KUALA TERENGGANU : Penolong Pengarah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Malaysia, Encik Zahari Mat merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Negeri kerana memperuntukkan RM1.6 juta bagi membina gelanggang silat di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu.
Katanya, pembinaan Gelanggang Silat ini dapat menyemarakkan budaya seni mempertahankan diri di kalangan masyarakat terutama dalam bidang silat.
"Semestinya, orang-orang seni budaya terutama dalam bidang seni budaya ilmu persilatan menyambut baik pengumuman yang bermakna ini dari Menteri Besar Terengganu" katanya kepada Today Terengganu.
Showing posts with label silat. Show all posts

Tuesday, March 28, 2017
Thursday, February 2, 2017
ANAK KEMAMAN JUARA SILAT ANTARABANGSA
KEMAMAN: Muhammad Shahmiel Ashraf Zulkhairi, 17 tahun, anak Kemaman menjuarai kejohanan silat dalam Karnival Tempur Seni Bela Diri Antarabangsa 2017 yang diadakan di Besut, Terengganu minggu lepas.
Karnival itu disertai oleh kelab-kelab silat seluruh Malaysia dan kelab silat dari Thailand. Manakala negara lain seperti Indonesia. Brunei, Filipna tidak hadir kerana mereka bimbang terperangkap dengan banjir.
Anak kelahiran Kemasik ini sedang belajar di tingkatan lima di Sekolah Menengah Chukai di sini. Beliau yang meminati silat olahraga sejak di tingkatan satu lagi mendapat dorongan daripada Cikgu Nisfu Jusoh.
Di Besut minggu lepas, beliau menang pingat emas putra D mengalahkan pesilat dari Thailand. Beliau juga diumumkan sebagai pesilat terbaik. Sehingga ini beliau telah menyertai lima pertandingan silat.
Ayahnya Zulkhairi yang berasal dari Kemasek bekerja sendiri manakala ibunya pengusaha kantin di Sekolah Menengah Badrul Alam Shah, Kemasik.
Shahmiel yang juga anak ketiga dari lima adik beradik bercita cita menjadi seorang usahawan dan beliau berharap dapat mewakili negara dalam silat olahraga.
"Terima kasih kepada ayah saya yang banyak beri sokongan untuk saya teruskan menceburi bidang silat olahraga," katanya yang mengucapkan penghargaan kepada Cikgu Nisfu dan jurulatihnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)