Tuesday, August 14, 2018
PERKARA 27 FASA 2 ENAKMEN 1999 BUKAN SAHAJA BOLEH LANTIK WANITA MALAH ORANG CINA SEBAGAI ADUN DILANTIK
KUALA TERENGGANU, 14 Ogos (Bernama) -- Terengganu bakal melantik seorang pemimpin wanita yang setaraf Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi mewakili kepentingan golongan itu dalam persidangan DUN negeri ini.
Yang Dipertua DUN Yahaya Ali berkata ia adalah sebahagian penambahbaikan yang dibuat oleh pentabiran kerajaan negeri PAS memandangkan kini tiada ADUN wanita untuk menyuarakan permasalahan dan kepentingan golongan itu di Terengganu.
Bagaimanapun, terdapat beberapa prosedur undang-undang yang perlu dipatuhi sebelum proses pelantikan itu berlaku dan beliau berharap ia dapat diselesaikan sebelum persidangan DUN akan datang, yang dijadual pada November.
"Pelantikan pemimpin wanita ini adalah seperti lantikan senator di Parlimen di mana mereka tidak bertanggungjawab terhadap rakyat di kawasan yang diwakili. Mereka juga diberi ruang untuk menyertai sesi perbahasan dan sesi soal jawab dalam persidangan DUN.
"Pemimpin wanita dilantik ini bagaimanapun tidak layak mengundi sepertimana 32 ADUN Terengganu yang lain. Selain elaun, ada beberapa keistimewaan yang akan mereka nikmati sebagai ADUN dilantik… ia masih dalam perbincangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus khas bagi ADUN Terengganu di sini,hari ini.
Mengulas lanjut, Yahaya berkata pelantikan ADUN itu sudah termaktub dalam Perkara 27, Fasal 2, Undang-Undang Tubuh negeri Terengganu yang diluluskan ketika era pemerintahan PAS pada 1999 hingga 2004.
"Pelantikan ini perlu mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan seterusnya dikemukakan pada persidangan DUN akan datang selewatnya pada November.
"Selain pelantikan wakil wanita, ada lagi beberapa penambahbaikan yang akan dibuat untuk memastikan DUN Terengganu dapat menjalankan fungsinya sebagai badan legislatif yang berwibawa demi kepentingan rakyat negeri ini," katanya.
Kursus khas itu bertujuan memberi pendedahan kepada semua ADUN terhadap peranan mereka sepanjang persidangan dewan, pengetahuan tentang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan protokol untuk istiadat istana.
Ulasan saya, saya telah ulas isu ini dalam blog ini pada 18 Julai lalu http://todayterengganu.blogspot.com/2018/07/terengganu-boleh-laksanakan-enam-orang.html. Maka saya bersetuju penuh dengan kenyataan Yang Dipertua DUN, Yahaya Ali.
Malah saya menulis bahawa : ketika PAS memerintah Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004 sidang DUN Terengganu telah meluluskan enakmen perlantikan enam orang ADUN. Maka sudah sampai masanya bagi MB melaksanakan enam orang ADUN dilantik itu untuk mewakili kaum cina, kaum india, orang asli, wanita, veteran dan wakil NGO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ReplyDeleteSaya selalu berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan peminjam yang meminjamkan uang tanpa membayar terlebih dahulu.
Jika Anda mencari pinjaman, perusahaan ini adalah semua yang Anda butuhkan. setiap perusahaan yang meminta Anda untuk biaya pendaftaran lari dari mereka.
saya menggunakan waktu ini untuk memperingatkan semua rekan saya INDONESIANS. yang telah terjadi di sekitar mencari pinjaman, Anda hanya harus berhati-hati. satu-satunya tempat dan perusahaan yang dapat menawarkan pinjaman Anda adalah SUZAN INVESTMENT COMPANY. Saya mendapat pinjaman saya dari mereka. Mereka adalah satu-satunya pemberi pinjaman yang sah di internet. Lainnya semua pembohong, saya menghabiskan hampir Rp35 juta di tangan pemberi pinjaman palsu.
Pembayaran yang fleksibel,
Suku bunga rendah,
Layanan berkualitas,
Komisi Tinggi jika Anda memperkenalkan pelanggan
Hubungi perusahaan: (Suzaninvestment@gmail.com)
Email pribadi saya: (Ammisha1213@gmail.com)