PUTRAJAYA, 8 Nov (Bernama) -- Sebanyak 256 bot nelayan asing disita sepanjang tahun lepas dan sehingga kini kerana menceroboh perairan negara, melibatkan nilai rampasan berjumlah RM180 juta, kata Ketua Pengarah Perikanan Datuk Munir Mohd Nawi.
Bot dari Vietnam merupakan yang tertinggi direkodkan menceroboh perairan negara, malah 55 peratus daripadanya adalah kes berulang, melibatkan bot yang sama, katanya.
"Walaupun penguatkuasaan kita hanya terhad kepada jarak 12 batu nautika dari kawasan pantai tetapi maklumat yang dikongsi hasil penggunaan Sistem Pemantauan Kapal (VMS) banyak membantu APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) dan Pasukan Polis Marin dalam menguatkuasakan peraturan seperti menahan bot asing yang berada di perairan negara," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Dalam menangani isu ketirisan sumber laut, Munir berkata Jabatan Perikanan telah melaksanakan program pemutihan bot laut dalam dan sehingga kini sebanyak 472 bot telah dibatalkan lesen kerana melanggar Akta Perikanan 1985.
Jabatan itu turut mengetatkan syarat-syarat pelesenan yang mana setiap bot laut dalam yang menggunakan pukat tunda dan pukat jerut perlu mendaratkan minimum 250 tan metrik ikan setahun, dan jika gagal, permohonan memperbaharui lesen akan ditolak, katanya.....
Wednesday, November 8, 2017
Tuesday, November 7, 2017
DURIAN CATAT CARIAN TERTINGGI DALAM ALIBABA.COM
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Buah durian dan produk berasaskan durian merupakan antara carian tertinggi di dalam laman e-dagang Alibaba.com oleh pengguna negara China ketika ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan sedang meneliti langkah mengeksport durian dalam bentuk buah kerana ketika ini durian yang dieksport sudah dikupas dan dalam produk berasaskan ''cookies'' dan kuih yang mempunyai perisa buah itu.
"Kalau dilihat dalam carian yang tertinggi dalam Alibaba.com oleh pengguna dari negara China, segala perkara tentang durian adalah carian nombor satu dalam portal itu.
"Kementerian Asas Tani sebenarnya sedang mengadakan perbincangan dan tidak lama lagi kita akan tahu bagaimana kita boleh eskport durian dengan lebih mudah," katanya dalam sesi Pertanyaan- Pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Ahmad menjawab soalan tambahan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) yang ingin tahu sejauh manakah kerajaan menyediakan sistem eskport secara besar-besaran buah durian bagi memudahkan mereka menanam secara ladang.

Monday, November 6, 2017
SKMM SIASAT 269 KES AKTA 588 SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2017
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat sejumlah 269 kes merangkumi pelbagai kesalahan menerusi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) sepanjang Januari hingga 30 Sept lalu.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari berkata daripada jumlah tersebut sebanyak 146 kes telah disiasat mengikut Seksyen 233 akta tersebut.
"Sebanyak 56 kertas siasatan telah dibuka dan akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan pendakwaan dan selebihnya masih dalam siasatan," katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Dr Ismail Daut (BN-Merbok) yang ingin tahu jumlah kes kesalahan bawah Akta 588 yang tercatat sepanjang tahun ini dan sama ada kerajaan bercadang untuk menambah baik akta itu.
Beliau berkata buat masa ini kerajaan berpandangan undang-undang sedia ada bawah Akta 588 mencukupi bagi menangani kesalahan yang berlaku dalam industri komunikasi dan multimedia terutamanya berkaitan penyalahgunaan internet dan media sosial.
Jailani berkata sekiranya terdapat kekangan bidang kuasa oleh SKMM, tindakan sewajarnya masih boleh diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada agensi penguatkuasaan yang lain.
Katanya, antara peruntukan undang-undang tersebut termasuk Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan, Akta Fitnah 1957, Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Jenayah Komputer 1997.
"Semua aduan yang diterima akan disusuli tindakan pihak SKMM, melibatkan tindakan penguatkuasaan bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, notis amaran, nasihat, serta tindakan merujuk kepada agensi penguatkuasaan yang lain untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang yang berkaitan," katanya.
-- BERNAMA

