PUTRAJAYA, 31 Jan (Bernama) -- Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan berkuatkuasa 1 Januari lepas (2019).
Ia diumumkan dalam satu kenyataan oleh Unit Sekretariat, Bahagian Pemantauan & Penilaian, Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.
Menurut kenyataan itu, di bawah Arahan No 1, 2018 Jentera Penyelarasan Pelaksanaan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (berkuatkuasa 31 Okt, 2018), MTNg telah diwujudkan di setiap negeri sebagai badan utama peringkat negeri yang bertanggungjawab memastikan keputusan Majlis Tindakan Negara (MTN) di peringkat persekutuan dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment