Showing posts with label ahmad said. Show all posts
Showing posts with label ahmad said. Show all posts
Saturday, June 30, 2018
PERWAKILAN KEMAMAN TAK BERANI BUAT PERUBAHAN
KEMAMAN: Bekas MB (2014-2018) Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman gagal mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus. Beliau tewas 43 undi kepada naib ketua bahagian, Apli Yusof.
Apli dapat 465 undi manakala Razif dapat 422 undi. Tetapi lain pula di Kemaman, bekas MB (2008-2014), Datuk Seri Ahmad Said gagal ditumbangkan Mat Dalam Awang.
Ahmad Said dapat 570 undi manakala Mat Dalam dapat 126 undi. Ahmad Said mendapat 81 peratus undi daripada para perwakilan sedangkan Mat Dalam mendapat 19 peratus undi.
Ini adalah kali kedua Mat Dalam mencabar Ahmad Said yang juga ADUN Kijal. Pada tahun 2013, beliau yang bergerak solo mendapat 41 undi. Ini bermakna prestasinya meningkat tiga kali ganda bila berakit dalam "Kemaman Berubah" dengan 126 undi.
Mat Dalam tidak kuat kerana majoriti perwakilan adalah orang Ahmad Said. Jika bekas Naib Ketua Umno Bahagian, Datuk Seri Mohd Rahim Husin menentang Ahmad Said mungkin keputusan pertandingan lebih sengit.
Ramai perwakilan berkata jika Datuk Seri Rahim yang tanding, mereka tidak undi Ahmad Said.
Begitu juga jika timbalan ketua bahagian, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menentang Ahmad Said maka beliau akan beri saingan yang hebat kepada Ahmad Said. Tapi beliau yang kalah kerusi parlimen pada PRU lalu melepaskan jawatan timbalan dan bertanding ahli jawatankuasa bahagian sahaja dengan mendapat undi terbanyak sebanyak 543 undi.
"Kemaman Berubah" sepatutnya dapat 300 undi lebih tetapi ramai perwakilan yang bermuka-muka. Sebab itu semua calon Kemaman Berubah dapat undi yang berbeza-beza. Datuk Mohamad Awang Tera (Pengerusi Tetap) dapat 238 undi, Sazali Idris (Timbalan Pengerusi Tetap) dapat 168 undi, Mat Dalam (ketua) dapat 126 undi, Ahmad Mizani Mohd (naib ketua) dapat 87 undi.
Jika mereka pegang konsep berakit, semua calon patut dapat undi yang sama banyak 238 undi seperti undi Mohamad Awang Tera. Cuma dua orang sahaja dari Kemaman Berubah yang menang ahli jawatankuasa bahagian, Dr Zaki Salleh di tempat keempat (503 undi) dan di tempat nombor 20, Mohamad Ismail (334 undi).
Nampaknya perwakilan Umno Bahagian Kemaman tidak berani berubah. Mereka masih konservatif mengekalkan Ahmad Said sebagai ketua bahagian. Kita tunggu sejauh mana Ahmad Said melaksanakan program untuk menawan tiga kerusi DUN yang tewas dalam masa tiga tahun akan datang.
Tahniah kepada semua pemenang iaitu Ahmad Said (570 undi), Hisham Zubir (407 undi), Ahmad Fikry Ibrahim (475 undi) dan 20 ahli jawatankuasa bahagian, Ahmad Shabery Cheek (543 undi), Mohd Satti Said (534 undi), Mazlan Mamat (515 undi), Dr Zaki Salleh (503 undi),Zaidi Mat (498 undi), Datuk Mustafa Ab Rahman (473 undi), Che Ku Maznah Che Ku Awang (471 undi), Ahmad Zaki Abdullah (464 undi), Kamarizam Harun (463 undi), Jeffri Mohamad (460 undi), Zuhaini Abdul Ghani ((450 undi), Wan Hisham Wan Hamid (442 undi), Malissa Ab Sollah (437 undi), Tuan Kecil Tuan Tengah (436 undi), Faizal Johar (432 undi),Che Wan Mohd Azlizan Che Wan Abu Bakar (432 undi), Abdul Nasir Mohamad (425 undi), Hassan Ali (421 undi), Datuk Ngah Ismail (404 undi) dan Mohamad Ismail (334 undi).
Thursday, June 28, 2018
AHMAD SAID KECEWA TAK JADI MENANG TANPA BERTANDING SABTU INI
KEMAMAN: Usaha Umno Bahagian Kemaman untuk membatalkan pencalonan Mat Dalam Awang dalam pertandingan Ketua Umno Bahagian Sabtu ini gagal.
Strategi itu tidak mengena apabila Mat Dalam sempat menghubungi Jabatan Insolvensi cawangan Terengganu semalam yang mengesahkan bahawa bekas pegawai khas Menteri Besar itu tidak muflis.
Semalam heboh di sekitar Kemaman kononnya ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said telah menang tanpa bertanding Sabtu ini dalam pertandingan ketua bahagian.
Bagi jawatan timbalan pula bekas ADUN Air Putih, Wan Hakim Wan Mokhtar menentang bekas pegawai khas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Hisham Zubir manakala bagi jawatan naib ketua bahagian, bekas ADUN Kemasik, Ir Rosli Othman menentang ketua pemuda, Ahmad Fikry Ibrahim dan bekas ahli jawatankuasa bahagian, Ahmad Mizani Mohd.
Petang ini Umno Bahagian telah mengeluarkan surat baharu yang mengesahkan Mat Dalam layak bertanding menentang Ahmad Said.
Menurut pemerhati politik, sepatutnya Setiausaha Bahagian membuat pengumuman Mat Dalam tidak layak bertanding sebelum pengundian dimulakan. Ini menyebabkan Mat Dalam tidak sempat meminta pengesahan dari Jabatan Insolvensi.
Tetapi oleh kerana ia sudah heboh tiga hari sebelum pengundian maka Mat Dalam sempat meminta pengesahan dari Jabatan Insolvensi bahawa beliau tidak muflis. Ternyata strategi kumpulan Ahmad Said untuk menyekat Mat Dalam bertanding gagal.
Ia seolah-olah satu konspirasi untuk memalukan Mat Dalam Awang yang boleh menarik undi simpati dari para perwakilan yang mengatakan Umno Bahagian tidak sewajarnya memalukan mana mana calon yang menawarkan diri untuk merebut sebarang jawatan dalam bahagian.
Surat tidak layak bertanding Mat Dalam kelmarin pun telah diviralkan kepada semua perwakilan yang membuktikan bahawa pihak Bahagian memang mahu memalukan Mat Dalam.

Wednesday, June 27, 2018
KENAPA AHMAD SAID PERLU DISINGKIR?
KEMAMAN: Para perwakilan Umno Bahagian Kemaman yang bersidang Sabtu ini mempunyai 10 sebab mengapa mereka perlu singkirkan ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said dari jawatan Ketua Umno Bahagian Kemaman.
Beliau ditentang oleh bekas pegawai khas Menteri Besar, Mat Dalam Awang bagi pusingan kedua. Pada pemilihan Umno 2013, Mat Dalam Awang mendapat 41 undi gagal menumbangkan Ahmad Said yang juga Menteri Besar ketika itu. Dapatkah Mat Dalam buat kejutan Sabtu ini dalam suasana ahli Umno mahukan perubahan di seluruh negara? Sama sama kita tunggu.
1. Ahmad Said keluar dari Umno apabila dilucutkan jawatan Menteri Besar Terengganu pada Mei 2014. Kemudian beliau buat u turn dua hari kemudian. Adakah perwakilan mahu kekalkan ketua bahagian yang macam ini yang keluar Umno apabila mengutamakan kepentingan peribadi dari kepentingan parti?
