KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri akan menambah baik kaedah permohonan Tabung Darul Iman supaya ia menjadi lebih baik dan memudahkan rakyat membuat permohonan pada tahun depan.
Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Prosedur Operasi Standard (SOP) pada masa ini adalah 5 hari dan kerajaan berhasrat memendekkan lagi tempoh menunggu kelulusan sesuatu permohonan bantuan.
‘Prosedur mohon bantuan hanya memerlukan perakuan perubatan, perakuan pemimpin masyarakat setempat dan saya telah beri SOP dalam masa 5 hari mesti perkara ini selesai.’
‘Jadi saya akan pertingkatkan lagi kalau boleh saya nak dalam masa 3 hari lepas pada ini, dulu saya beri SOP 5 hari jadi kita cuba pertingkatkan tahun depan menjadi 3 hari’.
‘Kita akan tengok apa yang boleh diselesaikan dan akhirnya mungkin pada suatu hari nanti kita boleh buat satu hari atau mungkin dalam masa satu jam sahaja kita boleh buat keputusan’.
‘Kita tahu Orang yang sakit ni dia memerlukan segera keputusan dan tidak boleh lambat ia melibatkan nyawa’.
‘Kita kena pastikan mempermudahkan lagi kaedah (permohonan) lebih efisyen dan berkesan’.
Beliau ditemui pemberita selepas majlis Pelancaran Kempen Sumbangan Derma kepada Tabung Darul Iman di Dewan Besar Wisma Darul Iman hari ini.
Hadir sama Exco Kesihatan, Pembangunan Wanita keluarga dan Masyarakat negeri Roslee Daud dan Pegawai Kewangan Negeri Dato A Rahim Jusoh.
Sumbangan boleh disalurkan ke ke akaun Maybank bernombor 563019258034 atas nama Tabung Darul Iman.
No comments:
Post a Comment