KUALA TERENGGANU, 18 April (Bernama) -- Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) membelanjakan kira-kira RM7.5 juta dalam tempoh 10 tahun bagi membiayai Program Pengukuhan Bahasa Inggeris dan Arab di kalangan pelajar sekolah di negeri ini.
Anggota Lembaga Pemegang Amanah YDSM Prof Emeritus Dr Abdul Rahman Embong berkata setiap tahun pihaknya memperuntukkan antara RM700,000 hingga RM750,000 tidak termasuk sumbangan ikhlas pemikiran dan kepakaran daripada ahli akademik dan Anggota Lembaga Pengarah YDSM yang dipengerusikan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Beliau berkata setiap tahun lebih 500 sekolah rendah dan menengah menyertai program itu yang bertujuan menanam minat serta memperkukuh penggunaan Bahasa Inggeris dan Arab di kalangan pelajar negeri.
"Seramai 115,000 pelajar sekolah rendah dan menengah mendapat manfaat daripada program pengukuhan Bahasa Inggeris manakala kira-kira 10,000 pelajar pula mendapat faedah daripada program Bahasa Arab secara langsung.
"Namun begitu perlu dingatkan bahawa bilangan pelajar yang mendapat limpahan manfaat secara tidak langsung menerusi program ini sebenarnya jauh lebih besar," katanya ketika berucap pada Majlis Pengurniaan Hadiah Program Pengukuhan Bahasa Inggeris dan Arab Piala YDSM 2019 di Wisma Darul Iman, hari ini.
Sultan Mizan berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang. Turut berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.
Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata kajian program itu memberi impak positif kepada peningkatan minat, pencapaian dan kemenjadian para pelajar terutama dari kawasan luar bandar.
Antaranya, berdasarkan pemeriksaan dan penarafan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 2016 hingga 2018, Terengganu mencapai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang ditetapkan iaitu mencatat 100 peratus sekolah kohort 1 dengan 20 buah sekolah mencapai 'level of immersiveness' di bawah 'Highly Immersive Programme (HIP) For English'.
"Ini adalah bukti secara makro bahawa program Bahasa Inggeris Piala YDSM memberi impak terhadap peningkatan minat pelajar sekolah terhadap Bahasa Inggeris di Terengganu.
"Selain itu kemajuan dalam berbahasa Arab juga memberi kesan kepada keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) 2018 yang lebih baik bagi subjek Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) yang menggunakan 100 peratus Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.
"Daripada 1,500 calon yang menduduki peperiksaan dan menyertai program YDSM, sebanyak 91.13 peratus telah lulus ujian bertulis manakala bagi ujian lisan pula peratus lulus ialah 93.7 peratus," katanya.
-- BERNAMA
Showing posts with label bahasa inggeris. Show all posts
Showing posts with label bahasa inggeris. Show all posts
Thursday, April 18, 2019
Wednesday, July 4, 2018
SIDANG MEDIA PEGUAM NEGARA GUNA BAHASA INGGERIS JADI KECOH
Mereka melaungkan 'Melayu' dan 'Hidup Najib' sehingga menyebabkan sidang media oleh Peguam Negara itu terganggu dan seterusnya dipindahkan ke tingkat 5 bangunan itu.
Seorang petugas media yang berang dengan provokasi penyokong Najib yang mengganggu sidang media itu berteriak kepada kumpulan terbabit; "Kami tunggu dah berapa jam, korang bising!
Antara penyokong Anggota Parlimen Pekan itu yang melakukan provokasi dan kekecohan adalah pelakon Ellie Suriaty, yang diberi amaran oleh polis. Ellie dan beberapa individu lagi kemudiannya dibawa keluar daripada lobi mahkamah itu oleh polis.
Sebelum itu polis telah memberi amaran kepada timbalan ketua UMNO Bahagian Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz kerana menimbulkan provokasi dengan melaung "Hidup Najib" apabila bekas perdana menteri itu memasuki kompleks mahkamah.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata tiada sebarang tangkapan dibuat berhubung kekecohan itu dan polis membawa mereka yang terbabit ke luar perkarangan mahkamah.
Subscribe to:
Posts (Atom)

