MELAKA,17 Okt (Bernama) -- “Saya terima pingat Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kerana menghormati anugerah yang diberikan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob,” kata Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok View.
“Penganugerahan tersebut adalah satu penghargaan daripada Yang Dipertua Negeri Melaka atas jasa dan sumbangan yang saya berikan kepada kerajaan negeri dan saya menghargainya,” kata Tey kepada pemberita di sini hari ini.
Tey yang juga anggota Exco bagi Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar berkata beliau bagaimanapun akur dengan arahan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP sekiranya diminta untuk menyerahkan kembali pingat tersebut yang membawa gelaran Datuk.
Katanya sehingga kini, beliau belum menerima sebarang arahan daripada pusat untuk berbuat demikian.
Media sebelum ini melaporkan, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegur sikap pemimpin parti itu yang menerima anugerah darjah kebesaran negeri Sabah dan Melaka “sebelum menunjukkan komitmen serta prestasi kepada rakyat”.
Showing posts with label pingat. Show all posts
Showing posts with label pingat. Show all posts
Wednesday, October 17, 2018
Thursday, December 8, 2016
RAZIF TERIMA SEMULA DATO SERI
KUALA TERENGGANU: "Syukur Alhamdulillah", kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman selepas Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan kembali Darjah Kebesaran Negeri Terengganu kepadanya.
Ahmad Razif ketika dihubungi Bernama, bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut berhubung perkara tersebut bagi mengelak salah faham.
Ahmad Razif menerima Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z) semalam dan disahkan menerusi kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu kepada Bernama.
Pada 22 April lepas, semua gelaran terhadap beliau dilucutkan setelah menerima gelaran yang sama pada April 2015 dan Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu Kehormat (DPMT) yang membawa gelaran Datuk pada 2012.
Ahmad Razif yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Takir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said pada 12 Mei 2014.
- Bernama
Subscribe to:
Posts (Atom)

