Menuduh Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai MB Seberang Takir oleh ADUN Tepuh, Hishamuddin Abdul Karim (gambar) dalam perbahasan Bajet 2017 di Dewan Undangan Negeri Terengganu pada Rabu lalu adalah tidak tepat. Sebagai MB takkan beliau langsung tidak boleh bawa projek ke Seberang Takir, ke kawasan DUNnya langsung. Adalah tidak cerdik seorang MB itu jika dia langsung tidak mahu membangunkan DUNnya sendiri.
Sudah jadi amalan MB terdahulu membangunkan kawasan masing masing. Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad selama 25 tahun menjadi MB membangunkan daerah Kemaman sebagai kawasan minyak dan gas. Jika Wan Mokhtar ADUN Jertih ketika itu, mungkin pangkalan minyak dan gas Terengganu berpindah ke daerah Besut.
Semua MB membangunkan daerah masing masing. Datuk Seri Idris Jusoh membangunkan daerah Besut dengan Taman Ilmu, Sekolah Imtiaz dan Masjid Hadhari yang menelan belanja ratusan juta. Begitu juga Datuk Seri Ahmad Said membangunkan Kemaman dengan Bandar Baru Kijal dan Zoo Kemaman. Razif pula membangunkan Kuala Nerus yang baru digazetkan sebagai daerah baru dengan Bandar Baru Kuala Nerus.
Itulah kelebihan MB masing-masing. Malah jika Datuk Seri Haji Hadi Awang adalah MB Umno, daerah Marang sudah dibangunkan oleh beliau dari tahun 1999 hingga 2004. Rakyat Kuala Nerus bersyukur kerana Idris bukan sahaja memajukan Besut malah membangunkan parlimen Kuala Nerus dengan Taman Tamadun Islam, Stadium Sultan Mizan dan menaiktaraf lapangan terbang Sultan Mahmud dan menaiktaraf KUSZA sebagai Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).
Tradisi yang dilakukan Idris di Kuala Nerus pada tahun 2004 diteruskan oleh Razif sebagai MB. Oleh itu menuduh Razif sebagai MB Seberang Takir adalah tidak tepat kerana Razif juga memajukan daerah lain terutamanya Tasik Kenyir di daerah Hulu Terengganu. Malah Razif juga mahu menaiktaraf Zoo Kemaman dengan taman tema air seperti Gambang Theme Park. Jadi menuduh Razif sebagai MB Seberang Takir adalah tuduhan yang tidak berasas.
Sepatutnya Hishamuddin insaf bahawa selama ini beliau makan gaji dengan kerajaan BN sebagai pegawai penempatan dan penghulu tetapi memilih PAS sebagai wadah perjuangannya. Sebagai ADUN Tepuh beliau sepatutnya bangga kerana Razif tidak pilih kasih tetap membangunkan projek mencegah hakisan pantai di dalam DUNnya sedangkan Tanjung Gelam adalah kawasan PAS yang diwakilinya. Ini macam punya wakil rakyat pun ada. Tak tahu bersyukur.
No comments:
Post a Comment