SETIU, 28 Ogos (Bernama) -- Akademi TDM, yang dimiliki oleh TDM Berhad iaitu syarikat milik kerajaan negeri menyasarkan untuk menjadi akademi pertanian pertama di pantai timur dalam tempoh 10 tahun lagi. Pengarah Urusan Kumpulan TDM Berhad, Datuk Mohamat Muda berkata ia satu transformasi yang dilakukan bagi menjadikan TDM antara syarikat perladangan terbaik di negara ini. Beliau berkata bagi tujuan itu, pihaknya kini mengadakan kerjasama dengan lima buah institusi pengajian tinggi yang mempunyai kepakaran dalam bidang pertanian untuk berkongsi kemahiran, ilmu dan kepakaran kepada pelatih akademi berkenaan. "Lima institusi itu ialah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universti Malaysia Terengganu (UMT), Institut Pengurusan Perladangan Antarabangsa (IIPM), Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) dan Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC). "Dengan kerjasama itu juga kita berharap sasaran untuk melahirkan golongan korporat dan teknokrat serta pemimpin masa hadapan negara khususnya dalam bidang pertanian akan tercapai," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian akademi itu dan Pusat Timbang Komuniti oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di akademi berkenaan, di sini, hari ini. Satu Memorandum Persefahaman (MoU) antara akademi dan lima institusi pengajian itu juga ditandatangani pada majlis itu dan disaksikan oleh Ahmad Razif. Mohamat berkata, akademi itu dinaik taraf daripada pusat latihan TDM sebelum ini dan menyediakan kursus teknikal, pengurusan dan penjagaan kesihatan kepada para pelatih. "Seramai 400 daripada 3,100 pekerja TDM telah mendapat manfaat daripada kursus yang kita jalankan sejak pengambilan pertama Februari lepas. "Penubuhan akademi ini juga adalah satu usaha bagi TDM untuk mencapai permodalan pasaran sebanyak RM2 bilion menjelang tahun 2020, dengan pengagihan dividen tahunan RM100 juta dan keuntungan sebelum cukai RM200 juta menjelang 2022," katanya. -- BERNAMA |
Showing posts with label mohamat muda. Show all posts
Showing posts with label mohamat muda. Show all posts
Monday, August 28, 2017
AKADEMI TDM SASAR JADI AKADEMI PERTANIAN PERTAMA DI PANTAI TIMUR
Thursday, May 25, 2017
TDM SASAR 52,000 HEKTAR LADANG KELAPA SAWIT
KUALA TERENGGANU, 25 Mei (Bernama) -- TDM Berhad, anak syarikat kerajaan negeri Terengganu, menyasarkan pemilikan seluas 52,000 hektar ladang kelapa sawit di negeri ini menjelang 2022.
Pengarah Urusan Kumpulan TDM Datuk Mohamat Muda berkata setakat kini, TDM memiliki 33,000 hektar dan yakin mampu mencapai sasaran tersebut menerusi pelbagai usaha komprehensif dan perancangan yang dilakukan.
"Kita akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dan bersedia untuk mengusahakan kawasan kita di negeri ini, " katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kali ke-52 dan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) di sini semalam.
Mohamat berkata TDM akan terus memberi perhatian kepada sektor perladangan di Kalimantan, Indonesia dan berusaha untuk memperoleh keuntungan seperti yang dikecapi di kawasan lain.
TDM yang ditubuhkan pada 1965, telah mengembangkan perniagaannya di Kalimantan sejak 2007.
Bahagian perladangan TDM iaitu TDM Plantation Sdn Bhd menguruskan 12 ladang kelapa sawit dan dua buah kilang yang terletak di Sungai Tong dan Kemaman, dan kesemuanya telah memperoleh sijil RSPO.
RSPO menyediakan kerangka yang paling sesuai dengan mengambil kira ciri-ciri ekonomi, sosial dan alam sekitar dalam pembangunan dan pengurusan ladang serta kilang.
Sementara itu, Pengerusi TDM Berhad, Leftenan Jeneral (B) Tan Sri Wan Abu Bakar mengumumkan hasil pendapatan kumpulan bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2017 yang meningkat sebanyak 17 peratus kepada RM113.9 juta berbanding RM97.5 juta dalam tempoh sama pada 2016.
Manakala keuntungan bersih dicatatkan sebanyak RM22.5 juta, berbanding kerugian bersih sebanyak RM2.9 juta pada tahun sebelumnya .
-- BERNAMA

Subscribe to:
Posts (Atom)