Sunday, November 5, 2017
HANYA 10 PERATUS TANGKAP IKAN SEHINGGA 200 BATU NAUTIKA
KUALA TERENGGANU, 5 Nov (Bernama) -- Hanya 10 peratus daripada 340 bot laut dalam di Pantai Timur menjalankan aktiviti menangkap ikan di kawasan perairan sejauh 100 hingga 200 batu nautika di Laut China Selatan, pada masa ini.
Ketua Pengarah Perikanan Datuk Munir Mohd Nawi berkata baki 90 peratus pengusaha bot laut dalam pula hanya menangkap ikan sekitar 30 hingga 100 batu nautika di perairan berkenaan.
"Terdapat 190 pengusaha bot laut dalam berpangkalan di Tok Bali, Kelantan; 90 di Chendering, Kuala Terengganu dan 60 di Kuantan, Pahang.
"Ketiadaan bot laut dalam tempatan di lokasi kaya dengan sumber ikan pelagik ini menyebabkan nelayan asing mengambil kesempatan menangkap ikan di situ seperti yang sering dilaporkan media sejak akhir-akhir ini,"katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-25 Jabatan Perikanan dan Pusat Pembangunan Perikanan Asia Tenggara (SEAFDEC)/Jabatan Pengurusan dan Pembangunan Sumber Perikanan Marin (MFRDMD), di sini hari ini.
Beliau, bagaimanapun berkata Jabatan Perikanan sedia maklum dengan kekhuatiran dihadapi pengusaha bot laut dalam tempatan untuk menangkap ikan di kawasan 100 batu nautika ke atas di perairan tersebut.
"Mungkin di segi keselamatan untuk mereka pergi ke kawasan yang sejauh itu di tambah pula ancaman kehadiran bot nelayan asing, jadi mereka lebih selesa menangkap ikan sekitar 30 hingga 80 batu nautika sahaja ketika ini.
"Tetapi, pada masa ini dengan adanya agensi-agensi penguatkuasa, saya percaya keselamatan nelayan kita agak terjamin, itu saya yakin,"katanya.
Mengulas lanjut, Munir berkata kerajaan sudah memperkenalkan garis panduan pembinaan bot perikanan moden sebagai usaha memacu industri perikanan laut dalam negara bagi mencapai piawaian antarabangsa.
"Bagi meningkatkan keupayaan bot nelayan tempatan perlu ada beberapa kriteria antaranya bot itu mesti lebih selesa, mempunyai bekalan makanan dan minyak yang cukup, dilengkapi ciri-ciri keselamatan canggih serta alat komunikasi untuk kemudahan mereka.
"Apabila kriteria ini dipenuhi, sudah pasti pengusaha bot laut dalam serba moden ini nanti sanggup pergi menangkap ikan di kawasan lebih banyak sumber marin seterusnya meningkatkan jumlah pendaratan ikan dalam negara,"katanya.
Bot moden diperbuat daripada keluli itu berharga antara RM4 dan RM5 juta berbanding harga bot konvensional yang diperbuat daripada kayu ketika ini, berharga RM1 hingga RM3 juta.
Setakat ini, hanya sebuah bot laut dalam diperbuat daripada keluli beroperasi di Sarawak, manakala 1,190 pengusaha lain yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan masih menggunakan bot konvensional.
Ditanya mengenai pengusaha tempatan memberikan lesen operasi bot laut dalam mereka kepada nelayan asing, Munir berkata pihaknya telah membatalkan 472 lesen di seluruh negara sejak 2015 berikutan kesalahan tersebut.

