PUTRAJAYA, 8 Nov (Bernama) -- Sebanyak 256 bot nelayan asing disita sepanjang tahun lepas dan sehingga kini kerana menceroboh perairan negara, melibatkan nilai rampasan berjumlah RM180 juta, kata Ketua Pengarah Perikanan Datuk Munir Mohd Nawi.
Bot dari Vietnam merupakan yang tertinggi direkodkan menceroboh perairan negara, malah 55 peratus daripadanya adalah kes berulang, melibatkan bot yang sama, katanya.
"Walaupun penguatkuasaan kita hanya terhad kepada jarak 12 batu nautika dari kawasan pantai tetapi maklumat yang dikongsi hasil penggunaan Sistem Pemantauan Kapal (VMS) banyak membantu APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) dan Pasukan Polis Marin dalam menguatkuasakan peraturan seperti menahan bot asing yang berada di perairan negara," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Dalam menangani isu ketirisan sumber laut, Munir berkata Jabatan Perikanan telah melaksanakan program pemutihan bot laut dalam dan sehingga kini sebanyak 472 bot telah dibatalkan lesen kerana melanggar Akta Perikanan 1985.
Jabatan itu turut mengetatkan syarat-syarat pelesenan yang mana setiap bot laut dalam yang menggunakan pukat tunda dan pukat jerut perlu mendaratkan minimum 250 tan metrik ikan setahun, dan jika gagal, permohonan memperbaharui lesen akan ditolak, katanya.....
Showing posts with label munir. Show all posts

Wednesday, November 8, 2017
Sunday, November 5, 2017
HANYA 10 PERATUS TANGKAP IKAN SEHINGGA 200 BATU NAUTIKA
KUALA TERENGGANU, 5 Nov (Bernama) -- Hanya 10 peratus daripada 340 bot laut dalam di Pantai Timur menjalankan aktiviti menangkap ikan di kawasan perairan sejauh 100 hingga 200 batu nautika di Laut China Selatan, pada masa ini.
Ketua Pengarah Perikanan Datuk Munir Mohd Nawi berkata baki 90 peratus pengusaha bot laut dalam pula hanya menangkap ikan sekitar 30 hingga 100 batu nautika di perairan berkenaan.
"Terdapat 190 pengusaha bot laut dalam berpangkalan di Tok Bali, Kelantan; 90 di Chendering, Kuala Terengganu dan 60 di Kuantan, Pahang.
"Ketiadaan bot laut dalam tempatan di lokasi kaya dengan sumber ikan pelagik ini menyebabkan nelayan asing mengambil kesempatan menangkap ikan di situ seperti yang sering dilaporkan media sejak akhir-akhir ini,"katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-25 Jabatan Perikanan dan Pusat Pembangunan Perikanan Asia Tenggara (SEAFDEC)/Jabatan Pengurusan dan Pembangunan Sumber Perikanan Marin (MFRDMD), di sini hari ini.
Beliau, bagaimanapun berkata Jabatan Perikanan sedia maklum dengan kekhuatiran dihadapi pengusaha bot laut dalam tempatan untuk menangkap ikan di kawasan 100 batu nautika ke atas di perairan tersebut.
"Mungkin di segi keselamatan untuk mereka pergi ke kawasan yang sejauh itu di tambah pula ancaman kehadiran bot nelayan asing, jadi mereka lebih selesa menangkap ikan sekitar 30 hingga 80 batu nautika sahaja ketika ini.
"Tetapi, pada masa ini dengan adanya agensi-agensi penguatkuasa, saya percaya keselamatan nelayan kita agak terjamin, itu saya yakin,"katanya.
Mengulas lanjut, Munir berkata kerajaan sudah memperkenalkan garis panduan pembinaan bot perikanan moden sebagai usaha memacu industri perikanan laut dalam negara bagi mencapai piawaian antarabangsa.
"Bagi meningkatkan keupayaan bot nelayan tempatan perlu ada beberapa kriteria antaranya bot itu mesti lebih selesa, mempunyai bekalan makanan dan minyak yang cukup, dilengkapi ciri-ciri keselamatan canggih serta alat komunikasi untuk kemudahan mereka.
"Apabila kriteria ini dipenuhi, sudah pasti pengusaha bot laut dalam serba moden ini nanti sanggup pergi menangkap ikan di kawasan lebih banyak sumber marin seterusnya meningkatkan jumlah pendaratan ikan dalam negara,"katanya.
Bot moden diperbuat daripada keluli itu berharga antara RM4 dan RM5 juta berbanding harga bot konvensional yang diperbuat daripada kayu ketika ini, berharga RM1 hingga RM3 juta.
Setakat ini, hanya sebuah bot laut dalam diperbuat daripada keluli beroperasi di Sarawak, manakala 1,190 pengusaha lain yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan masih menggunakan bot konvensional.
Ditanya mengenai pengusaha tempatan memberikan lesen operasi bot laut dalam mereka kepada nelayan asing, Munir berkata pihaknya telah membatalkan 472 lesen di seluruh negara sejak 2015 berikutan kesalahan tersebut.
-- BERNAMA

Subscribe to:
Posts (Atom)