KUALA TERENGGANU, 31 Dis (Bernama) -- Sultan Terngganu Sutan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan pelancaran Visit Beautiful Terengganu 2017 sempena Tahun Melawat Terengganu 2017 (TMT 2017) di Duyong Marina Resort di sini, malam tadi.
Turut berangkat hadir ialah Sultanah Nur Zahirah.
Baginda berdua diiringi Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdl Rahman dan isteri Toh Puan Halina Zakaria.
Sempena perasmian itu, pertunjukan bunga api dilakukan di muara sungai Terengganu selain persembahan percikan air berwarna-warni. Sementara itu, Ahmad Razif berkata industri pelancongan Terengganu mempunyai potensi yang amat besar untuk dimajukan.
"Kejayaan industri ini boleh menjadi penampan kepada keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu selain turun naik harga minyak di pasaran global.
"Industri pelancongan adalah industri yang saling berkait. Sifatnya yang 'menjalin hubungan' antara sesama manusia dan antara manusia dengan alam, meletakkan industri ini sebagai industri yang menjanjikan banyak peluang jayadiri untuk rakyat," katanya semasa berucap pada majlis itu.
Menurutnya kerajaan negeri yakin penganjuran TMT 2017 bakal memberikan impak positif kepada kerajaan serta peniaga, pemandu teksi, pengusaha restoran dan pengusaha hotel di negeri ini.
-- BERNAMA
Saturday, December 31, 2016
RATING TERTINGGI BAGI DISEMBER 2016
Selamat Tahu Baru 2017 dan posting "Warkah wasiat Raja Haji wajar dibukukan" mendapat rating tertinggi sebanyak 211 hits untuk bulan Disember 2016. 10 rating tertinggi bagi bulan tersebut ialah:-
1. Warkah wasiat Raja Haji wajar dibukukan (2 disember)
2. Kemamang Kite tutup tirai 2016 dengan gotong royong mega (30 disember)
3. Anak MB antara pelajar cemerlang PT3 (19 disember)
4. YPK hanya terima 2,0000 permohonan insentif kelahiran bayi (16 disember)
5. Mencari keturunan Daeng Menampuk (19 disember)
6. MOU pembangunan semula Komples Bazar Warisan ditandatangani (14 disember)
7. Majlis kesyukuran jadi majlis tahlil (25 disember)
8. Operasi mencari paraglider hilang dihentikan (17 disember)
9. Razif terima semula Dato Seri (8 Disember)
10. SUK melawat mangsa banjir (26 disember)

Friday, December 30, 2016
KEMAMANG KITE TUTUP TIRAI 2016 DENGAN GOTONG ROYONG MEGA
CHUKAI: Grup whatsapp Kemamang Kite (KK) yang diketuai penaungnya Datuk Mohamad Rahim Hussin yang ditubuhkan empat bulan lepas menutup tirai tahun 2016 dengan mengadakan gotong royong mega memindahkan dua orang keluarga dhaif ke flat Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPK) di Geliga semalam.
Seramai 120 orang ahli grup whatsapp berkenaan menyertai gotong royong tersebut. Ia bermula dengan Cikgu Zainudin yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail mencari daun keladi di tepi sebuah pondok buruk di Gong Limau. Terkejut melihat kedaifan dua keluarga Morhazlan Mohd Aripin dan Mohd Fauzan Abdullah, Cikgu Zainudin melaporkan kepada kawannya yang merupakan ahli grup whatsapp KK.
Kawannya terus pergi melawat pondok tersebut dan melaporkannya dalam KK. Pada malamnya admin KK, Mat Dalam Awang bersama kawan Cikgu Zainudin terus memberi bantuan kepada dua keluarga tersebut.
Dari sinilah KK memikirkan bagaimana mahu membantu keluarga tersebut dan rundingan terus dibuat dengan YPK untuk memindahkan mereka ke Desa Keluarga YPK yang menjadi kenyataan semalam.
Datuk Mohamad Rahim yang menjadi pencetus kepada penubuhan Kumpulan Whatsapp berkenaan ketika bercakap kepada pemberita memberitahu, beliau mengambil inisiatif itu bagi membantu meringankan beban keluarga berkenaan.
“Walaupun kita hanyalah sebuah kumpulan whatsapp, namun bagi kita apa yang kita laksanakan ini sebagai satu tanggungjawab sosial terhadap masyarakat setempat.
“Alhamdulilllah, kami bekerja dalam satu pasukan dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan ini,” katanya yang juga bekas Naib Ketua Umno Bahagian Kemaman.
Thursday, December 29, 2016
PERUNTUKAN SEGERA UNTUK ATASI HAKISAN PANTAI TANJUNG GELAM
KUALA TERENGGANU, 29 Dis (Bernama) -- Kerajaan negeri Terengganu semalam mengumumkan peruntukan segera RM1.2 juta bagi mengatasi masalah hakisan di Pantai Tanjung Gelam dekat Kuala Nerus yang berlaku lewat petang semalam.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata ia adalah penyelesaian jangka masa pendek bagi meminimumkan kesan kemusnahan akibat hakisan ombak besar di sepanjang pantai berkenaan.
"Kita sudah ada peruntukan daripada kerajaan pusat sebanyak RM40 juta untuk penyelesaian jangka masa panjang, namun ia masih dalam proses kajian dan reka bentuk pemecah ombak yang sesuai agar hakisan tidak berlaku lagi di pantai itu.
"Apa yang telah dilaksanakan di pantai Tok Jembal sekitar Universiti Malaysia Terengganu dan Teluk Ketapang nampaknya berjaya meminimumkan kesan hakisan kawasan di kedua-dua pantai itu.
"Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mencadangkan agar dua pemecah ombak juga dibina di Pantai Tanjung Gelam.
"Namun, JPS perlu melakukan kajian itu dengan terperinci dan lebih berhati-hati agar apabila siap kelak, ia tidak memberi kesan kepada pantai di sekitar Batu Rakit pula," katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek penyambungan terakhir Jambatan Pulau Sekati, di sini hari ini.
Ombak besar yang berlaku lewat petang semalam menyebabkan kerosakan jalan di kampung Tanjung Gelam selain merosakkan sebahagian beberapa rumah di kampung tersebut.
Ahmad Razif berkata secara keseluruhannya, kerajaan pusat menyalurkan peruntukan RM90 juta bagi mengatasi masalah hakisan di Pantai Tok Jembal, Teluk Ketapang dan Tanjung Gelam.
"Selain itu, Jabatan Kerja Raya juga ada peruntukan RM30 juta, jadi nilai keseluruhannya ialah RM120 juta.
"Kerajaan negeri berharap peruntukan segera RM1.2 juta itu dapat membantu menyelesaikan masalah hakisan di Tanjung Gelam sementara JPS melantik kontraktor untuk pembinaan dua benteng pemecah ombak sebagai penyelesaian jangka masa panjang," katanya.

Wednesday, December 28, 2016
BR1M WAJAR DITERUSKAN
KUALA TERENGGANU, 28 Dis (Bernama) -- Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) wajar diteruskan kerana ia memberi banyak kebaikan kepada golongan sasar serta membantu pertumbuhan ekonomi setempat.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata beliau kecewa dengan tuduhan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya pemberian BR1M adalah rasuah kepada rakyat.
"Itu pandangan beliau, kita rasa amat kecewa kerana sebagai bekas pemimpin utama negara, takkan tak boleh bezakan antara rasuah dan pemberian kerajaan," katanya.

Tuesday, December 27, 2016
JPJ ADAKAN LAGI OPS JALAN DARI 30 DISEMBER HINGGA 2 JANUARI
KUALA TERENGGANU, 27 Dis (Bernama) -- Sebanyak 573 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu kepada pemandu atas pelbagai kesalahan sepanjang dua hari Ops Jalan bermula Sabtu lepas.
Pengarahnya, Abdul Rahman Emang Anyie berkata JPJ tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas kepada pemandu yang masih melakukan kesalahan utama seperti menggunakan lorong kecemasan serta memandu secara berbahaya.
"Operasi sama ini akan diadakan lagi pada 30 Dis hingga 2 Jan," katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam bersama pengamal media di sini, semalam.
Mengambil maklum akan kekerapan kes kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), beliau berkata JPJ akan terus mempertingkatkan rondaan di lebuh raya berkenaan.
Di samping itu katanya pemeriksaan terhadap pemandu bas di terminal bas di seluruh negeri turut diperhebatkan sepanjang masa bagi memastikan kemalangan jalan raya yang melibatkan pengangkutan awam tidak berlaku.
"Operasi kita bukan bermusim sebaliknya berterusan jadi orang ramai perlu sentiasa berhati-hati serta bertanggungjawab semasa pemanduan," katanya.

Monday, December 26, 2016
SUK MELAWAT MANGSA BANJIR
KUALA TERENGGANU, 26 Dis (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di daerah Kemaman meningkat kepada 63 orang daripada 17 keluarga setakat pukul 12 tengah hari ini berbanding 46 orang daripada 13 keluarga malam tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi aplikasi Info Banjir, kesemua mangsa ditempatkan di tiga buah pusat pemindahan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SKM) Badrul Alam Shah, Kemasik, Balai Raya Kampung Padang Kemunting dan Balai Raya Kampung Batu 9, Ibok.
"Seramai 26 mangsa daripada lapan keluarga dipindahkan ke SMK Badrul Alam Shah, Kemasik, 16 mangsa daripada tiga keluarga dipindahkan ke Balai Raya Kampung Padang Kemunting, dan 21 mangsa daripada enam buah keluarga dipindahkan ke Balai Raya Kampung Batu 9, Ibok," kata kenyataan tersebut.

Subscribe to:
Posts (Atom)