Saturday, November 4, 2017
LIM KIT SIANG DIGESA JELASKAN PENDIRIAN PAKATAN HARAPAN TERHADAP BUGIS
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Pemimpin DAP Lim Kit Siang digesa menjelaskan pendirian Pakatan Harapan berhubung kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan bangsa Bugis pada perhimpunan pembangkang baru-baru ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata oleh kerana Dr Mahathir ialah pengerusi Pakatan, berdiam diri bukan satu pilihan kerana rakyat perlu tahu akan pendirian Kit Siang berhubung perkara itu.
"Tindakan Kit Siang berdiam diri boleh dianggap sebagai bersetuju dengan Dr Mahathir bahawa bangsa Bugis ialah lanun dan terdapat lebih daripada seorang Raja yang berasal daripada keturunan Bugis," katanya dalam catatan di blog beliau.
Menteri itu menegaskan sementara Barisan Nasional mengutuk kenyataan Dr Mahathir yang menghina bangsa Bugis itu, pendirian Pakatan Harapan dilihat tidak jelas.
''Oleh itu Kit Siang perlu tampil dan menjelaskan pendirian Pakatan,'' kata Salleh.
Beberapa pihak yang mewakili masyarakat Bugis di Malaysia sebelum ini turut mendesak supaya Dr Mahathir membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataan yang dibuatnya pada perhimpunan parti pembangkang di Petaling Jaya pada 14 Okt lepas.
Dewan Diraja Selangor dalam kenyataan pada Khamis lepas berpandangan siasatan serta tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948 atau apa juga undang-undang berkaitan wajar diambil terhadap Dr Mahathir.

Friday, November 3, 2017
LEBIH SEPARUH BAJET KKLW UNTUK RAKYAT SABAH DAN SARAWAK
PUTRAJAYA, 3 Nov (Bernama) -- Lebih separuh atau 52.50 peratus daripada RM3.689 bilion jumlah keseluruhan peruntukan pembangunan yang diberikan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dalam Bajet 2018 akan dinikmati penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak.
Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dengan anggaran peruntukan pembangunan untuk Sabah dan Sarawak, masing-masing sebanyak RM927.635 juta (23.98 peratus) dan RM1.103 bilion (28.52 peratus), bakinya pula adalah untuk bajet pembangunan 11 negeri di Semenanjung.
"Jadi bermakna secara purata tidak sampai lima peratus bajet pembangunan diberikan kepada setiap negeri di Semenanjung, sekali gus menafikan dakwaaan pembangkang yang menyatakan bahawa kerajaan tidak memberi perhatian kepada pembangunan di Sabah dan Sarawak," katanya pada sidang media khas Bajet 2018 di sini hari ini.
Jelasnya hampir RM500 juta daripada RM934 juta keseluruhan peruntukan untuk projek jalan luar bandar diberikan kepada Sabah dan Sarawak; dan kedua-dua negeri itu juga menerima RM620 juta peruntukan bekalan elektrik luar bandar serta RM420 juta diperuntukkan untuk bekalan air luar bandar.
"Ada di antaranya adalah untuk projek sambung iaitu sebanyak 472 projek dan 178 adalah projek baharu," katanya.

Thursday, November 2, 2017
"SUCCESS STORY" ANAK TERENGGANU DI BELANDA
ZOETERMEER, BELANDA – Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman merasmikan pusat fisioterapi milik anak Terengganu yang dibuka di bandar Zoetermeer, di sini semalam.
Pusat fisioterapi Corpus Medicus itu dimiliki oleh Tengku Hazwan Tengku Hassan yang juga merupakan anak kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar.
Ia adalah satu kejayaan kepada negeri Terengganu yang membanggakan kerana anak Terengganu berjaya menempa nama di bumi Eropah.
Hadir sama dalam majlis itu isteri Menteri Besar Toh Puan Seri Halina Zakaria dan Tengku Hassan bersama isteri.
Ahmad Razif yang dipetik dalam laman Facebooknya mengucapkan tahniah kepada Hazwan di atas pembukaan pusat kesihatan tersebut.
Kejayaan ini wajar menjadi pendorong kepada rakyat Terengganu yang lain untuk melakar lebih banyak Success Stories (cerita kejayaan) di peringkat dunia seterusnya mengharumkan nama Terengganu dan Malaysia (dipetik dari Terengganu Times)
Subscribe to:
Posts (Atom)