2. Apabila beliau menyertai semula Umno, beliau serahkan semua tugasnya kepada timbalannya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Beliau langsung tidak peduli kepada Umno Bahagian. Adakah orang macam ini mahu dikekalkan sebagai ketua bahagian? Tahun lepas baru beliau muncul dalam persidangan Umno Bahagian Kemaman merasmikan persidangan 2017.
3. Beliau mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman pada persidangan Dewan Undangan Negeri 2016. Adakah wajar ADUN BN buat begitu?
4. Ahmad Said mengkritik terbuka dalam Astro Awani apabila BN umumkan Datuk Mohamad Awang Tera sebagai calon BN bagi DUN Chukai di pejabat Umno Perhubungan. Wajarkah ketua bahagian berbuat demikian?
5. Beliau bersengkokol dengan Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri majlis Nothing To Hide di PWTC mengutuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu 1MDB.
6. Beliau gagal mempertahankan 3 DUN dan satu parlimen dalam bahagian Kemaman pada PRU baru-baru ini. Jika beliau dikekalkan sebagai ketua bahagian, tidak mustahil BN akan dapat 5-0 pada PRU 2023.
7. Beliau seorang menang di DUN Kijal tetapi beliau hanya menang di Seri Bandi sedangkan di kampungnya sendiri Teluk Kalong beliau kalah. Ini bermakna majoriti rakyat sudah menolaknya.
8. Selagi Umno Bahagian Kemaman tidak berubah selagi itu BN takkan dapat merampas tiga kerusi DUN dan parlimen Kemaman pada PRU akan datang.
9. Jika BN menang semula pada PRU 2023, beliau akan mengamalkan semula kronisme dan nepotisme dalam pembahagian projek kepada kontraktor-kontraktor di daerah Kemaman.
10. Jika Ahmad Said menang, Umno Bahagian Kemaman lesu tiada program kerana selama ini beliau bergantung kepada ahli parlimen yang juga menteri memberi kewangan menghidupkan cawangan-cawangan Umno.
Tuesday, June 26, 2018
SPRM TAK PANGGIL PUN, PERGI JUGA. MACAM MACAM CARA CARI PUBLISITI MENJELANG PEMILIHAN UMNO
PUTRAJAYA, 26 Jun (Bernama) -- Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said hari ini memberi keterangan secara sukarela bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau tiba di SPRM kira-kira 9.30 pagi menaiki kereta Audi dan ditemani oleh seorang lelaki yang merupakan anggota keluarganya.
Pada Mei lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu bersedia memberi keterangan berhubung kes yang dikaitkan dengan dakwaan salah laku melibatkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
1MDB bermula sebagai Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu (TIA), iaitu sebuah tabung kekayaan berdaulat yang bertujuan memberi pembangunan ekonomi kepada negeri Terengganu untuk jangka masa panjang dan melestarikan sosio-ekonomi rakyat negeri itu secara amnya.
Ia ditubuhkan pada 2008 dan kemudiannya bertukar taraf kepada koperasi perbadanan diberi nama 1MDB pada Januari 2009.
Sunday, May 13, 2018
AHMAD SAID BIMBANG MASA DEPAN PENDUDUK KEMAMAN
KEMAMAN, 13 Mei (Bernama) -- Bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata UMNO kini berada dalam keadaan tenat dan sebahagian besar anggotanya merasakan parti tersebut telah berada di penghujung jalan dan sukar untuk bangkit semula selepas rakyat menolak Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Beliau berkata pengunduran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN dianggap terlewat kerana bekas perdana menteri itu sebenarnya sudah maklum kemerosotan sokongan rakyat terhadap BN sebelum PRU14.
"Pengunduran Najib dari parti adalah satu tindakan yang agak lewat kerana kita dapati setelah beliau melihat suasana politik di Malaysia ketika itu beliau sepatutnya mengambil keputusan mengundurkan diri lebih awal sebelum pilihan raya.
"Sebab Tun Dr Mahathir Mohamad (Perdana Menteri kini) telah mengeluarkan kenyataan sekiranya Najib tidak mengundurkan diri bermakna BN akan kalah dan kita nampak itu yang berlaku," katanya kepada pemberita ketika mengulas pengunduran Najib dari parti di kediamannya di Telok Kalong, di sini hari ini.
