KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar digesa memecat Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPK), Haji Shafaruddin Mustafa kerana menjadikan YPK sebagai ejen berkempen untuk BN pada PRU baru-baru ini.
Gesaan itu dibuat dalam banyak whatsapp grup yang sedang ditularkan sekarang. Watsapp grup itu memberi 12 sebab kenapa Pengarah YPK itu perlu dipecat.
Pada tahun 1999 apabila PAS menawan Terengganu, kontrak Pengarah YPK ketika itu, Datuk Haji Azman Muda ditamatkan dan kerajaan PAS menghantar Ustaz Ismail Dagang sebagai Pengarah YPK yang baru. Selepas kontrak Ustaz Ismail selama dua tahun berakhir, beliau digantikan oleh Haji Mohamad Muda.
Apabila BN merampas semula kerajaan negeri pada tahun 2004, Haji Shafaruddin dilantik Pengarah YPK hinggalah sekarang yang menyebabkan majoriti kakitangan YPK tidak puas hati dengan cara pengurusan beliau.
12 sebab salah laku Haji Shafaruddin yang diberikan adalah seperti berikut:-
1. Meluluskan pinjaman Program Jaya Diri (PJD) sebanyak RM20,000.00 dengan mudah kepada kroni-kroninya biarpun projek yang dilaksanakan mereka kelam-kabut.
2. Meluluskan penyewaan Flat Desa Keluarga kepada geng beliau orang Chendering tetapi kalau orang luar nak sewa tak diluluskan. Tunggakan sewa dari penyewa orang Chendering tidak diambil tindakan.
3. Memanggil kakitangan YPK suruh jumpa dengan calon BN Batu Buruk, Zamri Awang Hitam dan beri wang RM100 seorang masa PRU14.
4.Meluluskan bas YPK kepada pejabat DUN Batu Buruk sedangkan sudah ada orang tempah bas itu dibatalkan.
5. Memecat Salam ahli PAS dari YPK sebagai pemandu bekas Pengarah zaman PAS selepas BN menang pada tahun 2004 walaupun Salam merayu ditukar menjadi tukang kebun.
6.Menzalimi Musa ahli PAS tanpa diberi apa-apa tugas selepas BN menang pada tahun 2004 dan Musa dibuli dengan kerja yang tidak sepatutnya dibuat.
7. Bertanya pemohon guru taska keluarga awak orang PAS atau UMNO, jika keluarga pemohon orang PAS pemohon itu ditolak.
8. Tidak menyambung kontrak guru taska sekiranya suami guru taska itu penyokong PAS.
9. Berkempen semasa PRU14 sedangkan sebagai pengarah agensi kerajaan negeri kena berkecuali.
10. Menukar kakitangan bawahan setiap tahun tetapi kroni seperti Zaharudin tidak pernah ditukar unit di Bahagian Pembangunan kerana Pengarah senang nak beri projek kepada kroni-kroninya.
11. Beliau pernah disiasat SPRM tetapi kebetulan pegawai SPRM itu orang Chendering maka hasil siasatannya disenyapkan.
12. Menubuhkan unit inovasi yang buat kerja politik untuk BN.
Tuesday, June 5, 2018
SALLEH AMBILALIH TEMPAT MUSA AMAN
KOTA KINABALU, 4 Jun (Bernama) -- Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dilantik menjalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah.
Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika membuat pengumuman itu berkata perkara itu diputuskan dalam perjumpaan tertutup bersama pemimpin UMNO Sabah di sini hari ini.
Salleh yang juga Bendahari UMNO mengambil alih tugas itu daripada bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.
"Kami yakin (Pengerusi Perhubungan UMNO) Tan Sri Musa Aman akan memfokuskan (perhatiannya) terhadap permasalahan perundangan yang beliau sedang tangani terutama dari segi petisyen (mengenai kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah).
"Ini adalah keputusan utama yang dibuat dalam perjumpaan ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu di Pejabat Perhubungan UMNO Sabah di sini hari ini

Monday, June 4, 2018
HUBUNGAN TERENGGANU DAN KERAJAAN PUSAT AKAN DIPERKUKUHKAN
DUNGUN, 4 Jun (Bernama) -- Hubungan antara kerajaan negeri Terengganu pimpinan PAS dan kerajaan pusat Pakatan Harapan (PH) akan diperkasakan dan diperkukuhkan demi membawa masa depan yang lebih baik untuk rakyat negeri ini.
Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata sekarang bukanlah masa untuk mengungkit kisah politik kedua-dua pihak sebaliknya menumpu kepada usaha untuk mencapai matlamat ke arah pembinaan negeri dan negara yang lebih baik pada masa akan datang.
Sehubungan itu, katanya, beliau berasa amat berbesar hati kerana Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sudi menerima kunjungannya dan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang serta Pengerusi Badan Penasihat PAS Datuk Mustafa Ali di pejabat beliau di Perdana Putra hari ini.
"Pertemuan pagi tadi adalah pertemuan tidak rasmi dan kunjungan itu tidak ada agenda khusus...apa pun kami amat berbesar hati di atas penerimaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kunjungan itu.
"Yang pentingnya ialah keperluan untuk perkasakan, perkukuhkan hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Alhamdulillah, Tun (Dr Mahathir) juga beri respon yang sangat positif dalam perkara itu," katanya kepada pemberita pada majlis kesyukuran dan berbuka puasa di Masjid Hadhari, Paka di sini, hari ini.

