HULU TERENGGANU, 10 Mac (Bernama) -- Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari mengingatkan pengguna media sosial agar tidak menjadi 'nasi tambah' dalam mengeruhkan hubungan antara Malaysia dan Korea Utara.
Beliau memberikan peringatan itu berikutan penyebaran berita kononnya berlaku pembunuhan beramai-ramai rakyat Malaysia di Korea Utara yang disebar di laman sosial.
"Ini adalah berita palsu...saya bersama Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mendoakan rakyat kita yang masih ditahan di Korea Utara agar keselamatan mereka sentiasa terjamin.
"Mana-mana pihak yang masih melakukan perkara berkenaan (menyebarkan berita palsu itu)...kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Sri Buloh, di sini hari ini.
Katanya beliau telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyiasat siapa dalang di sebalik penyebaran berita palsu tersebut.
"Semalam kita mendapat tiga aduan mengenai perkara yang melibatkan viral tentang peluru berpandu Korea Utara mampu sampai ke Malaysia...termasuk kes ini empat dalam siasatan.
"Cuma nasihat saya kepada masyarakat di luar sana, jangan mudah terpengaruh benda-benda sebegini kerana tidak tahu kesahihannya. Kita haruslah dapatkan dari sumber yang tepat dan mempunyai autoriti," katanya.
Sementara itu, Jailani turut menasihati pengguna agar berhati-hati dengan panggilan 'spam' yang diterima pengguna dari pihak tertentu yang meminta mereka mengemas kini akaun bank mereka.
"Dalam kes sekarang, mereka ini menggunakan nama-nama bank tempatan. Kita kena 'double check' sama ada orang tersebut merupakan staf bank tersebut atau mereka hanya menyamar, harus dipastikan kesahihannya," katanya.
-- BERNAMA
Showing posts with label jangan. Show all posts

Friday, March 10, 2017
Saturday, September 10, 2016
JANGAN SENTIMENTAL DENGAN BEKAS PEMIMPIN
DUNGUN, 10 Sept (Bernama) -- Anggota UMNO diminta tidak terlalu 'sentimental' dan berasa terhutang budi dengan beberapa pemimpin UMNO terdahulu yang kini berpaling tadah.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pemimpin tersebut kini bukan sahaja tidak lagi bersama UMNO malah turut bersekongkol dengan pihak pembangkang untuk menjatuhkan UMNO.
"Kita tidak nafikan pemimpin berkenaan satu ketika dahulu banyak berjasa terhadap parti dan kepimpinan negara, namun mereka juga antara pihak yang bersama-sama dengan pihak pembangkang untuk menjatuhkan UMNO.
"Jadi saya harap agar anggota UMNO tidak lagi bernostalgia dengan apa yang mereka lakukan dahulu kerana kini perjuangan sudah berbeza," katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Dungun, di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Din Adam.
Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sehubungan dengan itu mahu semua anggota UMNO bangkit mempertahankan UMNO dan menyokong kepimpinan semua ada bagi memastikan parti tersebut dapat meneruskan agenda memajukan negara, agama dan kepentingan bangsa Melayu.
Katanya, tindakan menubuhkan parti baharu yang diterajui bekas pemimpin UMNO tersebut iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad jelas menunjukkan manisfestasi perpecahan kaum Melayu dalam politik di negara ini.
Ini sebahagian daripada agenda pihak pembangkang yang tidak mahu UMNO kuat, kerana mereka sedar kaum Melayu akan terus maju dan kuat jika UMNO terus menjadi parti yang kuat di negara ini.
"Kita percaya hanya UMNO yang mampu membawa bangsa Melayu ke arah mercu kegemilangan. Jadi kuasa yang ada pada kita sekarang ini perlu kita teruskan dan pertahankan," katanya.

