SEREMBAN, 22 April (Bernama) -- Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, pada 13 April lepas.
Mohamad yang juga pemangku Presiden UMNO mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan di hadapan Speaker DUN Negeri Sembilan, Datuk Zulkefly Mohamad Omar pada Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14, di sini, hari ini.
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan berangkat merasmikan istiadat tersebut.
Turut berkenan mencemar duli Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud.
Pada PRK DUN Rantau 13 April lepas, Mohamad menang dengan majoriti 4,510 undi menewaskan tiga pencabarnya iaitu calon Pakatan Harapan (PH) Dr S. Streram, dan dua calon Bebas iaitu suri rumah R. Malarvizhi dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin.
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memperoleh 10,397 undi, Dr Streram yang juga Timbalan Ketua PKR Cabang Rembau dan pakar bius mendapat 5,887 undi manakala Malarvizhi dan Mohd Nor, masing-masing memperoleh 83 serta 79 undi.
Kemenangan Mohamad bagi kerusi itu merupakan kali keempat sejak disandangnya pada 2004.
Mohamad yang mewakili Barisan Nasional (BN) adalah dalam kalangan 16 ADUN BN dalam DUN itu manakala PH diwakili oleh 20 ADUN.
-- BERNAMA
Showing posts with label mat hassan. Show all posts
Showing posts with label mat hassan. Show all posts
Monday, April 22, 2019
Wednesday, April 3, 2019
MAT HASSAN BAYANGKAN TANDING PARLIMEN PRU AKAN DATANG
SEREMBAN, 3 April (Bernama) -- Calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Datuk Seri Mohamad Hasan membayangkan akan bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya ke-15.
"Rasa-rasanya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 saya tidak akan bertanding di Rantau kerana akan bertanding di kerusi Parlimen.
"Tapi boleh jadi juga saya akan tetap bertanding di Rantau dan juga kerusi Parlimen," katanya dalam program ceramah di Kampung Sendayan di sini malam ini.
"Rasa-rasanya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 saya tidak akan bertanding di Rantau kerana akan bertanding di kerusi Parlimen.
"Tapi boleh jadi juga saya akan tetap bertanding di Rantau dan juga kerusi Parlimen," katanya dalam program ceramah di Kampung Sendayan di sini malam ini.
Thursday, October 18, 2018
ZAHID PERLU BERCUTI PEGANG JAWATAN PRESIDEN UMNO
KUALA LUMPUR: Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mungkin perlu bercuti daripada menjalankan tugas-tugas parti selepas berdepan dengan tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram hari ini.
Timbalannya, Datuk Mohamad Hassan (di atas), memberitahu pemberita bahawa Umno mempunyai prosedur operasi standard (SOP) pada tahun 2009 yang memerlukan pemimpin tinggi bercuti jika berdepan tuduhan jenayah di mahkamah.
"Ia (amalan ini) digunakan untuk mengggantung pemimpin yang menghadapi tuduhan, tetapi SOP baru memerlukan mereka yang didakwa bercuti.
"Bagaimanapun, jika mereka kemudiannya didapai tidak bersalah, pemimpin berkenaan boleh meneruskan kedudukan mereka," katanya di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada pukul 10.20 pagi ini.
Beliau menambah bahawa SOP dibuat dengan tujuan untuk melindungi Umno daripada dituduh atau dikaitkan dengan sebarang salahlaku.
Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Tok Mat di kalangan ahli Umno, berkata perkara itu bagaimanapun akan dibincangkan oleh jawatankuasa pengurusan parti itu.
Keputusan dari mesyuarat itu, katanya, akan dibawa ke Majlis Tertinggi Umno untuk membuat keputusan.
Tuesday, July 10, 2018
MAT HASSAN CADANG UMNO TANDING DI SUNGAI KANDIS
SHAH ALAM, 10 Julai (Bernama) -- Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mencadangkan agar UMNO bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis atas nama parti itu sendiri bagi melihat sejauh mana penerimaan rakyat terhadap parti itu dalam senario politik semasa.
