KUALA BERANG, 7 Okt (Bernama) -- Lebih 400 penduduk di Felcra In-Situ Betong, Ajil akan menikmati kemudahan alat pemancar telekomunikasi 'Very Small Aperture Terminal' (VSAT) menerusi Program Strategi Lautan Biru kebangsaan (NBOS) Menghubung Menyatu (CTU) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata program itu adalah satu program tanggungjawab sosial yang akan dikendalikan di kawasan Felcra bersama pembekal kemudahan supaya penduduk di kawasan berkenaan dapat menikmati kemudahan internet sama seperti kawasan lain.
"Ini adalah inisiatif baharu kerajaan bagi memberi liputan internet lebih meluas kerana kita tahu kawasan di Felcra ini memang kurang dari segi liputan rangkaian disebabkan faktor geografi.
"Apa yang telah saya bincangkan dengan Pengerusi Felcra, Datuk Seri Bung Mokhtar di mana mereka akan menyediakan dewan dan kita akan sediakan kemudahan internet...konsep lebih kurang kampung wifi tapi perluasan rangkaiannya lebih terkawal,"katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang media di program Majlis Pemimpin Bersama Peserta dan Dialog TN50 Belia Felcra Wilayah Timur hari ini.
Turut hadir Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Ghazali Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, Zulkarnain Md Eusope, Ketua Pengarah Seranta Felcra Berhad, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris dan Pengurus Besar Felcra Wilayah Timur Saifuddin Omar.....
Saturday, October 7, 2017
Friday, October 6, 2017
BUMI DARUL ALBAB DAPAT PROJEK LEBIH RM1 BILION
BESUT, 6 Okt (Bernama) -- Rakyat Besut disifatkan sangat beruntung kerana telah menerima pelbagai manfaat hasil beberapa projek pembangunan bernilai lebih RM1 bilion yang disalurkan kerajaan pusat.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata Besut yang digelar Bumi Darul Albab juga melakar satu lagi kisah kejayaan dengan pembinaan Politeknik Besut di daerah itu bernilai RM169.7 juta.
"Terima kasih banyak-banyak kepada Kementerian Pendidikan Tinggi kerana biasanya politeknik ini di setiap negeri ada dua sahaja, tapi istimewa di Terengganu ni, kami dapat empat.
"Beruntung benar jadi orang Terengganu, beruntung benar jadi orang Besut sebab dapat politeknik ini. Sebelum ini (peruntukan) projek gerbang pelancongan Kuala Besut sebanyak RM250 juta," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian pecah tanah Politeknik Besut yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini hari ini.
Ahmad Razif berkata beliau juga telah berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri semalam untuk mengemukakan permohonan meluluskan projek Jalan Keruak yang diminta oleh Ketua UMNO Bahagian Besut, Nawi Mohamad sebelum ini.
"Nawi jangan bimbang...semalam Timbalan Perdana Menteri telah minitkan surat meluluskan untuk melaksanakan projek itu...RM400 juta lagi bakal diperoleh penduduk Besut.
"Itu tidak termasuk peruntukan daripada kerajaan negeri iaitu sebanyak RM30 juta untuk setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Besut ada empat DUN dan ini bermakna RM120 juta diterima di Besut," katanya.
Sehubungan itu, Menteri Besar berkata rakyat Besut diharap meneruskan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional dengan kemenangan 5-0 pada pilihan raya umum ke-14.
Politeknik Besut dilancarkan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh pada 18 Mac lalu dan telah pun beroperasi di bangunan sementara di Mas Sekupang di Kampung Raja di sini.
Ketika ini, bilangan pelajar di Politeknik Besut adalah seramai 20 orang bagi program Diploma Teknologi Digital (DDT) dan 12 pelajar lagi sedang mengikuti Pra Diploma Sains.
Kampus kekal bagi Politeknik Besut Terengganu juga terletak di Kampung Raja dan dijangka siap pada 11 Jan 2021.
-- BERNAMA

