GUA MUSANG, 3 Jun (Bernama) -- Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah sedang menimbang sama ada akan bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan tertinggi parti itu selepas menerima sokongan bagi mengisi jawatan berkenaan.
Beliau mengakui jawatan itu mempunyai tugas yang amat besar dan perlukan masa untuk memikirkannya sebelum membuat keputusan muktamad demi kebaikan UMNO yang kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
"Kekalahan itu bukan bermaksud parti sudah lemah. Masih kuat dan menerima sokongan serta sanjungan sebahagian besar rakyat negara ini.
"Kami masih kuat dan berbisa dalam erti kata memperjuangkan nasib semua bangsa," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan UMNO Bahagian Gua Musang di sini, malam tadi.
Tengku Razaleigh, 81, yang juga Ketua UMNO bahagian Gua Musang dan Anggota Parlimen Gua Musang berkata perkara lebih penting ialah mempertahankan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak keistimewaan orang Melayu.
Beliau berkata rakyat tidak perlu khuatir kerana UMNO akan dipimpin dengan cara bijaksana supaya orang Melayu tetap mempunyai suara besar dan didengari.
Beliau turut berharap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat kerjasama semua pihak bagi memudahkannya mentadbir negara ini.
-- BERNAMA
Showing posts with label presiden umno. Show all posts
Showing posts with label presiden umno. Show all posts
Sunday, June 3, 2018
Saturday, June 2, 2018
TIGA PENJURU PERTANDINGAN PRESIDEN UMNO?
KUALA LUMPUR 2 Jun - Pertandingan Presiden Umno dijangka melibatkan tiga penjuru. Seperti diduga, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti.
Menurut sumber, borang pencalonan Ahmad Zahid untuk jawatan itu sudah dihantar ke ibu pejabat parti semalam.
“Beliau akan bertanding jawatan Presiden dan menjadi individu pertama yang mengisi serta menghantar borang pencalonan di ibu pejabat UMNO semalam,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden yang menjalankan tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein masih belum memutuskan jawatan yang akan ditandinginya.
Menurut Setiausaha Akhbar beliau, Fadzli Mohamad Kamal, Hishammuddin kini berada di Mekah menunaikan umrah.
Pemilihan UMNO kali ini menyaksikan semua jawatan tertinggi parti termasuk Presiden dan Timbalan Presiden bakal dipertandingkan.
Bagi pemilihan kali ini, pendaftaran pencalonan bagi semua jawatan boleh dibuat menerusi dalam talian.
Pemilihan kali dilaksanakan melalui konsep terbuka tanpa perlu melalui pihak lain. Seorang lagi yang didesak bertanding jawatan tersebut ialah ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
Ramai ahli Umno berpendapat hanya Ku Li yang layak berhadapan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengetuai Pakatan Harapan (PH). Mereka rasakan Zahid dan Hishamuddin bukan saingan Dr Mahathir.
Subscribe to:
Posts (Atom)



