KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kini dalam usaha ke arah menjalankan kegiatan penerbitan secara digital, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata DBP masih meneruskan usahanya untuk penerbitan dan pengembangan Bahasa Melayu seperti menjadi Urusetia Bulan Bahasa Kebangsaan dan menjalinkan hubungan yang akrab dengan badan bukan kerajaan yang berkaitan.
"Bagaimanapun beberapa hal berkaitan kita perlu melihat DBP memainkan peranan dalam penerbitan digital kerana saya lihat DBP masih lebih kepada penerbitan buku-buku.
"Sekiranya DBP masuk ke era digital sepenuhnya, saya percaya ia akan berada pada tahap terbaik sepertimana yang dilalui dahulunya," katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) yang ingin tahu perancangan kerajaan dalam usaha memperkasakan fungsi agensi itu yang dilihat kini tidak relevan seperti dahulu.
Showing posts with label mahdzir. Show all posts

Thursday, November 9, 2017
Thursday, October 12, 2017
KAD DEBIT DI SEKOLAH DIPERLUASKAN SECARA BERPERINGKAT
KUALA TERENGGANU, 12 Okt (Bernama) -- Pelaksanaan aplikasi digital termasuk penggunaan kad debit di sekolah negara ini akan diperluaskan secara berperingkat selaras usaha mendidik pelajar untuk bergerak seiring dengan perkembangan dunia era digital, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata kementerian akan melaksanakan aplikasi digital itu mengikut kemampuan sekolah terutamannya sekolah di luar bandar dari segi penggunaan kada debit untuk membeli makanan di kantin dan barangan di koperasi sekolah.
"Kita perlu didik pelajar untuk sedia berhadapan dengan dunia digital yang salah satunya ialah 'cashless' (tanpa tunai) kerana di luar sana orang dah pakai kad debit, orang dah tak pakai tunai," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis graduasi 390 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman di sini, hari ini.
"Sekarang ini contohnya penggunaan Smart Board telah dilaksanakan di banyak sekolah. Keputusan peperiksaan misalnya juga boleh disemak ibu bapa melalui telefon pintar. Mungkin sekolah-sekolah boleh guna aplikasi perakam waktu atau paparan skrin sentuh mengikut kesesuaian," katanya.

Friday, September 15, 2017
MAHDZIR CADANG SELARASKAN SEKOLAH TAHFIZ DI SELURUH NEGARA
KUALA NERANG, 15 Sept (Bernama) -- Kementerian Pendidikan mencadangkan agar satu jawatankuasa ditubuhkan bagi menyelaras dan memantau sekolah tahfiz di seluruh negara, melibatkan kerajaan pusat dan negeri.
Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata buat masa ini, sekolah tahfiz berada di bawah bidang kuasa majlis agama negeri yang diterajui oleh sultan atau yang dipertua negeri selaku ketua agama negeri masing-masing.
Justeru, cadangan perlu mendapat persetujuan sultan atau yang dipertua negeri yang berkenaan, katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Taklimat Pengurusan Jalinan Rakyat, di sini Jumaat.
Beliau berkata jika jawatankuasa itu dapat ditubuhkan, ia akan berperanan menyeragamkan pendaftaran pelajar serta memantau operasi dan keselamatan pusat tahfiz di setiap negeri.
Mahdzir berkata demikian ketika ditanya tentang kemungkinan meletakkan sekolah tahfiz di bawah kementerianya susulan tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur yang mengorbankan 21 pelajar dan dua guru, semalam.
Beliau berkata institusi tahfiz di Malaysia ketika ini terbahagi kepada dua kategori iaitu sekolah tahfiz yang berdaftar dengan majlis agama Islam negeri dan yang tidak berdaftar dengan mana-mana institusi.
"Pengurusan sekolah ini perlu ada satu kurikulum khusus iaitu pendidikan formal dan pembelajaran tahfiz untuk mendalami al-Quran.
"Misalnya, pelajar sekolah menengah perlu mengambil peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 dan Sijil Pelajaran Malaysia dan dalam masa sama masih meneruskan pengajian tahfiz mereka," katanya.
Dalam pada itu, Mahdzir turut menyelar tindakan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang memuat naik status biadab di laman sosial berhubung insiden tragis semalam dengan mengatakan ia sebagai balasan kepada dosa menteri pelajaran yang tak prihatin'.
"Bila berlaku kejadian macam ini jangan cepat menuding jari salahkan orang itu, orang ini. Sebaiknya zahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa yang terlibat dan bukannya memuat naik status merepek di laman sosial," katanya.
--BERNAMA

Subscribe to:
Posts (Atom)