Thursday, October 5, 2017
HAJI YAHYA MOHAMAD DALAM KENANGAN
KEMAMAN: Pada jam 11.27 pagi Khamis saya menerima whatsapp dari Tengku Azman Tengku Hashim yang mengatakan ahli jawatankuasa Umno Bahagian Kemaman, Haji Yahya Mohamad, 61, baru saja meninggal dunia di Hospital KPJ Kuantan.
Saya terus buat keputusan untuk balik ke Kemaman kerana arwah adalah kawan baik saya. Saya terpaksa ponteng menghadiri miting dengan KK petang ini di Amoda 88, Loke Yew Kuala Lumpur. Jam 2 petang baru saya bertolak ke Chukai.
Saya sampai di Jabur Kubur pada pukul 6.45 petang. Jenazahnya sedang disolatkan di surau tepi kubur. Saya sempat mengusung kerandanya ke kubur di tengah tanah perkuburan itu. Ramai kawan kawan beliau yang hadir termasuk Tuan Kecil Tuan Tengah, Haji Yahya Mamat, Talaha, Man Cincin, Major (B) Mohamad Awang, Sarjan Mat, Tengku Azman Tengku Hashim, Aziz Mydin, Haji Azmi Karim dan Ir Azmi.
Saya mengenali arwah ketika aktif dalam politik pada tahun 1995. Ketika itu beliau dilantik Ketua Penerangan Umno Bahagian Kemaman manakala saya dilantik Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Kemaman.
Sejak itu kami berkawan. Setiap kali arwah datang ke KL arwah cari saya. Setiap kali saya balik ke Kemaman saya cari arwah minum bersamanya dan bercakap politik dengannya.
Beliau disebut sebut sebagai bakal calon DUN Kijal jika Datuk Seri Ahmad Said tidak bertanding selain dari Cikgu Roshaili, Mohamad Fama dan Kamaruddin Ali.
Setiap kali saya balik ke Kemaman saya minum dengannya. Kali terakhir saya minum dengannya di warung depan perpustakaan daerah pada hari Ahad lalu selama dua jam bersembang politik berdua. Tak nampak pun tanda tanda arwah mahu meninggal dunia.
Sebab itu saya terkejut apabila Tengku Azman whatsapp saya arwah baru meninggal. Saya menangis kerana saya kehilangan seorang sahabat yang baik.
Beliau yang juga ahli lembaga pengarah Tati Safety Sdn Bhd bukan sahaja aktif dalam politik malah aktif dalam koperasi sebagai Bendahari Koperasi Pembangunan Kemaman (KPD) dan sebagai Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan Daerahn Kemaman. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al Fatihah.

Wednesday, October 4, 2017
NENEK 73 TAHUN GIGIH MAHU LESEN MEMANDU
KUALA NERUS, 4 Okt (Bernama) -- Walaupun berusia 73 tahun, Fatimah Hassan kelihatan bersungguh-sungguh melalui ujian pemanduan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Pengajarnya Roslan Mansur, 60, turut tidak senang duduk sepanjang anak muridnya itu melalui ujian tersebut.
Namun apakan daya, Fatimah akhirnya diisytihar gagal dalam ujian litar meskipun berjaya ketika ujian jalan raya.
Ketika ditemui kemudiannya, beliau berkata beliau bertekad mahu mengulangi ujiannya minggu depan.
Beliau memberitahu Bernama beliau begitu bertekad mahu mendapat lesen memandu bagi memudahkan beliau bergerak ke sana ke mari.
"Keinginan untuk mengambil lesen memandu mula timbul apabila saya mempunyai masalah untuk bergerak ke klinik setiap bulan bagi pemeriksaan kesihatan yang memerlukan saya sentiasa menerima rawatan secara berkala kerana mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi.
"Anak-anak duduk jauh dan semua mereka bekerja menyebabkan mereka susah untuk membawa saya ke klinik atau masjid. Jadi kalau saya mempunyai lesen sendiri, mudah untuk saya bergerak tanpa perlu bantuan sesiapa," katanya yang sebelum ini pernah memiliki lesen memandu sejak 1977 tetapi tamat tempoh pada 2010.
Fatimah memberitahu beliau langsung tidak memandu sejak suaminya meninggal pada 2014.
Sementara itu Roslan berkata beliau terpaksa menukar teknik pengajarannya bagi membolehkan Fatimah memahaminya dengan lebih mudah.
"Saya perlu mengajar dan menegur kesilapannya dengan lembut seperti melayan emak sendiri kerana disebabkan faktor umurnya," katanya.

Tuesday, October 3, 2017
KIT SIANG ANGGAP PEMBELA PARTI SEBAGAI BADUT
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang sekali lagi menunjukkan wajah sebenarnya dengan mempersendakan beliau dan menggelarkan beliau serta seorang lagi pemimpin UMNO dari Sabah sebagai "dua badut UMNO".
"Jika seseorang itu membela partinya dan mempertahankan parti daripada pembohongan, fitnah dan serangan akan menjadikan orang itu badut, maka setiap ahli politik di dunia akan menjadi badut bagi partinya sendiri," kata Salleh dalam catatan terkini blognya, sskeruak.blogspot.com.
Beliau memberi respons kepada tindakan Kit Siang yang menggelarkan beliau dan seorang lagi pemimpin UMNO Sabah iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan sebagai "dua badut UMNO."
Salleh berkata sejak kebelakangan ini Kit Siang dilihat gemar memberi gelaran nama dan menggunakan pelbagai jenis nama yang menghina terhadap mereka yang tidak sependapat dengannya.
"Baru dua hari lepas beliau mengunjungi pejabat SPRM dan menghamburkan puji-pujian namun hari ini beliau melukakan hati mereka dengan analogi 'tiga monyet' dan meminta Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifi Ahmad, serta para pegawai kanan SPRM supaya mengikuti kursus bahasa Inggeris.
"Jadi, apabila beliau rasa beliau boleh menggunakan SPRM untuk menyakiti UMNO, SPRM adalah sahabatnya dan apabila mereka tidak lagi berguna kepada DAP, mereka adalah 'tiga ekor monyet'," katanya.
Salleh turut bertanya sama ada DAP tidak memecat mana-mana anggota yang gagal akur dengan kehendak parti.
"Apabila orang menyokong parti mereka, anda menggelarkan mereka badut dan apabila mereka tidak akur dengan kehendak parti, anda memanggil mereka pengkhianat dan memecat mereka.
"Kit Siang perlu menyatakan pendiriannya tentang bagaimana beliau mengharapkan pemimpin parti menunjukkan kesetiaan. Bukankah semua pemimpin DAP yang tidak mempersetujui bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi berdiam diri dan tidak berani menentang tindakan itu juga dianggap badut?" katanya.

Monday, October 2, 2017
TERENGGANU YAKIN TABUNG ROHINGYA CAPAI SASARAN HUJUNG BULAN INI
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Kerajaan negeri Terengganu yakin kutipan Tabung Terengganu For Rohingya 'Sekampit Beras Untuk Rohingya' akan melebihi sasaran awal iaitu RM1 juta sebelum hujung bulan ini.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata tabung yang digerakkan sejak 19 Sept lalu berjaya mengutip lebih RM600,000 dalam tempoh kurang dari dua minggu.
"Alhamdulillah, sambutan untuk tabung derma bagi membantu Rohingya ini agak luar biasa...kita yakin kutipannya akan melebihi sasaran kerana jumlah yang kita peroleh hingga hari ini belum termasuk kutipan daripada badan berkaitan kerajaan dan pihak korporat lain," katanya kepada pemberita selepas melancarkan tabung itu bagi peringkat Perantau Terengganu Lembah Klang di sini, hari ini.
Beliau berkata tabung berkenaan akan digerakkan ke seluruh negara menerusi persatuan anak perantau Terengganu di setiap negeri.
Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata pihaknya juga sedang berunding dengan Mercy Malaysia dan Wisma Putra bagi menghantar 50 sukarelawan ke Bangladesh bagi melaksanakan misi kemanusiaan membantu pelarian Rohingya.
Pada majlis tersebut, Ahmad Razif turut mengagihkan bantuan Persediaan Pelajar kepada 126 mahasiswa peringkat ijazah dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga seorang mangsa kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini yang berasal dari Terengganu.
Mohd Shahir Sharifuddin, 11, kini masih dirawat di Unit Kebakaran Hospital Kuala Lumpur ekoran kejadian yang meragut nyawa 21 pelajar dan dua guru pada 14 Sept lepas.

Sunday, October 1, 2017
RATING TERTINGGI BAGI BULAN SEPTEMBER
Bagi bulan September posting "Othman tak sangka anak muridnya jadi MB" yang tersiar pada 11 September mendapat rating tertinggi sebanyak 258 hits. 10 rating tertinggi bagi bulan September ialah:-
1. Othman tak sangka anak muridnya jadi MB (11.9.2017)- 258 hits
2. Tiada kompromi terhadap penyebar fitnah (10.9.17)
3. Hilangnya satu lagi keturunan Daeng Menampuk (2.9.17)
4. Malaysia hebat. remaja umur 11 tahun dah pandai membunuh (16.9.17)
5. Selamat hari jadi KK (8.9.17)
6. Pembangunan mampan penting untuk generasi akan datang (7.9.17)
7. Keuntungan TDM meningkat RM400 juta (27.9.17)
8.Festival Kenyir pemangkin pelancongan Tasik kenyir (12.9.17)
9.Terengganu akan laksanakan semula program bulan madu keluarga (16.9.17)
10. 90 ribu orang lawat tasik kenyir sejak pelancaran zon bebas cukai Tasik Kenyir (14.9.17)

Subscribe to:
Posts (Atom)