"Bila ada tanda-tanda penentangan dan orang tak perlukan sepatutnya biar kita berundur lebih awal... sekarang nasi dah jadi bubur bukan mudah untuk bangkit kembali setelah apa yang berlaku," katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Kemaman.
Ahmad berkata UMNO Bahagian Kemaman bimbang mengenai masa depan penduduk Kemaman terutama penyokong-penyokong BN apabila beliau sahaja menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, pada PRU14, 9 Mei lalu.
Katanya, beliau kini memikirkan daripada mana sumber atau peruntukan yang dapat diberikan kepada rakyat Kemaman selepas BN kini bukan lagi kerajaan yang memerintah.
"Dulu pada tahun 1999 kita kalah pada kerajaan negeri (PAS) tetapi kerajaan pusat masih kita (BN) yang memerintah dan kerajaan pusat masih menyalurkan peruntukan dan sebagainya (kepada rakyat Terengganu dan Kemaman).
"Tapi hari ini kita kalah dengan kerajaan negeri dan kerajaan pusat (Pakatan Harapan) ... di mana tempat untuk kita bergantung untuk mendapatkan peruntukan," katanya.

Friday, April 27, 2018
AKHIRNYA AHMAD SAID TERIMA MOHAMAD AWANG TERA SEBAGAI CALON CHUKAI
CHUKAI: Akhirnya Ketua Umno Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Said menerima Datuk Mohamad Awang Tera sebagai calon BN bagi DUN Chukai.
Malam tadi berucap di majlis pertandingan Muay Thai di sini Ahmad yang juga calon BN bagi DUN Kijal berkata beliau memberi sokongan penuh kepada Mohamad Awang Tera sebagai calon BN di Chukai.
"Saya menyeru kepada semua pengundi Chukai memilih beliau sebagai wakil rakyat Chukai," katanya dalam ucapan ringkas. Mohamad turut hadir di majlis tersebut.
Ahad lalu selepas pengumuman calon BN Terengganu di kediaman rasmi Menteri Besar, Ahmad Said telah meluahkan rasa kecewa kerana BN memilih Mohamad Awang Tera sebagai calon Chukai. Menurutnya beliau tidak layak bertanding kerana dikatakan sabotaj calon BN, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Hamid pada PRU13.
Luahan bekas Menteri Besar Terengganu itu dalam Astro Awani telah menyebabkan video itu disebar secara meluas oleh para penyokong PAS. Ini menimbulkan tanda tanya kerana inilah kali pertama calon BN menyerang calon BN yang lain secara terbuka tetapi BN masih mengekalkan Ahmad Said sebagai calon Kijal.
Kami difahamkan selepas pengumuman calon, puak Umno Bahagian Kemaman telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan Mohamad Awang Tera digantikan oleh Ketua Pemuda Bahagian, Fikri Ibrahim atau Bulat.
Tetapi wakil Umno Bahagian Kemaman yang menghantar memorandum itu diusir oleh pegawai Perdana Menteri yang menegaskan tiada pertukaran sebarang calon sebelum hari penamaan calon. Terkejut dengan tindakan pegawai Perdana Menteri, Ahmad Said telah membuat u turn dengan menyokong dan menerima Mohamad sebagai calon BN bagi DUN Chukai.
Andainya Mohamad kalah di DUN Chukai, adakah Ahmad Said akan dipersalahkan kerana video Astro Awani adalah bukti kukuh Ahmad Said mensabotaj calon BN? Oleh itu sokongan Ahmad Said kepada Mohamad belum lagi terlambat jika benar penyokong Ahmad Said ikhlas menyokong calon BN. Jangan dibibir sokong tetapi di belakang buat yang bertentangan pula.
Oleh itu kita sokong puak Ahmad Said bersatu semula dengan puak Mohamad Awang Tera demi merampas kembali kerusi BN bagi DUN Chukai. Selamat berjaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)