Thursday, February 16, 2017
MB NAFI ADUN BN SERTAI BERSATU
KUALA TERENGGANU 16 Feb. - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menafikan desas-desus kononnya terdapat kalangan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) negeri ini menyertai PPBM seperti yang tular ketika ini.
Ahmad Razif
Katanya, cubaan untuk kembali menghangatkan suasana politik, dan memberikan gambaran tidak menyeangkan kepada rakyat yang begitu mudah dimainkan melalui media sosial wajar dihentikan oleh kalangan yang dikaitkan dengan pembangkang.
Katanya kerajaan negeri tidak ambil peduli soal itu, dan apa yag mustahak ialah meneruskan tanggungjawab dalam memastikan kepentingan rakyat diutamakan.
“Situasi ini sama macam yang disebut Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) bahawa ada menteri kanan akan meletakkan jawatan tetapi tiba-tiba wakil rakyat pembangkang pula yang keluar parti.
“Lain pula jadinya, mungkin juga selepas ini ada lagi dalam kalangan pembangkang yang akan mengikut jejak langkah itu.
“Jadi saya nasihatkan cukup-cukuplah, masing-masing jaga parti masing-masing tanpa perlu provokasi dan mencetuskan keadaan tidak baik kepada rakyat,” katanya ketika diminta mengulas dakwaan tersebut semalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment