KEMAMAN: Umno Bahagian Kemaman tak serik dengan kekalahan tiga kerusi DUN dalam PRU Mei lalu. Dalam mesyuarat pertama ahli jawatankuasa Umno Bahagian Kemaman dua hari lepas, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dilantik sebagai Pengerusi Penyelaras DUN Kemasik diikuti Datuk Seri Ahmad Said (Kijal), Ahmad Fikry Ibrahim (Chukai) dan Rosli Ahmad (Air Putih).
Tiga DUN dapat anak tempatan sebagai Pengerusi Penyelaras DUN tetapi kenapa DUN Air Putih lantik orang luar (Setiausaha Bahagian)? Amat malang DUN Air Putih yang sering kali dianaktirikan. Selepas anak tempatan (Datuk Harun Hassan) menjadi calon Air Putih (1986-1999), Air Putih asyik dapat orang luar sebagai calon (Dr Ramli Taib, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Hamid dan Wan Hakim Wan Mokhtar).
Rakyat Air Putih tolak Wan Hakim orang luar sebagai calon mereka pada PRU lalu bukti rakyat Air Putih mahu anak tempatan sebagai calon. Mesej yang disampaikan oleh rakyat Air Putih masih tidak difahami oleh pucuk pimpinan Bahagian. Umno nak menang tak PRU akan datang di Air Putih? Kalau nak menang kena dengar suara akar umbi.
Ada lima ahli jawatankuasa Umno Bahagian dari DUN Air Putih, Tuan Kecil Tuan Tengah, Dr Zaki Salleh, Kamarizam Harun, Mazlan Binjai dan Zaidi Mat. Pilihlah Tuan Kecil orang paling lama sebagai Pengerusi Penyelaras DUN Air Putih dan kenapa perlu lantik Rosli Ahmad?
Yang lebih melucukan Ahmad Said ketika mengumumkan perlantikan semua Pengerusi Penyelaras DUN beliau membaca kertas yang diberi oleh Rosli Ahmad. Macam macam hal.
Oleh itu Ahmad Said perlu dengar suara majoriti ketua cawangan dalam DUN Air Putih yang mahu anak tempatan dilantik sebagai Pengerusi Penyelaras DUN jika mahu BN bertapak semula dalam PRU akan datang di DUN tersebut.