Bagaimanapun, katanya keputusan sama ada UMNO akan bertanding atas tiket sendiri atau Barisan Nasional (BN) di PRK berkenaan bergantung kepada hasil perbincangan mesyuarat peringkat tertinggi BN.
"Kita perlu bertanding setiap PRK dan ini (PRK Sungai Kandis) akan menjadi latihan kepada UMNO untuk berkempen secara pembangkang buat pertama kali," katanya ketika ditemui pemberita selepas menjadi anggota panel pada Wacana Sinar Harian berjudul 'Mampukah BN Bangkit Semula?' di sini hari ini.
Kerusi DUN Sungai Kandis kosong setelah penyandang kerusi berkenaan Mat Shuhaimi Shafiei dari PKR, meninggal dunia akibat kanser pada 2 Julai lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 4 Ogos sebagai hari pengundian manakala hari penamaan calon pula pada 21 Julai ini..
Bagaimanapun, katanya keputusan sama ada UMNO akan bertanding atas tiket sendiri atau Barisan Nasional (BN) di PRK berkenaan bergantung kepada hasil perbincangan mesyuarat peringkat tertinggi BN.
"Kita perlu bertanding setiap PRK dan ini (PRK Sungai Kandis) akan menjadi latihan kepada UMNO untuk berkempen secara pembangkang buat pertama kali," katanya ketika ditemui pemberita selepas menjadi anggota panel pada Wacana Sinar Harian berjudul 'Mampukah BN Bangkit Semula?' di sini hari ini.
Kerusi DUN Sungai Kandis kosong setelah penyandang kerusi berkenaan Mat Shuhaimi Shafiei dari PKR, meninggal dunia akibat kanser pada 2 Julai lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 4 Ogos sebagai hari pengundian manakala hari penamaan calon pula pada 21 Julai ini..
Thursday, June 7, 2018
UMNO BUKAN LAGI KUCING PARSI YANG MAKAN BERSUAP
SEREMBAN: Calon Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan berpendapat bahawa partinya bukan lagi ‘kucing parsi’.
Beliau yang dikenali sebagai Tok Mat berkata, Umno harus mengubah sikap dan berdaya tahan menempuh cabaran seperti kucing jalanan memandangkan kedudukannya sebagai pembangkang.
“DNA Umno bukan DNA pembangkang. Itu susah sedikit. Bak kata orang sudah biasa jadi kucing parsi duduk dalam rumah dan makan bersuap tetapi sekarang kena hendak jadi kucing jalanan yang perlu mencari makanan sendiri.
“Kita kena ubah sikap kerana kita bukan lagi kucing parsi tetapi kita sekarang adalah kucing jalanan. Jadi, daya tahan kena kuat.
“Orang caci, campak kita dengan air atau halau kita, itu satu perkara lumrah,” dipetik daripada wawancara akhbar Mingguan Malaysia Ahad lepas.
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata demikian apabila ditanya situasi semasa Umno yang dianggap berdepan cabaran agak besar kerana parti itu tidak pernah ada pengalaman sebagai pembangkang.
Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sembilan selanjutnya berkata, kedudukan parti tersebut sekarang ini diharap akan menjadi iktibar.
“Diharapkan supaya ini akan menjadi pengajaran pengajaran dan memperkasakan azab dan tekad kita supaya kita menyesali apa yang berlaku dan kita sedar apa sebab kita kalah.
“Kalau kita ada itu, kita akan ada keyakinan diri,” ujarnya ketika ditemui di Wisma Umno Negeri Sembilan, di Seremban 29 Mei lalu.
Sehubungan itu, Mohamad yang bakal bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti itu menyifatkan Umno mampu untuk bangkit kembali dengan mengumpamakan seperti sukan badminton.
“Kita macam lawan badminton, 14 kali berjumpa tetapi kita sudah menang 13 kali dan baru kalah sekali. Takkan kita hendak putus asa.
“Kita sudah menang dalam 13 pilihan raya umum dan cuma kalah sekali. PH dahulu pun tidak ada kuasa tetapi boleh menang.
“Takkan Umno bila sudah hilang kuasa, tidak boleh menang. Yang penting kita kena kerja dan yakinkan orang,” tambah bekas Menteri Besar itu lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)




