Padang Timur, di sini, esok.

Perdana Menteri berkata agak mustahil untuk beliau menghadiri sambutan tersebut kerana perbezaan pendirian antara kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinannya dan Suhakam berhubung Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

“Saya sudah memutuskan bahawa kerajaan tidak akan menerima ICERD. Suhakam pula mahu ICERD diterima...jadi macam mana saya boleh pergi,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH di Menara Yayasan Selangor, di sini, hari ini.

Perhimpunan sempena Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa 2018 itu pada asalnya dijadual berlangsung hari ini dengan Dr Mahathir dijemput Suhakam sebagai tetamu khas, namun ditangguhkan ke esok atas nasihat pihak berkuasa.

Hari ini juga menyaksikan penganjuran perhimpunan berasingan bagi menolak ICERD di ibu negara yang turut disifatkan penganjurnya sebagai perhimpunan menzahirkan 'kesyukuran' atas keputusan kerajaan untuk tidak meratifikasi ICERD.

Pada 23 Nov lalu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata kerajaan PH tidak akan meratifikasi ICERD dan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana termaktub kontrak sosial dipersetujui wakil semua kaum ketika pembentukan negara ini.

Bagaimanapun, Suhakam dalam kenyataan pada 27 Nov lalu, menyebut ia kecewa dengan keputusan kerajaan.

Dr Mahathir seterusnya berkata sambutan anjuran Suhakam itu dipinda ke esok kerana polis tidak mempunyai anggota mencukupi untuk mengawal dua perhimpunan jika diadakan pada hari sama.

“Bukan kita larang ada demonstrasi. Tidak. Demonstrasi boleh ada tetapi kita minta supaya ditangguh ke hari lain supaya polis tidak tertekan kerana pegawai mereka tidak cukup untuk mengawasi perhimpunan yang besar-besar,” katanya.

Namun bila ditanya sama ada beliau akan menyertai perhimpunan di ibu negara itu, Dr Mahathir berkata: “Tidak. Saya dah bersyukur cukup dah. Saya buat satu keputusan yang baik, saya bersyukur saya boleh buat keputusan yang terbaik,” katanya.

Mengenai persepsi bahawa pentadbiran PH sebagai kerajaan 'pusingan u’ kerana sering menarik balik beberapa keputusan, Dr Mahathir berkata kadang-kadang kerajaan terpaksa berbuat demikian apabila menuju ke jalan yang salah.

“Kita bukan manusia sempurna walaupun sebahagian daripada kita adalah ‘malaikat’ tetapi kadang-kadang ‘malaikat’ pun melakukan kesilapan. Jadi apabila 'malaikat’ buat silap, mereka berpatah balik,” katanya.

Mengenai keputusan Kabinet menangguhkan skim Potongan Gaji Berjadual (PGB) bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Perdana Menteri berkata kerajaan akan mengubah mekanisme berkenaan selepas mengambil kira pendangan orang ramai dan peminjam.

Ditanya sama ada polisi berhubung pembayaran PTPTN dibuat tanpa konsultasi sepatutnya, beliau berkata banyak pihak tidak membantu dalam memberikan cadangan dan maklumat.

"Sebelum kita umum, mereka tak beritahu, sebab itu bila kita umum ada banyak pula yang tidak puas hati. Tapi untuk kita nak tanya 33 juta orang susah sikitlah. Jadi bila mereka beri reaksi negatif, kita buat pertimbangan,” kata Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Turut hadir pada sidang media itu Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, yang juga Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo.

-- BERNAMA

1 comment:

  1. Saya telah kehilangan banyak masa untuk syarikat pinjaman palsu yang cuba mendapatkan pinjaman. tetapi itu tidak berlaku lagi.

    Nah, saya melihat komen pada blog oleh Marianne Low yang memberi keterangan tentang mendapatkan pinjaman dari seorang ibu Susan bowman, yang saya fikir sebagai salah satu syarikat palsu ini. Kemudian saya memutuskan untuk menghubunginya dan mencubanya semula .... Mengejutkan saya selepas prosedur yang diberikan kepada saya oleh ibu Susan. Kemudian dia meyakinkan saya bahawa saya akan dibiayai oleh bank langsung dari Indonesia yang harus saya pegang. Saya menunggu sehingga pinjaman saya diproses dan diluluskan dan kemudian saya mendapat pinjaman saya memohon langsung ke akaun bank saya tanpa bayaran tambahan ... Semoga Allah memberkati ibu Susan untuk kerja yang indah yang dia lakukan ..... Kebanyakan kawan saya yang memerlukan pinjaman juga dikenakan dan mereka mendapat pinjaman juga ....

    Anda boleh menghubungi ibu Susan bowman dengan e-mel ini (Susanbowmanloancompany@gmail.com)
    Juga pada whatsapp 12027538718
    untuk pinjaman anda sendiri dia tidak menipu saya

    Dan jika anda juga boleh menghubungi saya di email ini jika anda takut: aelok36@gmail.com

    ReplyDelete