Tuesday, September 6, 2016
JANGAN MELATAH KHAIRUDDIN
Saya hairan kenapa bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan melatah apabila Idris Harun, Zainudin Maidin, Nazri Aziz, Salleh Said mengulas pertemuan romantik di antara Dr Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim kelmarin.
Katanya, jangan jaga tepi kain orang. Yang peliknya dia jaga tepi kain pemimpin Umno boleh pulak. Apabila pemimpin Umno kritik pemimpin mereka, tak boleh pula. Di manakah keadilan yang kamu perjuangkan?
Para pemimpin Umno berhak mengulas bekas pemimpin mereka yang sudah berada di luar Umno kerana mereka lihat pertemuan semula Dr Mahathir dengan Anwar itu nampak janggal. Dahulu Mahathir yang atur konspirasi menjatuhkan Anwar kerana bimbang Anwar menentang Dr Mahathir bagi jawatan Presiden Umno pada pemilihan 1999.Kini anwar menyambut pula salam Dr Mahathir. Nampak sangat mereka berdua terlalu terdesak sehingga terpaksa bergabung untuk menentang Najib Razak.
Malah Khairuddinlah yang menaja buku "50 Dalil Kenapa Anwar Tak Dapat Jadi PM" yang menjadi punca kejatuhan Anwar Ibrahim. Apabila Anwar membuat laporan polis terhadap buku itu, orang yang disebut dalam buku itu pula yang ditahan polis iaitu Datuk Nala.Sepatutnya penulis buku yang ditahan polis. Dah terbalik kerana ia adalah arahan Dr Mahathir untuk menjatuhkan Anwar.
Khairuddin ingat Anwar dapat maafkannya kerana Khairuddinlah punca Anwar terpelanting dari jawatan TPM. Kakinya sudah melangkah untuk naiki tangga PM, tiba tiba Khairuddin membantutkan langkah Anwar. Adakah Anwar sudah lupa walaupun Khairuddin adalah sepupu Anwar?
Kita bukannya tak suka Dr Mahathir berbaik semula dengan Anwar. Baguslah mereka berbaik semula. Tetapi kita lihat Dr Mahathir tak ikhlas bersalam dengan Anwar. Jangan harap Dr Mahathir akan menyokong Anwar untuk jadi PM apabila keluar dari penjara kelak. Anwar akan tertipu lagi oleh Dr Mahathir. Sehubungan dengan itu pemimpin Umno merasakan ketidakikhlasan Dr Mahathir yang menjadi punca mereka mempersenda pertemuan semula Dr Mahathir dengan Anwar.
Mereka sudah kenal siapa Dr Mahathir. Oleh itu jangan hairan Anwar akan terkena lagi dengan Dr Mahathir jika Anwar menjalin semula persahabatan dengan orang yang tidak ikhlas ini. Para pemimpin Umno bukannya membuat komen secara membuta tuli sebalaiknya mereka sudah kaji siapa manusia yang bernama Dr Mahathir ini.
Sehubungan dengan itu Khairuddin tak perlu bimbang dengan komen para pemimpin Umno kerana jika BERSATU kuat, BERSATU yang patutnya mengetuai Pakatan Harapan dan bukannya PKR.

Monday, August 22, 2016
JANGAN CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN, MAHATHIR
KUALA LUMPUR - Individu yang akan menyertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mesti bersumpah untuk membanteras rasuah.
Seiring dengan pelembagaan parti, Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ahli yang membuat pengakuan sumpah itu perlu membuktikan mereka bukan sahaja menolak rasuah malah sanggup berjuang menangani masalah rasuah dalam negara.
"Sekarang ini pengakuan sumpah hanya sekadar kata-kata, hanya sekadar pengakuan. Hakikatnya, ramai yang ambil ringan tentang sumpah.
"Perdana menteri sendiri bersumpah tidak akan melakukan sesuatu yang bercanggah dengan pelembagaan negara tetapi beliau sendiri yang mengingkarinya," katanya dalam sidang media hari ini.
9 Ogos lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan dokumen permohonan pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), di Putrajaya.
Beliau turut ditemani empat ahli jawatankuasa penaja parti itu iaitu bekas ahli Wanita Umno Bahagian Langkawi, Anina Saaduddin, Presiden Gabungan ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Kamarul Azman Habibur Rahman, pemimpin kumpulan belia Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan bekas Ketua Umno Cawangan Bendang Baru, Akhramsyah Sanusi.
Permohonan parti baharu tersebut diserahkan kepada Penolong Pengarah RoS, Rosliza Mahidi.
Ulasan saya, lucu juga mendengar kenyataan Dr Mahathir sedangkan pemimpinnya sendiri terpalit dengan rasuah. Bersihkah Presiden penajanya, Muhyiddin Yassin? Benarkah beliau tidak pernah terlibat dengan rasuah ketika beliau menjadi MB Johor?
Semua orang tahu sewaktu beliau jadi MB Johor, beliau terlibat dengan memberi tanah kepada syarikat dari Singapura. Adakah ia pemberian percuma atau ada kick back? Beranikah Muhyididn bersumpah beliau tidak pernah terima rasuah ketika menjadi MB Johor?
Oleh itu sebelum mengajak ahli BERSATU bencikan rasuah pastikan pemimpinnya tidak pernah melakukan rasuah ketika mereka dalam Umno dahulu.
Takkan Dr Mahathir sudah lupa bahawa pada pemilihan 1996 Muhyiddin kalah tanding jawatan Naib Presiden Umno kerana MB Johor, tan Sri Ghani Othman mengadu kepada Dr Mahathir bahawa Muhyiddin beri wang kepada semua ketua bahagian di Johor. Dalam ucapan perasmian perhimpunan agung Umno, Dr Mahathir merayu kepada perwakilan supaya menolak orang yang terlibat dalam politik wang yang menyebabkan Muhyididn kalah kerana tafsiran Dr Mahathir terhadap politik wang sebagai rasuah atau membeli undi perwakilan.

Subscribe to:
Posts (Atom)