Sunday, June 3, 2018
TANDING PRESIDEN UMNO MASIH DALAM PERTIMBANGAN KU LI
GUA MUSANG, 3 Jun (Bernama) -- Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah sedang menimbang sama ada akan bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan tertinggi parti itu selepas menerima sokongan bagi mengisi jawatan berkenaan.
Beliau mengakui jawatan itu mempunyai tugas yang amat besar dan perlukan masa untuk memikirkannya sebelum membuat keputusan muktamad demi kebaikan UMNO yang kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
"Kekalahan itu bukan bermaksud parti sudah lemah. Masih kuat dan menerima sokongan serta sanjungan sebahagian besar rakyat negara ini.
"Kami masih kuat dan berbisa dalam erti kata memperjuangkan nasib semua bangsa," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan UMNO Bahagian Gua Musang di sini, malam tadi.
Tengku Razaleigh, 81, yang juga Ketua UMNO bahagian Gua Musang dan Anggota Parlimen Gua Musang berkata perkara lebih penting ialah mempertahankan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak keistimewaan orang Melayu.
Beliau berkata rakyat tidak perlu khuatir kerana UMNO akan dipimpin dengan cara bijaksana supaya orang Melayu tetap mempunyai suara besar dan didengari.
Beliau turut berharap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat kerjasama semua pihak bagi memudahkannya mentadbir negara ini.
-- BERNAMA

Saturday, June 2, 2018
TIGA PENJURU PERTANDINGAN PRESIDEN UMNO?
KUALA LUMPUR 2 Jun - Pertandingan Presiden Umno dijangka melibatkan tiga penjuru. Seperti diduga, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti.
Menurut sumber, borang pencalonan Ahmad Zahid untuk jawatan itu sudah dihantar ke ibu pejabat parti semalam.
“Beliau akan bertanding jawatan Presiden dan menjadi individu pertama yang mengisi serta menghantar borang pencalonan di ibu pejabat UMNO semalam,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden yang menjalankan tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein masih belum memutuskan jawatan yang akan ditandinginya.
Menurut Setiausaha Akhbar beliau, Fadzli Mohamad Kamal, Hishammuddin kini berada di Mekah menunaikan umrah.
Pemilihan UMNO kali ini menyaksikan semua jawatan tertinggi parti termasuk Presiden dan Timbalan Presiden bakal dipertandingkan.
Bagi pemilihan kali ini, pendaftaran pencalonan bagi semua jawatan boleh dibuat menerusi dalam talian.
Pemilihan kali dilaksanakan melalui konsep terbuka tanpa perlu melalui pihak lain. Seorang lagi yang didesak bertanding jawatan tersebut ialah ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
Ramai ahli Umno berpendapat hanya Ku Li yang layak berhadapan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengetuai Pakatan Harapan (PH). Mereka rasakan Zahid dan Hishamuddin bukan saingan Dr Mahathir.
Friday, June 1, 2018
SEMUA MENTERI BOLEH PILIH MAHU TIMBALAN ATAU TIDAK
PETALING JAYA, 1 Jun (Bernama) -- Menteri-menteri yang telah dilantik akan diberikan hak untuk menentukan sama ada mereka memerlukan timbalan ataupun tidak, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Timbalan (menteri), kita tidak tahu berapa banyak, tapi kita akan beri hak kepada menteri sama ada dia perlu kepada timbalan ataupun tidak," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini, hari ini.
Beliau ditanya pemberita mengenai barisan Kabinet kerajaan sama ada akan ada pertambahan kementerian lain dan senarai timbalan menteri bagi kementerian yang telah ada.
Setakat ini 13 kementerian telah diwujudkan dengan kesemua menterinya telah mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, di Istana Negara pada 21 Mei lalu.
Kementerian berkenaan adalah Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
Kementerian lain ialah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Tenaga Manusia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Kesihatan.
Pada 10 Mei lepas, Dr Mahathir, 92, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh, sehari selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang menyaksikan tamatnya pemerintahan 61 tahun Barisan Nasional.

7,711 ORANG BACA POSTING BERSIHKAN SPRM TERLEBIH DAHULU CADANG BAHRI
Bulan Mei lalu menyaksikan posting "Bersihkan SPRM terlebih dahulu cadang Bahri" mendapat rating tertinggi sebanyak 7,711 hits bagi blog Today Terengganu untuk bulan Mei 2018. 10 rating tertinggi adalah seperti berikut:-
1. Bersihkan SPRM terlebih dahulu cadang Bahri (12/5)
2. Terengganu molek doh tetapi calon yang dok molek (9/5)
3. Zahari Mat tetap kempen untuk BN walaupun tidak terpilih calon (8/5)
4. Ahmad Said bimbang masa depan penduduk Kemaman (13/5)
5. Majlis iftar Epic meriah (28/5)
6. Bila BN kalah, semua pemimpin lari (26/5)
7. Rosol Wahid layak ketuai Umno Terengganu (31/5)
8. Siapakah menteri pertama yang akan digugurkan Dr Mahathir? (21/5)
9. Tiada kakitangan lantikan politik diberhentikan di bulan Ramadhan (27/5)
10. MB Terengganu pertama yang ada Ph.D (11/5)

Subscribe to:
Posts (Atom)